


kes terjadi pada tokey jubah yang aku beli. seriau aku baca..ni yg wat pk byk kali kalo nak bwk budak2 gi soping ni...to all parents out there..berhati2 la ye. skang ni taktik org nak rompak ke culik ke dah mcm2..jgn leka sampai anak2 terbiar..tau2 dah ilang. dlm kes ni sib baik dia amik rantai je n lepaskan budak tu..kalo dgn budak tu sekali dia bwk lari..aku rasa mau nangis air mata darah pun x guna dah
Monday, November 15, 2010
Tragedi yang tak disangka2..parents beware!
Posted by manja-art01 at 11:49 AM 0 comments
Hari Penyampaian Sijil Taski Al-Hira'


pagi semalam berlangsung hari penyampaian sijil tuk budak 6 thn Taski Al-hira' n penyampaian hadiah pada budak-budak umur 4 & 5 tahun. seperti biasa ada la persembahan2 daripada pelajar2. ammar menyanyi nasyid tapi darling aku kata suara ammar slow je..mcm tamo kuarkan suara je haha..aku x pegi sbb bz kat umah mak..cuma darling dgn ain je yg pegi.
Posted by manja-art01 at 10:00 AM 0 comments
Tudung itu Aurat atau Aurat itu Tudung
aku jumpa artikel ni kat fb SIL aku..mmg molek sgt utk dikongsi bersama..org laki jgn amik mudah je perkara ni..pompuan??? hehehe sendiri mau ingat la ye
“TUDUNG ITU AURAT ATAU AURAT ITU TUDUNG?” ....???
“Ya, mahu makan apa incik?” tanya seorang pelayan barra kepada Arep.
“Bagi nan cheese garlic satu sama itu kari ya,” jawab Arep selepas mentelaah menu yang diberikan.
“Baiiikk..incik?”
“Bak saya nan cheese biasa,” order Rapek.
“Nan cheese garlic ada, nan cheese takda.”
Logik tak? Nan cheese garlic ada tapi nan cheese biasa tiada? Adakah roti nan itu yang menjadikan nan cheese atau garlic yang menjadikan roti itu dikenali dengan nama nan cheese? Memeningkan, namun itulah kesalahfaham yang berlaku di dalam masyarakat kita.
“TUDUNG ITU AURAT ATAU AURAT ITU TUDUNG?” - pening, yang mana satu betul? selepas berjam-jam memikirkan 2 ayat ini, akhirnya saya dapat jawapan bahawa kenyataan ‘tudung itu aurat’ dan kenyataan ‘aurat itu tudung’ memberi makna yang serupa tapi pada hakikat Islam itu adalah salah???? Iye???? Tudung bukan aurat????
Ya,tudung bukanlah aurat atau aurat bukanlah tudung kerana tudung adalah sehelai kain yang berfesyen manakala aurat adalah bahagian-bahagian pada badan yang harus ditutup. Persepsi orang yang tidak memakai tudung sedang mendedahkan aurat sudah menjadi pegangan sape-sape sahaja, dari anak-anak kecil yang sedang makan lolipop atau seorang bos yang sedang menyedut cerut kematian. ”Kite kene tutup rambut kita, rambut tu aurat. Sehelai rambut kite dilihat oleh lelaki bukan mahram maka kite akan masok nerake 60 tahun akhirat. 1 tahun bersamaan 1000 tahun (rujuk As-Sajda) atau 500 tahun (rujuk Ma’arij) dunia,”nasihat seorang akak naqibah kepada mad’unya. Hakikatnya, dalam nasihat itu juga ada 2 kecuaian kecil. Yang pertama, akak naqibah itu menekankan bahawa rambut sahaja adalah aurat dan yang kedua, ’dilihat oleh lelaki bukan mahram’, padahal aurat wanita muslim tidak boleh didedahkan kepada wanita bukan muslim. Takpe, takpe, jangan dot kalot lagi, kali ni kita bincang satu-satu bab aurat ni. Kita akan ikut pendapat imam Syafi’e disebabkan Malaysia pengamal mazhab syafi’e.
