CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 16, 2012

lamanya tak update blog

pergh!! mmg lama betul aku x update blog aku ni..citenye byk...since last post aku..cuma masa je yg x mengizinkan utk aku update...masa terluang ni..aku akan update la apa2 yang aku ingat ye..tungguuuu.

Thursday, May 3, 2012

Glam & Glitter Nite - Secretaries Week MS Garden

Aku amik gold seating sbb aku pegi sorang je

 Mohd Mentor (protege ziana zain)

 Erry Putra....kejutan la konon sbb patut dia x tersenarai as guest artist

 Roslan Shah..malam tu aku x kering gusi dengan gelagat dia..very sporting

 Ifa Raziah..pun sporting abis..gelek dia yg tak tahan tu

Rantai manik yang aku menang malam tu..first person yg naik pentas dpt lucky draw ahaks!

Pada 28 April yang lalu bos sporting, baik, dan yg sewaktu dgnnya telah belanja aku untuk menghadiri dinner di MS Garden Hotel sempena Secretaries Week 2012. Ikut plan aku pegi 3 org..tp last minute 2 org member aku terpaksa batalkan kerana sebab-sebab tertentu. Aku sbb dah pegi sorang..aku upgrade je la seat drpd silver ke gold.

aku bertolak drpd Zenith dalam pukul 8..jenuh nak tunggu teksi sampai w/p hotel yg telefonkan. hubby aku x dpt hantar sbb dia nak jaga budak2 kat bilik. sampai je aku ke MS Garden Puan Hanieza bahagian sales dah tunggu aku dan tunjukkan aku meja aku no 3..aku tgk..ada 4 meja je yg guna gold skirting..kira 2 meja utk platinum..dan 2 meja utk gold..yang lain kaler merah..tu utk silver la. puas ati gak la sbb duduk dekat dgn pentas..senang nak tgk persembahan ahaks!.

Emcee untuk malam tu Roslan Shah yang mulakan dengan lagu Senyumlah by Dato' M Daud Kilau..dia punya gelek pergh!! mmg aku tabik la..pastu dok wak lawak manjang..makanan malam tu..nasi briyani..lauk mmg sedap..pastu buffet la..mcm2 ada..sampai aku pun pening nak mkn apa haha. waktu tgh mkn tu ada acara fashion show..diikuti dengan persembahan Man Raja Lawak..gambar dia aku x dpt nak snap sbb hp aku wat hal..choi betul..then acara yg ditunggu2..first lucky draw..roslan shah soh sumer org letak no atas meja. Man mula sebut no pertama yang dia sebut 10..dlm hati aku 27...then dia sebut 27 hahaha..aku pun pegi la naik ke pentas..waktu tu roslan dok usik haaa waheeda wassini..tgk kasut dia tgk kasut dia..aku lontar dgn kasut kang baru tau hahaha. waktu  nak amik hadiah tu dia dok usik2 plak dah.

pas abis sesi first lucky draw..mohd mentor wat persembahan..not bad suara dia..siap berduet dgn sorang PA ni nyanyi lagu ombak rindu...then artis yg takde dlm list..Erry Putra keluar..menjerit la org kat dlm dewan tu..dia nyanyi lagu pulanglah..then another lucky draw..last sekali Ifa Raziah masuk menyanyi few songs..dgn gelek dia xleh tinggal..pastu duet dgn 2 org mamat yg aku tak amik pot nama dia..last song dia soh sumer PA naik atas pentas utk gelek sama lagu goyang inul..no exception okay..sumer kena naik..sib baik x runtuh stage..

masa dah hampir tgh malam..aku bitau darling soh jemput sbb malas nak tepon teksi..after midnite teksi mahal..darling sampai n aku salam2 dgn PA2 kat meja aku n tros balik..majlis tu ntah kul baper abis coz aku kuar dr situ pun dah kul 12mn. overall..i had fun..w/p x kenal sapa pun kat meja mkn aku tu..kenal artis je hahaha..n the food mmg puas ati..never fail utk kenyangkan prot aku ni...TQ Mr. Boss

weekend di zenith

Pada Hari sabtu 28 April yang lalu aku membawa darling dan anak-anakku stay kat the Zenith Hotel. Saja nak try duduk 5* hotel..ntah agaknya kali ni je merasa dok 5* hotel ni. aku sampai dalam kul 5.30 mcm tu. pas check in hubby bawa anak2 aku ke kolam renang tingkat 4 x silap..aku plak pegi merayau ke ECM untuk beli baju for dinner dan kfc bucket untuk santapan hubby and anak2 aku. 

