Since Ahad lepas Aida bermalam kat PU sebab dia nak exam. Kat rumah aku je yg bley study dgn aman tanpa gangguan dan godaan TV. Kalau kat umah mak tu payah skit la if x bukak tv. Kang boring plak si atirah n najiah. Dorang tu dah la hidup dlm rumah je..nak kuar jln tak merasanye kalo tak bwk. Sori la ye ain/ammar/asyraf..x merasa la tgk tv sepanjang kak aida nak exam ni. Mummy bg on tv during indahnye iman dlm 6.50pm-7.30pm only..then OFF. Kalau korang dah tido baru mummy on semula..tp don’t worry la..korang tido..mummy pun tido..daddy je yg tonton tv sesorang hehehe. Adil la tu kan?
Monday, November 9, 2009
Server Down
Since 1/11/09 yang lalu server kat Uniten down gegara org TNB ICT nak upgrade system. Ingatkan kejap je..rupanye seminggu. Korang kira la sendiri arini dah baper haribulan. Punya la sakit jiwa rasa. Bila kat opis pun dah x leh tenet..kat PU apatah lagi. Mulut2 lecturer pun dah bising2 tanya bila line nak ok. Proses Add&Drop Foundation program pun terpaksa ditangguhkan gegara line down ni. Ikut kata Rahmat bos darling senang je ‘takde matinye kalo takde tenet ni’ ..haa amik ko hehehehe. Aku kalo tenet x ok tu maybe bley la dimaapkan skit Cuma boringnya outlook pun x leh pakai..adussss letih siottttt.. nak inform pasal meeting kena calling2 je. Dahtu nak update calendar pun x leh..terpaksa la guna tepon je.
Kat rumah brokben (intentionally misspelled) selekom tu ada. Cuma leceh nak tenet time anak2 aku jaga especially asyraaf tu. Kang dia pun nak tenet sama. Tak tenang aku jadinye. Bila tidokan dia..dgn aku2 sekali tido hahaha..sudahnye darling je la yg tenet. Aku diberitau plak tenet akan kembali normal pada jemaat 6/11 ni. Adesssss..lama tuh nak nunggu. Alasannya org TNB ICT kena masuk utan rentas sungai utk upgrade system tu..ho ye la tu..kot ye pun nak terjejas lama line ni bitau la awal2. Ni tidak..suka ati makpak dia je wat keje x bitau baper lama amik masa.
Posted by manja-art01 at 8:49 AM 0 comments
Wednesday, October 28, 2009
English Oral Test
hari ni ada english oral test utk support staff batch 1. dah 3x tangguh nak buat test ni. ingat tadi nak soh cikgu tu tangguh gak dgn alasan ramai org takde pegi kursus hehehe. padahal aku x prepare apa pun. cikgu kata kalo tamo buat ptg ni buat dgn Dr. Azam Nair. Isy tamo la aku. sbb Dr. Azam Nair tu lg tererist ckpnye. kang segan je nak jwb soklan hahahah. oleh sbb tamo tangguh so aku dgn PA sorang lagi gi la search point2 kat tenet utk soklan2 yg bakal ditanya. bukan tu je. aku siap tanya kengkawan kat SS utk bg pendapat hahahaha. thanx atie, red, afsal, chah, syah sbb bg point yg berguna...tp aku x dpt gunakan sbb aku dpt soklan lain hehehehe. soklan yg aku dpt??? mana yg lebih bahaya? dok sebelah pesakit H1N1 or HIV. sib baik la b4 aku pegi test tu aku ada jot down skit2 yg aku rasa tau so bleyla jwb dgn konpidennye (pasan). cikgu tu tanya aku pas abis oral test..nak tambah apa2 ke? nak tanya apa2 ke hehe..aku ckp..cukup la tu..ni pun saya x prepare apa..pakai belasah je hahahaha.
b4 keluar aku tanya la pasal markah writing test few weeks ago. dia pun bg tgk. pergh!!! rasa nak melompat2 dlm bilik tu bila tgk markah aku. aku dpt 78/80 wuhooooooo. mmg aku agak pun dpt markah ni sbb waktu jwb test tu ada 2 soklan yg aku konpius hahahaha. dia senyum2 je tanya..puas ati ke dgn markah tu hahaha..perli ke cikgu weh hehehe. now x risau la kompom leh dpt flying color wakakakka..tgk tu..pasan lagi aku. kepada staf lain yg akan masuk kelas next semester....termasuk my darling hubby..selamat belajar ye!
