CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 10, 2011

itu rupanya

sejak ahad yang lalu ain sakit prot semula. aku dgn hubby mmg ingat dia gastrik sbb dia muntah drpd ptg ahad hingga isnin pagi. bg mkn ubat pun masih tak kurang..so hari isnin kul 10 tu hubby bwk ain ke hospital utk rawatan. doktor tetap dgn diagnos yg mengatakan ain gastrik. tp hubby lupa pulak nak tanya pasal muntah2 tu. menangis ain bila kena cucuk utk masukkan drip. kembali dr hospital dia masih sakit lagi. ikutkan aku dah buntu..

petang tu balik keje aku tanya ain sakit lagi ke..dgn muka pucat dia mengangguk..aku cuba berikan dia mkn ubat yang dibekalkan oleh hospital..baru satu hirup dia tros muntah. nak marah pun ada..tp aku tahan..hubby mmg x dpt tahan sabar..dia kata nak ke masuk wad..kena cucuk sana sini..menangis je ain dgr..mak aku tenangkan kami n kata..mlm nanti bawak pegi rumah paklong (sepupu mak) untuk cuba rawatan kampung. lepas maghrib aku bwk ke rumah paklong dan menceritakan tentang ain. dia cuba picit2 kawasan ain sakit..menjerit ain kesakitan..paklong beritau dia dpt rasa ada bonjolan kecil mcm guli kat kawasan ain sakit tu. dia suruh aku cari telur ayam kampung dan dtg semula mlm esok. hubby tros tepon adik aku utk tanya mana nak cari telur ayam kampung..jika ada nanti kami pergi ambil. aku bawak ain balik ke rumah mak dan mak sapu madu dan kapur di belakang ain..baru ain boleh tido.

esoknya selasa..aku tanya ain masih sakit tak..dia kata dah kurang..dan boleh cuba pergi sekolah sebab exam dah bermula. aku pesan padanya..kalau sakit inform cikgu n tepon mummy..dia angguk je. tgh hari tu hubby bitau aku yg ain sakit lagi..muka pucat je dan merengek2 nak hubby di sisi dia. ptg tu aku tepon adik aku tanya pasal telur ayam kg..dia kata x pasti sbb hubby dia kat kuantan jenguk mentua dia kat HTAA. aku minta hubby telefon poat pula..poat minta bg masa 5 minit utk dia tanya jiran2..alhamdulillah x lama lepas tu poat telefon dan inform yg telur tu ada...bergegas hubby pegi ke rumah dia utk ambil telur tu selepas solat asar. malam tu lepas maghrib kami ke rumah paklong lagi. waktu tu ain masih mengerang kesakitan. waktu paklong usap telur di kawasan sakit sambil membacakan doa dia menangis2 menahan kesakitan. bila paklong pecahkan telur..terkejut aku dgn hubby tgk tompokan nanah yg agak besar. paklong kata tu la penyebab sakit dia..kemudian paklong guna telur kedua..dibuat cara yg sama dan bila dipecahkan..tgk nanah tu dah pecah dan mengalir..ain pun dah kurang mengerang. dia buat telur ketiga pula..kali ni tgk nanah tu makin kurang..paklong kata..esok dtg lagi..kita cuba buang semua. aku angguk saja.

pg semalam aku tanya ain sakit lagi tak..dia kata kurang sgt2. nampak dia pun makin segar..aku tetap bg pesanan yg sama..if sakit waktu tgh exam tu inform cikgu n call mummy..dia angguk je. oleh sbb mak ke kuantan..tgh hari tu hubby belikan nasi goreng je utk dorang mkn. hubby kata nampak ain segar je..ptg tu waktu aku balik keje mak pun cite yg ain dah boleh bermain..dah tak baring n selera sangat makan. siap minta aku belikan bubur lambuk utk dia. rezeki dia..aku dpt 1 mangkuk bubur lambuk..tp x cukup...apa taknye..si asyraaf sibuk nak mkn sama.aku kata esok aku belikan lagi. ptg lepas solat aku tros bwk ain ke rumah paklong. aku kata pegi awal arini sbb hubby OT. paklong pun buat la mcm hari sebelumnya...bila dipecahkan telur tgk nanah tu dah tinggal sikit sgt..paklong tanya ain sakit lagi tak..ain kata dah x sakit sgt. 2 biji telur lagi x boleh guna..aku kata nanti utk hari khamis aku bwk telur lain. alhamdulillah nampak byk progress pada ain. waktu mlm tu aku tanya ain sakit tak.dia kata tak sgt..dan kata lapar je...dpt mkn tros tido.

selama ni hidup2 kami ingat gastrik..sbb tu yg dibitau oleh doktor..camne dorang kata gastrik?? sbb doktor tu tekan2 je prot tu..bukan nak xray ke..scan ke.utk tau punca sebenar. kitorang yg blur ni terima je la..tp sbb x tahan tgk ain x sihat2..guna alternatif lain la. mak pun kata x salah kita nak percaya pada doktor..tp jgn bergantung sgt pada dia..pk jugak..napa dia kata sakit tu tp dah bg ubat x baik2 jugak..cuba la cara kampung plak..mmg..aku dgn hubby dah serik..lepas ni takdela nak serah kat doktor bulat2..guna cara kampung dan perubatan islam gak yg membantu. semoga lepas ni ain tak sakit mcm tu dah..ameennnn