lobi hotel
 
candid waktu tgh bekpes..w/p dia x bg aku snap gak hehe
 
aiseyy...blur plak gambar ammar yg tgh menikmati cococrunch ni
 
asyraaf cuma makan sosej je..mende lain dia tanak
 
ain memaksa dirinya untuk makan nasi lemak..x abis pun..pastu dia g mkn honeystar plak
 
budak ni mmg antu nasi lemak..abis sepinggan dia g mkn honeystar plak
 
drpd buah ke dessert, orange juice dan pinggan beso ni...aku punya hahaha
 
loving couple ahaks!
 
my precious angels

pagi tu kami bangun agak awal sbb darling aku kena bertolak ke Ibam plak untuk pergi kursus. turun ke coffee house utk bekpes..oleh sbb cover utk 2 org je..asyraf bwh 5thn dpt free..budak 3 org tu kena bayo. sorang 23++..waktu aku check in aku bayo deposit 300..bila checkout..balance aku 40sen je wakakakak. overall mkn kat situ mmg sedap...sampai senak prot mkn bekpes pg tu..cuma hubby n anak2 aku kata kolam dia x best sgt..coz utk budak2 kecik je kolam dia..some more xleh pakai ikut suka ati..kena pakai swimming suit..sib baik aritu org yg jaga tu kata bg can kat anak2 aku utk pakai ikut suka ati dorang haha.

ckp hubby..next time tamo dok 5* hotel dah..why???? sbb katanya..rasa sgt perbezaan org kaya dgn org yg kurang duit mcm kami ni bila tgk pengunjung lain. aku kata sesekali je..merasa dpt harga murah sbb ada function..kalo takde function ingat nak ke dok sini..x tercapai walletku utk bayo hahaha



Thursday, March 1, 2012

milikku


cantik tak gambar ni??? kisahnye awal bulan februari waktu aku hantar anak buah aku balik rumah dia..aku nampak la gambar lukisan ni kat dpn rumah jiran seberang rumah kakak aku. sambil memuji kecantikan lukisan ni..aku tanya la anak buah aku..org yg lukis ni nak jual atau saja je letak kat dpn rumah..anak buah aku kata mmg dia nak jual sbb nak cari duit lebih. pendapatan org ni x seberapa..cuma jual baju je. aku tgk byk jugak lukisan yang dia lukis tp mata aku tetap terpikat dgn lukisan yg satu ini.

aku minta anak buah aku tanya harga lukisan ini. setelah dirisik org tu nak jual dgn harga RM60. aku kata nanti bila gaji masuk aku akan bayar utk lukisan ni. kira dah booking la. tujuan aku nak beli lukisan ni sbb nak letak kat ruang tamu rumah mak aku..nampak kosong je kat depan tu. aku diberitau oleh anak buah aku..ramai org yg berminat nak beli lukisan ni tp pelukis ni mmg simpan utk aku..w/p aku x bayar duit booking pun huhuhu.

ptg tadi aku minta anak aku pegi membuat pembayaran utk lukisan ni..x lama lepas tu dia bawa balik...memang lukisan ni nampak lebih cantik bila dpn mata..x sabar aku nak gantung kat ruang tamu ni..baru la hidup skit ruang tamu tu nanti.