Aurat Muslimah – Muslimin + Non-Muslim (Boy + Gal)
“Ala ilek ar, biar la free hair asal hati baik” - cik mbong (bukan nama sebenar)
“yang pakai tudung labuh pun kene tangkap khalwat, so same ar ngan aku yang free hair ni” - mek mah (bukan nama sebenar)
“takpe ar aku buka lengan, aku pakai tudung pe!” - kiah (bukan nama sebenar)
Jawapan-jawapan yang biase kite dengar apabila kita tanye, “y dont u wear hijab? (tulis omputih skit) ”Sebelum kite jawab lu jawapan2 daripada adik-adik ni, mari kita teliti. Bahagian manakah aurat bagi wanita sebenarnya.Adakah rambut sahaja?Leher?Dada? atau… =P
Firman Allah dalam surah An-Noor,31:
Kehendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.
Sabda Nabi kepada Asma’ Ibnu Abu Bakr:
Wahai Asma’! Sesungguhnya seorang gadis yang berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja. (BUKHARI MUSLIM)
Sudah jelas bahawa selain daripada muka dan pergelangan tangan adalah aurat bagi wanita, inilah hadis yang dipakai Imam Syafi’e dalam menetapkan aurat bagi wanita untuk lelaki muslim, lelaki-perempuan non-muslim. Maksud ‘melabuhkan tudung hingga ke dada’ dalam ayat 31 surah An-Noor bukanlah mewajibkan semua wanita memakai tudung labuh tetapi ayat itu memberi maksud bahawa wanita harus menutup rambutnya dan juga dadanya daripada terzahir @ ternampak. Tak kisahlah anda ingin memakai tudung ke, topi ke, skaf ke atau serban, asalkan bahagian rambut dan dada anda tertutup. Kenapa ya Islam menekankan penutupan rambut dan juga dada? kerana situlah tempat intaian pertama kaum Adam!
Hadis di atas juga memberi maksud kepada kita, pemakaian purdah bukanlah wajib disebabkan Rasulullah sendiri mengatakan semua takley terdedah kecuali muka dan tapak tangan. Pendapat majoriti ulama’ (jumhur ulama’) seperti Syeikh Nasirudin Al-Bani dan Prof.Yusof Qardawi menyatakan pemakaian purdah@niqab ini bukanlah wajib. Antara hujah mereka, aurat wanita di dalam solat dan di luar solat adalah sama manakala alasan bagi ulama’ yang mengatakan purdah adalah wajib berdasarkan pendekatan ‘mencegah lebih baik dari merawat. ”Namun begitu, para ulama’ memberi keutamaan untuk wanita memakai purdah@ menutup muka mereka.
Rasulullah SAW mengeluarkan hadis di atas disebabkan Asma’ datang berjumpa dengan Rasulullah dalam keadaan memakai pakaian yang nipis, yang menzahirkan bentuk badannya. Menerusi asbabul @ sebab hadis ini, kita dapati bahawa pemakaian pakaian yang ketat atau lut cahaya ditegah oleh Islam. Islam tidak mengharamkan perempuan memakai seluar, bahkan kalau diteliti siapakah pencipta seluar, maka kita akan dapati bahawa pencipta seluar pertama di dunia ialah Nabi Allah, Ibrahim. Apa yang Islam haramkan ialah pemakaian pakaian yang ketat, yang membentuk tubuh badan wanita tersebut. Muslimah perlu diingatkan bahawa pandangan lelaki adalah pandangan TRANSPARENT! Kaum lelaki tidak memerlukan sinar X untuk melihat sesuatu yang tersembunyi, cukup dengan merenung dari jauh!
Menjawab kepada persoalan adik-adik tadi,saya bagi satu analogi:
Saya masak mee goreng. Saya letak udang, ayam dan daging. Lepas tu saya masokkan pewarna coklat pekat ke dalam mee dan saya pekatkan mee itu supaya nampak seperti najis. Still nak makan? Takpe luaran je nampak cam tahi, dalam tu ade udang, ayam dan daging. Sedap tu!
Kita gunakan hukum alam, judge a book by its cover! Memang kadang-kadang ada yang menutup aurat tapi melakukan maksiat tapi dia sudah berusaha untuk memenuhi syariat Islam. Mungkin solat dia tidak khusyu' menyebabkan dia melakukan maksiat, atau apa-apa alasan lain. Udah, jangan tuding jari ke arah orang lain, kite lihat diri kita, muhasabah sendiri, analisa sendiri. Adakah kita sudah mengikut acuan Islam atau kita telah mengacu Islam ikut kehendak kita?