Posted by manja-art01 at 3:46 PM 0 comments
Monday, October 12, 2009
Konsert Amal - Cinta Nur di Hati
konsert dimulakan dengan nasyid student uniten diikuti dengan aeman. budak ni nyanyi 1 lagu je..sabo je la aku. then Ustaz Zamri masuk sumer org tepuk tangan dan bersorak. sungguh bersahaja motivasi yg diberikan tp menusuk jiwa n kalbu tu..ecewahhh hehehe. Ustaz Zamri akan memberi motivasi setiap kali bertukar artis. acara diteruskan dengan persembahan UNIC. boleh tahan jugak budak2 ni. Lulusan Uni belaka. In fact ada yg masih study di Mesir dan tak dpt turut serta. Salah sorang ahli yg dtg malam tu plak dikatakan dpt pointer 3.8 every sem..bley tahannnn. yg x tahan tu bila dorang kata 'ala..dorang bukan nak dgr kita nyanyi..dorang nak dgr In Team nyanyi..terus disambut dengan gelak ketawa penonton. lagu2 dorang pun best..biasala nasyid..berunsur ketuhanan la kan.
tak lama lepas ustaz zamri bermotivasi..muncul In Team..student apa lagi..menjerit dlm auditorium tu..aku dgn mak gelak je tgk gelagat dorang. acara dimulakan dengan klip a tribute tu allahyarham Ustaz Asri..ex vocalist Rabbani. pastu dorang nyanyi lagu terakhir yg dorang sempat duet dgn allahyarham Ustaz Asri. sejurus selepas tu...lagu yg aku dan penonton tunggu2 drpd In Team..apa lagi kalau bukan lagu Nur Kasih..mmg gamat auditorium bila dorang kata nak nyanyi lagu tu. penonton siap nyanyi sama. In team menyampaikan 5 buah lagu mlm tu.
lepas In team abis buat persembahan dan Ustaz Zamri bermotivasi..muncul la artis yang ditunggu2 malam tu. biasala kan..artis utama mesti kuar last hehe..bila Ramli Sarip muncul je punya gamat auditorium tu dengan jeritan penonton..yg dok sebaris dgn aku tu pun sama..bingit tinger aku hahaha. Ramli dgn sopan melambai dan melemparkan senyuman. oleh sbb konsert ni berunsur nasyid..lagu yg ramli nyanyi pun sumer berunsur ketuhanan n puitis. bila sampai turn lagu doa buat kekasih..haa ni yg best. time part 'sejarah mengajar kita...' dia syp n penonton tros sambung 'menjadi lebih dewasa..meniti arus angkara'..Ramli tros sambung 'wa cayaa' n diikuti dgn gelak tawa penonton hahahha. pas abis lagu tu dia nyanyi lagu Teratai. baru first verse 'oh teratai bunga indah, engkaulah pujaan hatiku..telah lama kurindukan' then dia stop n penonton sambung 'wahai teratai bunga indah'..Ramli tros jerit 'hey saya nyanyi lagu n i tahun 79..awak tak lahir lagi..mcm mana awak tau lirik lagu ni' hehehe. pastu dia tros nyanyi lagu ni n bergilir2 diikuti dengan penonton. memang happening betul. apa taknya mlm tu penonton 90% memang muda2..budak skolah pun ada. tp sbb minat ramli punya pasal..lagu umur puluh tahun pun tau.
ikutkan Ramli patut nyanyi 4 lagu je. tapi sbb permintaan penonton yg asyik jerit 1 more 1 more dia tambah lagu dia sampai 8 heheh. dia sempat berjenaka 'sian kat saya..jauh nak drive balik kl ni' hehehe. tp dia nyanyi jugak utk tidak menghampakan permintaan penonton. penutup dia nyanyi lagu Camelia. aku rasa malam tu suara penonton dgn dia sama kuat je hiks!. bila dah abis buat persembahan sumer artis berkumpul n nyanyikan lagu penutup. aisey aku pun lupa lagu apa hehe. overall aku bg 5* la for this concert. memang berjaya dgn cemerlang. Org bangi benkek je wakakkaka. lenkali bley buat lg ye ustaz pendek..jemput artis lg gah lg ahaks!
Posted by manja-art01 at 10:03 AM 2 comments
Thursday, October 8, 2009
Wednesday, October 7, 2009
durian kura2





korang pernah jumpa durian mcm ni? isy kalo dah lebat mcm ni pastu tumbuh pun kat bwh senangnye la ek. xyah susah2 nak tunggu dia gugur or kait hahaha
Posted by manja-art01 at 11:31 AM 2 comments
alamak! mcm mana ni
arini ada exam bertulis utk kelas english for support staff. mata aku dah merah sebelah. pedih ni. camne nak jwb soklan exam. hubby ajak gi klinik je amik mc. kalo aku amik mc kang dah x leh amik exam ni. if nak amik kompom dia tukar soklan lain..adusss..dilema aku ni. dah la tak wat apa2 persiapan pun sbb nota2 lama yg dr azam bg dulu ntah mana aku campak. isy nak gi klinik ke tak??????
Posted by manja-art01 at 10:11 AM 0 comments