Wednesday, January 25, 2012

Ain part 1





anak no 2 aku ni asyik kurang sihat je lately. jadi untuk menyedapkan hati dan rasa ingin tau sakit dia apa aku dan hubby bawak ain ke pakar pediatrik di Kuantan Medical Center (KMC). Memang pada mulanya nak bwk dia pegi ke KSH je tapi sebab ada cite yang kurang enak didengari lately tentang servis di KSH tu..aku batalkan niat. aku ckp kat hubby..takpela kita kuarkan duit kat hospital bukan panel..asalkan hati kita puas ati dgn servis doktor tu.


so pada hari sabtu yang lalu..21 Januari 2012..aku pun bawa ain ke KMC. awal pagi lagi bertolak sebab operasi mereka half day je. setibanya aku di sana aku tros daftarkan ain dan diminta untuk pergi berjumpa dengan pakar pediatrik..Dr. Yeoh. aku menerangkan pada doktor simptom2 sakit yang ain alami. daripada sakit tulang kaki ..sakit kepala..sakit perut. Dr Yeoh tanya b4 this x pernah buat apa2 test ke. aku dgn hubby apa lagi..ckp je la..pegi spital gomen tapi dorang x pernah pun nak buat test2 tu sumer. kalau boleh aku nak pihak KMC buat pemeriksaan menyeluruh. Dr. Yeoh pun sarankan utk buat blood test, Xray both legs, cek mata. lepas siap buat tu seme pegi makan dulu..1.5jam kemudian baru jumpa dia semula.


aku pun buat la seperti yang diminta. memang superb la layanan doktor dan pekerja2 di sana. maybe sebab dia tau people pay for their service. lepas cek mata ain buat xray kaki..then ambil darah..lepas tu kami g mkn di restoran berdekatan..lepak kat megamall..aku bwk ain beli buku2 cerita dekat popular bookstore. lepas 1.5 hour kami kembali ke KMC. Dr. Yeoh menyatakan sumer test untuk ain NORMAL..aku ulangi NORMAL..tiada apa2 masalah pun..adoyaiiiii..aku dgn hubby kata..bihtu dia sakit apa kalau semua normal??? Dr. Yeoh kata..kita tgk dulu perkembangan dia..kalau lepas ni dia sakit lagi..no choice kena buat MRI la..tp dia ckp awal2 kos utk MRI mencecah RM1k++++. ain plak bila doktor kata sumer normal dia bley menjerit yayyyyy..sabo je la aku..sebelum keluar dari bilik Dr. Yeoh dia kata akan berikan ubat tahan sakit untuk ain dan pesan lagi..jika ain tetap mengadu sakit kepala..datang kembali n buat MRI tu...dlm hati aku..hmmmm kena la korek tabung sana sini utk bayo kos MRI tu..kos lain lagi.


jumlah kos yang dikeluarkan untuk hari tu...RM240 lebih kurang. sib baik aku mmg siapkan lebih sbb tak pernah bwk pegi spital pakar swasta. apa pun masih berpuas hati dgn layanan yang diberi. waktu perjalanan balik tu..hubby minta aku telefon ustaz salehuddin yang mengamalkan perubatan islam darussyifa'. tp sayangnye waktu aku telefon beliau menyatakan waktu rawatan untuk siang dah abis..1/2 day juga..kalau nak..dtg malam la..dari pukul 8.30 pm..hubby kata next time je la pegi..sbb kalau pegi jugak waktu tu..kul baper nak balik MS. aku dan hubby x henti2 berpesan pada ain..apa yg tak boleh dimakan dan hanya mampu berdoa..semoga dia akan lebih sihat lepas ni.


setibanya aku di rumah mak..aku citekan segalanya pada mak siap tunjukkan xray kaki ain dan laporan perubatan ain. mak kata..kita tgk je la..kalau masih sama..cuba cara tradisional/islam. malam tu ain ikut tido di PU...esoknya Ahad..dia masih tido di sana dgn hubby..aku tido kat umah mak.


hari isnin...pagi dia dtg ke rumah mak menangis..bila aku tanya hubby kata dia mengadu sakit kepala dan demam.....


bersambung di part 2.......

