Tuesday, June 23, 2009
family day - b4 berlepas
Posted by manja-art01 at 3:10 PM 0 comments
powerpuff girls
Posted by manja-art01 at 2:50 PM 0 comments
Monday, June 22, 2009
Selamat Hari Bapa
Tahun ni aku ajak anak2 aku buat kad sendiri untuk bagi pada suamiku sempena hari bapa. berjaya juga projek buat kad diam2 ni hehehe. bebudak tu excited buat kad ni sepertimana aku excited buat dgn dorang. tp yg kelakonye..cousin2 dorang yg lebih excited dr anak2 aku hahaha. apa taknye..dorang x diajar rasanye utk buat mende ni. so bila tgk ada org buat..dorang kongsi nak buat sama la hehe..happy father's day abg....n to all fathers yg baca blog ni..happy father's day diucapkan
Posted by manja-art01 at 1:41 PM 1 comments
muar, peah, durian, ujan batu
on the way back seperti yg dijanjikan..aku beli durian dgn hubby. sepanjang perjalanan ke muar tadi tgk kiri kanan ramai org jual durian. harga pun murah2 sampai RM1 sekilo pun ada hehehe. sampai kat satu gerai ni apek jual tu mmg letak harga RM1 sekilo..tp buah dia comey2 je hahhaha. ada yg besar skit n dia kata yg ni RM2 sekilo tp sbb dah nak tutup n dia kata beli la byk skit dia bg RM1.50 sekilo. apa lagi kitorang pun kata ok jela..ntah camne tgk je apek tu isi buah dlm guni. sedar x sedar sampai 2 guni kitorang pulun wakkakaka..hasilnye..32kg = RM47. apek tu siap bg 3-4 biji durian free sbb katanye dah nak tutup hehe. hubby risau nak tinggal keta kat luar takut kena kopak sbb byk doyan. dia cadangkan nak balik muadzam mlm tu jugak tp anak2ku x setuju. so tido je la ke jementah. asyraaf lak ntah camne leh meragam lak mlm tu . tanak tido dlm bilik. siap melalak. bila aku bwk kuar barula dia syp. nak tido kat dpn tv rupanye hehe.
esoknye waktu nak balik hubby tinggalkan 5 biji durian di rumah abgnye. antar rumah adik aku 4 biji dan selebihnye bwk balik muadzam. Kami balik agak awal sbb nak singgah segamat beli pampers asyraaf. nak cari minyak yg mak pesan tak jumpa. tp abis gak duit aku beli seluar utk anak2 aku wakakaka..adessss payah tul kalo kaki soping ni. sampai muadzam dlm 1.45pm. hubby balik ke PU..tido kat sana. ptg dlm kul 6 lebih dia dtg semula. waktu senja tu ujan lebat sgt. patah dahan pokok kuini menimpa atap dapur luar rumah mak. tetiba kat atas atap dgr mcm bunyi org baling batu. adik aku panggil aku n aku bitau mak. mak keluar la tp tgk ujan dah turun lebat. bila adik lelakiku balik ke rumah je dia bitau yg tadi dia siap mkn ujan batu yg turun. berebut org mkn. org tua2 kata ujan batu ni byk khasiat. murah rezeki n ilangkan mcm2 penyakit. tp adik aku kata..sakit nak mampos kena ujan batu tu hahaha..adoiii rugi tul x kuar rumah waktu dgr bunyi ujan batu tu. kalo x merasa aku mkn sama eheheh. mak siap kata..pasni doakan semoga ujan emas lak turun hehehehe..memintak makbul la doa mak tu. takdela pepening pk pasal kurang duit hahahaha
Posted by manja-art01 at 1:23 PM 4 comments
Friday, June 19, 2009
tag dr zana
1.Bilakah kali terakhir anda cuci toilet?
minggu lepas.
2.Pencuci apa yg anda guna?
Pencuci tandas cokia je
3.Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? kenapa?
Sekali seminggu sahaja on saturday or sunday. ari lain keje. balik rumah dah mlm.
4.Apa tugasan anda sebelum menjelang malam?
amik anak dr rumah pengasuh n pastikan anak2 mandi
5.Apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
mee atau nasi goreng.
6.Minuman yg anda buat setiap pagi?
kat rumah nescafe. kat opis air suam je hehe
7.Sebelum tido apa yg anda lakukan?
tgk tv sambil tenet
8.Harus menjawab tag ini?
org yg baca blog ni
Posted by manja-art01 at 9:45 PM 0 comments
Tag Kewangan dr Red
TAG KEWANGAN
1) Pada umur berapakah anda menerima gaji pertama & pekerjaan anda?
18 thn - lepas SPM..... housemaid hahaha..caya tak aku jadi org gaji sebulan hiks!
2) Berapakah jumlah wang simpanan anda sekarang?
Besarkan jwpn anda.
A. kurang 5ribu
B. Lebih 5ribu
C. Blm ada simpanan
3) Apakah aset pertama yg anda beli atas nama anda dan umur anda ketika itu?
Nothing - bagi mak simpan utk further study kononnye hiks!
5) Adakah anda pemegang credit card utama dan brp jenis credit card anda miliki?
TIDAK
6) Adakah anda menyumbang dlm perbelanjaan seisi keluarga, nyatakan?
Ya - byk sgt..x yah la nak sebut kat sini
7) Pernahkan anda terfikir utk membuat kerja sambilan?
Ye..tapi tatau nak watpe
8) Sekiranya anda perlu menyediakan sejumlah wang yg banyak utk rawatan hospital adakah anda bersedia?
Ya, etiqa insurans yg jiman amik leh cover hiks!
9) Adakah anda mempunyai wang persaraan? cth: KWSP atau retirement plan etc.
Ya - KWSP
10) Adakah anda selesa dgn pendapatan seisi keluarga anda sekarang?
Alhamdulillah..... boleh survive
11) Tag ini sangat sesuai utk mengetahui status kewangan 5 sahabat
kak eja
jebat
poklah
era
bm
Posted by manja-art01 at 3:41 PM 0 comments


























.jpg)
.jpg)
.jpg)
