CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 22, 2011

gantirugi

file2 kat belakang tu abaikan la ye





mesti korang tertanya2 apa tu kan. kisahnye kat pantri canselori ni aku n kengkawan kat sini ada la beli barang utk letak kat pantri tu. kadang ada yg wat collection or ada yg beli sendiri letak kat situ. ntah camne ada barang yang diletakkan disitu hilang tanpa diketahui sapa yg guna. bila tanya member2 kat sini sumer tatau so buat la aduan pada keselamatan. ketua dia dtg cek dan kata akan bg gantirugi kalau nak. member aku kata x payah la cuma make sure x jadi lagi. dia ada ckp kat aku utk kunci pantri tu. aku kata no use sbb security ada masterkey. so utk keselamatan kekonon la..aku taruk kopi 3in1 kat meja aku n kwn aku tu pun taruk kat meja dia..dgn harapan x kan hilang lg la.

selepas 1.5 bulan...kejadian hilang tu berlaku lagi..yg aku x puas ati tu sbb org tu ambik kat meja aku ni ha. berani betul dia..dah tgk takde kat pantry dia gi cari kat meja plak. aku apa lagi mmg x dpt tahan sabo aku tros la majukan emel pada ketua security dan pengurus sumber manusia kat sini. member aku kata buat je..n tgk apa tindakan mereka. dan2 hari tu dorang ajak tgk cctv utk mengesan sapa punya angkara tapi aku keluar pulak so x dpt la tgk cctv tu. ptg tu pengurus sumber manusia dtg jumpa aku plak tanya lebih lanjut..aku cite la from A-Z. dia pun agak mesti keje security ni sbb dorang keje waktu malam. org lain mana nak dtg opis sbb waktu tu pintu kunci..security je yg ada kunci.

hari ini...waktu aku sampai ke meja..aku tgk ada satu bungkusan kat bwh meja aku. aku pk apa ke benda la ni. sekali aku cek amik kooooo. dgn biskut 2 jenis, kopi 3in1, kopi campuran dan nestum 3in1 ada dlm plastik tu. kira gantirugi la drpd org yang mengambil barang aku tanpa kebenaran tu. takde plak dia tulis maaf ke or sapa punya keje tu. aku cite kat laki aku dgn member aku dorang bantai gelak je..dlm ati pk..sian la pulak. member aku siap berseloroh 'jgn dia dah ganti balik tu kang dendiam dia ambik balik' hahaha sabo je la. laki aku plak pesan simpan dlm pantri tu..kunci ye..aku kata..tgk la pasni..jadi lg ke tak kejadian ni. kalo jadi jugak..mmg aku ngadap TNC tros la jwbnye

Monday, November 21, 2011

convo taski al hira'



pagi semalam bertempat di dewan sek. men. teknik muadzam shah telah diadakan majlis convo untuk pelajar taski al hira'. ikutkan surat majlis start 8.15. tp aku pegi 9.15 haha. sampai je tros antar ammar pada cikgu dia. n persembahan dr pelajar 4 tahun sedang berlangsung. sungguh cute budak2 tu bernasyid. x lama lepas tu ammar pun buat persembahan. di sini aku sertakan video persembahan ammar yang menceritakan tentang 10 malaikat dan tugasnya.






tak lama lepas persembahan dia ada persembahan dari pelajar yang lain. aku sempat rakam tang azan je. waktu solat aku x rakam sbb mcm lmbt je.





yang cute waktu solat tu imam lupa nak baca qunut dia tros sujud. makmum yg lain nampak dia sujud ikutla kecuali 4 org makmum yg terpingga2 angkat tangan nak baca qunut. sorang dr makmum tu yg azan tu dok goncang2 imam kata 'hey baca qunut dulu la' imam plak bgn terpingga2 garu kepala..baru baca qunut. gamat dewan tu hahaha.


lepas abis semua persembahan baru disampaikan cenderahati pada pelajar 4-5 thn dan utk 6 thn diberikan sijil dan cenderahati yang lain. majlis abis around 11.30am camtu. balik umah rehat jap dlm kul 1.40 pegi kenduri kawen.





dia lak yg betulkan tangan ammar



senyum terpaksa


tah apa yg dia sembangkan tu


baca sendiri



Monday, November 14, 2011

majlis perkahwinan elly

pada hari semalam aku pergi menghadiri majlis perkahwinan elly. sahabat baik arwah adik aku. mak aku kata dorang ni related dgn family aku juga..aku difahamkan suami elly muda 9 tahun dari dia..pergh!!! jenuh nak menjaga tu hahaha. majlis pernikahan diadakan di kampung elly. pada hari sabtu malam diadakan tahlil di rumah muadzam. dan majlis bersanding serta kenduri diadakan di dewan besar DARA. bley la dikatakan grand tp x ramai sgt yang hadir. mungkin dia jemput x ramai org kot. apa pun..layan la gambar ni ye.


makin montel budak elly ni aku tgk



sama cantik n sama padan tak? hiks!



berebut2 org nak amik gambar waktu ni






cun tak cun tak








majlis khatam quran KAMUS

pada Sabtu 12 November yang lalu telah diadakan Mesyuarat Agung kali ke 27 di KAMUS sekali dengan penyampaian hadiah pelajar cemerlang dan majlis khatam quran. aku pegi sbb aida terpilih utk khatam quran jugak. bapak lama kena tunggu situ..dari pukul 8.30 pagi sampai 4pm. gilos penat tunggu. tp untuk anak punya pasal kan..pegi la jugak..mood menulis takde so layan gambar je la


aida n teman b4 khatam



menunggu di surau KAMUS


majlis khatam bermula



khusyu'nya dia



ambik napas dulu



tgk gambo tu..gegara dia la majlis lmbt abis



selepas khatam..doa beramai2 (82 org pelajar yg khatam)


jengjengjeng....dpt lucky draw..x sia2 aku pegi



tadaaaaa....2 biji candy jar dengan dulang..berat siottttt