Aurat Muslim – Musliminah + Non-Muslim( Boy + Gal)
Ali seorang pemain bola yang profesional. Setiap kali dia sepak bola, dia akan masuk ke neraka! Aik, kerana apa? Kerana dia tidak menutup aurat. Semua orang sudah tahu bahawa aurat lelaki adalah dari lutut ke pusat dan ade golongan yang main-main, diorang kata aurat lelaki adalah lutut DAN pusat. Tak kisahlah dia nak main-main atau apa, tapi tu pon diorang masih pakai seluar pendek, dedah lutut! Pekehe ni Yop?! Tadi kate aurat laki pusat DAN lutut tapi lutut x tutup pom? Astaga, Allah da bagi hukum kite main-main, hukum yang main-main pom tak ikut. Ape nak jadi ni?
Bucah turun ke utiliti untuk belajar lillahita’ala dengan memakai wax di kepala, misai yang baru dicukur dan memakai seluar pendek. Niat tu da baik da, belajar kerana Allah tapi pakai seluar pendek, dedah aurat. Ni satu lagi masalah kita, kita nak g ke Jepun tapi beli tiket beca padahal orang da berkali-kali kata, nak ke jepun beli tiket flight, bli tiket flight, kite degil jugak, nak jugak naik beca. Takpe, terpulang. Betul, sampai juga kat jepun tu, tapi tengoklah betapa tersiksanya kita duduk di atas beca tu menahan panas dan basah, kene BASUH DULU! Ya, sebelum masuk syurga Allah, Allah basuh dulu kita dalam neraka Die, bagi bersih betul-betul. Punyela senang nak tutup aurat lelaki, bukan kene pakai tudung labuh ke ape ke, just pakai seluar labuh sikit dari lutut n pakai singlet biase, da, tu pom da cukup tapi ‘babil’ gak, nak juga buka.
Pikirlah sendiri, nak tutup ke tak. Terpulang atas kita untuk masuk direct ke syurga Allah atau kite nak kene basuh dulu. Nabi da tunjuk macamana nak idup atas muka bumi ni dengan cara yang paling baik, atas kita nak ikut ke tak. Tak perlu toleh ke Cik Mbong, Bowyang atau Mek Piah, kita tengok diri sendiri. Adakah kita benar-benar buat apa yang Islam suruh. Artikel ni bukanlah tuju kepada sesiapa, tetapi untuk diri sendiri. Untuk diri sendiri meng’kairyou’kan diri sendiri. Apa-apa kesalahan harap dimaafkan. Wallahua’lam.
http://azzariyat.com/blog/2009/02/06/tudung-bukan-aurat/
Posted by manja-art01 at 9:38 AM 0 comments
Monday, November 8, 2010
dtg awal
around 6.55am aku terima meset dr dore mcm ni 'pagi ni minta u datang awal ke opis' adoyaiiiii aku waktu tu tgh gosok baju. ikutkan nak je mencutikan diri arini sbb kepenatan gi melaka x abis lagi. tp memandangkan last week aku dah yakinkan dore minggu ni aku x kan amik cuti so dtg gak la opis..aku terpk..eh bukan ke patut arini dia kat kl sbb ada World Conference of Accountants 2010 kat klcc? ikutkan kat kalendar dia mmg ada event tu n sign agreement dgn Hyatt for the upcoming IEBMC. so bila sampai opis..aku tanya dia..x gi WCOA tu ke? dia kata arini bz dgn sign agreement tu..so x pegi la..dia wakilkan wan taufik je..esok baru dia pegi.
ingatkan apa la yg urgent sgt sampai dia soh aku masuk opis awal. rupanye nak soh aku taip jawapan utk final exam yg lalu. kena siapkan by today sbb dia nak tgk jawapan yg student dia plak buat. aku ingat bley la arini menghabiskan masa upload gambar2 sekitar bbq n jln2 kat melaka aritu. well...nampaknye kena pospon la...siapkan tugas yg dore bagi ni dulu. huhuhu..w/p ada org jeles..dgn alasan mende ni x masuk JD aku...dulik apa aku hahaha..malas nak berkira sbb dore pun x berkira..pemurah yg amats ahaks!