Friday, January 20, 2012

toing toing toing



Kerenah asyraaf ni saban hari buat kami makin geram n suka....ntah aku pun tatau nak rasa apa haha.


kisahnye 2 hari yang lalu waktu aku, hubby n the kids tgh solat maghrib berjemaah, asyraaf ni dok lalu lalang depan aku. aku x kisah la sbb biasala budak kan..as long as dia x tarik telekung aku or kakak2 dia.


pas abis solat waktu nak doa tu..tetiba hubby aku gelak..aku tanya la apsal..dia kata dia dgr waktu asyraaf lalu lalang dpn aku tu dia dok sebut toing toing toing..apa lagi satu rumah la ketawa hahaha..asyraaf lak tau org ckp pasal dia tros terkam daddy dia n jerit 'daddy niiiiiiii' sambil tumbuk2 manja. aku ckp kat hubby haaaa nampak sgt abg x kusyuk solat..sampai leh dengar apa yg asyraaf ckp tu' dah gelak balik. si asyraaf ni plak..kalo org soh solat alasan dia..'ayap xyah solat sbb ayap kecik lagi' pandaiiiiiii je jawab..tp kalo kita x suruh..dia wat sendiri siap pesan jgn ganggu dia hahaha.


hai asyraaf..sib baik la ko takde adik...kalo ada adik...mau diajak berjemaah toing toing toing jugak tu hehehehehe

Monday, December 5, 2011

dah nak kena

driver tow truck sedang membetulkan kedudukan tayar yang agak 'parah'


operasi utk menarik sedang dijalankan





lengan kanan



peha kiri




nak jadi cite sabtu lepas aku patut ada latihan futsal. waktu nak pegi tu asyraaf beria nak ikut tapi aku x bagi. aku tinggalkan dia dan pegi sorang diri. ntah mcm mana..waktu membelok ke selekoh kiri lepas JPJ tetiba pandanganku gelap. aku sedar je kepala aku dah terhantuk dekat stereng kereta dan badan aku tertolak ke belakang. aku tgk kereta dah atas divider jalan. agak tinggi divider tu. aku cuba start kereta..boleh..tp nak turunkan dari divider tu x boleh. tersekat akibat divider yang tinggi. dalam terketar2 aku mencari telefon. keadaan dlm keta toksah ckp la mmg dah berterabur. air yg aku bawa pun habis tumpah. kepala aku dah mula berdenyut dan aku mula rasa sakit dekat kaki belah kiri dan tangan belah kanan.


dengan terketar2..aku telefon hubby ' help me....ayg eksiden' hubby menjerit terperanjat..aku bitau kat mana dan x lama kemudian dia sampai. sementara tunggu dia sampai tu aku perhatikan org yg lalu lalang wat derk je. yg gelak2 pun ada...sabar je la. bila hubby sampai aku blur nak tepon bengkel mana utk tarik kereta tu..dia cuba telefon sorang mekanik tempat dia selalu antar keta tu tp org tu leh tanya plak nak claim insurans ke..ada ke soklan tu yg ditanya. hubby kata tanak sbb ncr dah byk sgt..lgpun mcm x baloi je nak claim insurans. org tu kata dia xleh dtg. aku minta no telefon bengkel dr kawan aku..tp ntah celcom bangang ke apa ke..msg yg dia hantar sampai ke hari ini aku x terima. aku cuba belek2 purse aku...alhamdulillah..ada namecard workshop yang pernah org beri pada aku waktu keta lama aku eksiden dulu. hubby aku telefon dan dlm 15 min tow truck dtg.


aku nak ucapkan terima kasih pada sahabat aku kak ani, matpet dan fakhir yang singgah di tempat kejadian. paling tak terhingga pada matpet la sbb dia stay kat situ sampai tow truck tu tarik keta (walaupun ko x baca blog aku ni aku nak ucapkan tq gak) minggu ni..kena sewa keta yan la nampaknye. hopefully keta tu cepatla setel. ntah baper kos..nanti kena la pegi tgk. keadaan aku? balik dr situ aku cek kat bdn aku dah mula timbul lebam2. kepala dah benjol n sakit muka sebelah kanan. hubby aku urutkan skit2 tp dia risau..takut ada darah beku kat kepala..aku cuma kata insya allah takde apa2 (till now paler aku sakit sgt tp tanak risaukan dia). aku cuba bergurau dgnnya....nampaknye duit kutu aku abis kat keta la...plan nak beli lampu dgn kipas utk rumah kat kuantan..goes down the drain ...sob sob