dah dah..back to work..later baru sambung cite
Posted by manja-art01 at 8:26 AM 0 comments
Saturday, October 9, 2010
asyraaf demam lagi
khamis ptg..waktu jemput asyraaf dari rumah pengasuh aku diberitahu yang asyraaf berak-berak dan muntah2. rasa badan dia x panas lagi. dia minta air teh..baru seteguk dia minum terus dia muntah kembali..menangis dia. mungkin menahan sakit. aku x lama kat rumah mak..lepas masak nasi dan lauk aku terus bawak asyraaf balik ke PU kerana hubby pun masih demam lagi. sampai di rumah aku sibuk di dapur bila hubby memberitahu yang asyraaf muntah lagi atas tilam. setelah dibersihkan asyraaf minta air...baru minum sikit..dia muntah lagi..malam tu aje 4x dia muntah. naik risau plak aku..kepala mula rasa panas.
keesokkan harinya aku rasa badan asyraaf panas sikit..bagi dia makan ubat b4 hantar ke rumah pengasuh dan aku pegi keje macam biasa. kat opis agak risaukan keadaan dia tp harapkan takde apa2 la hendaknya. petang dalam pukul 4.30 mak aku telefon mengatakan asyraaf menangis x henti2 dan x mau duduk kat rumah pengasuh kerana badannya semakin panas. aku balik lebih awal dr sepatutnya sbb risaukan asyraaf. sampai ke rumah mak aku lihat dia sedang baring di atas riba kakakku sambil memandangku sayu. kurasakan badan dia mmg panas betul. aku siapkan air utk jelum badan dan kepalanya. sib baik ada daun kekabu dan limau nipis. yang tu je la aku gunakan utk membasahi badan dan kepala asyraaf. alhamdulillah dia dah x muntah cuma aku diberitau dia masih berak-berak lagi. dia tak mau aku tinggalkan dia walau sekejap pun. aku nak solat pun tergendala sbb dia x abis2 memanggil nama aku.
lepas maghrib aku membawa asyraaf ke klinik ridan. nak tunggu turn dia punya la lama. asyraaf hampir tertido. aku ckp pada kakitangan klinik tu aku nak ambil ubat saja la sbb x larat n sian kat asyraaf yang nak tunggu lama sgt tu. setelah diberitau simptom2 asyraaf dan dpt ubat aku membawa dia balik ke PU. sampai je kat PU aku terus jelum kepala dan badannya hingga dia tertido. waktu hubby balik pukul 10.30 pm asyraaf terjaga dan aku bagi dia mkn ubat. punya la payah nak bg dia mkn ubat waktu tu hingga aku terpaksa berkeras. dia sembur2 je ubat tu tp takpela..at least ada la masuk skit ubat tu dlm prot dia. x lama lepas tu dia pegang2 perut dia kata nak yaaakkkk (berak). aku suruh berak dulu tp dia kata 'bilik air' berulang kali sambil tunjuk ke arah bilik aku. aku bukak seluar dan pampers dia lalu membawa dia ke bilik air. masuk je bilik air dia terus buang air besar...kesian aku tgk sbb dia berak cair..menangis2 dia waktu tu sbb najis dia tu keluar mcm x henti2. bila aku tanya dah ke? dia kata belum dan tamau keluar lagi. oleh kerana aku rasa mcm lama n pk dah habis agaknye..aku bwk dia masuk bilik utk dipakaikan pampers..namun belum sempat aku pakaikan pampers dia buang air lagi..dah satu keje kena bersihkan bilik tu pulak.
aku biarkan dia dlm bilik air selama 10 minit. bila aku dah yakin yg dia dah selesai baru aku bawa dia keluar dan pakaikan dia bju dan pampers. aku ingat petua mak..kalau budak berak2 cair mcm tu..bancuh serbuk teh dan tepek pada perut budak tu..pakaikan barut. pegi kat dapur tgk tinggal 1 uncang teh je. cukup la tu..lepas aku tepek teh dan pakaikan barut barula asyraaf boleh tido dgn lena. aku je yg x lena tido sbb asyik terjaga je utk pastikan kepala dia basah. mata ni pun rasa mcm panda dah ni heheheeh.
pagi ni tgk asyraaf ada perubahan sikit. nak mkn ubat w/p susah tp dia mkn la jugak..sbb aku ckp kalau x mkn ubat x leh ikut gi jalan. badan pun dah kurang panas n tgk dia dah nak bermain dgn sepupu2 dia. mak kata..jaga2 je la..in case kang panas badan dia naik semula. ubat mmg bekal la sbb tamo jadi apa2 tgh jalan nanti.....cepatla sembuh sayang..mummy x sampai hati tgk asyraaf sakit lama2.
Posted by manja-art01 at 10:57 AM 1 comments
Monday, September 27, 2010
bday mak dan ain
Tanggal 25 September 2010 yang lalu aku dan adik beradik aku sambut b'day mak aku dan belated bday untuk anak kedua aku..ain kamalia. rata-rata adik beradik aku balik kecuali nuar kat kuantan tak dpt balik. menu utk hari tu..mee kari, cendol, dan kek..sampai 3 bijik kek tu hehe. 2 biji kek abg aku sponsor..untuk mak..dan as usual..utk anak aku..kek mesti special punya. kek yg buat budak2 menjerit sampai x sabar nak soh potong hahaha..
majlis patut start dlm kul 8pm..tp mak ni bley plak ngurut org..tunggu punya tunggu sampai 9 lebih pun x abis2 lagi, kitorang soh budak2 mkn dulu..tp kek mmg x sentuh. aku siap bg jelingan maut kat anak2 buah aku yg nak sentuh kek ain tu haha..biasala budak2..jakun lebih skit bila tgk kek ada gambar tu..tu yg x sabar soh potong.
aku siap ketuk2 pintu bilik mak aku kata kak baini dah lama tunggu dia..ntah dia x dengar ke apa ke..sudahnye..9.30pm baru abis..aku rasa nak marah pun ye kat org yg dtg mintak mak urut tu. tp simpan je la dlm hati..then mak bley plak tanya..napa x potong kek lagi..ramai2 ckp 'tunggu mak la' hahaha..mak kata ..laaa mana tau tunggu mak..pastu baru la mak nak potong kek n mkn sama2..org yg dtg berurut tu pun mkn jugak. sudah mkn mak pegi plak umah kak baini utk urut ayah kak baini plak..yg ni lagi la..dia pegi dlm 9.45pm...balik umah dekat pukul 1am..aku x larat nak tunggu..darling hubby plak keje..12.30am dia balik umah mak je tros aku ikut balik angkut anak2 aku sekali sbb abg, adik pompuan aku dgn anak2 buah aku memenuhi umah mak aku tu.
esoknye ntah napa aku sakit prot plak. tatau dorang nak gi kubur kul baper..aku mintak darling belikan sarapan je sbb x larat nak masak. pas makan..tido kejap hehe..sakit prot wooo..pastu dlm 10 lebih bgn semula..mandi..then kakak aku tepon kata dia dah ada kat kubur..aku pun pecut la keta gi sorang...tahan je la sakit prot tu..yg penting gi kubur sbb mmg dah rancang dr sabtu lagi.
Posted by manja-art01 at 8:28 AM 0 comments
Tuesday, August 17, 2010
dugaan bagiku
semalam around 10 pagi aku mendapat panggilan telefon daripada adik iparku. sebak je dengar suara dia. bila ditanya kenapa..dia kata..suaminya kemalangan dan kini dah berada di rumah. berderau darah aku dengar. risau toksah ckp la. aku memang fobia kalau dgr adik badik aku eksiden ni sbb aku tanak peristiwa tahun lalu berulang. zura mengatakan bahawa adik aku cedera seluruh badan, bibir di sebelah kirinya terpaksa di jahit atas dan bawah..luar dan dalam. aku tanya dah bitau mak ke? dia kata dia cuma tingat kat aku je n minta aku beritau mak. apa lagi aku tros telefon mak dan inform pasal kejadian ni. setelah berbincang aku dan mak ambil keputusan untuk pergi ke rumah adik aku selepas zohor. aku isi borang cuti dan ambil half day. sib baik dore paham bila aku bitau tujuan aku nak half day. dia kata eksiden ni jgn bwk main. baik gi tgk sebelum menyesal huhuhu.
tgh hari tu aku ambil anak2 balik skolah dan selepas zohor terus bertolak ke rumah adik aku. hujan yang amat lebat sepanjang perjalanan membuatkan aku pun berhati-hati membawa kereta. kalau tak kerana hujan mau aku pecut je sbb x sabar nak tgk adik aku tu. setiba je aku ke rumah adik aku..dia sedang tido..memang sayu betul tgk keadaan dia waktu tu. luka-luka di seluruh badannya jelas kelihatan. bila tgk kesan jahitan dekat bibir dia yg membengkak tu lagi buat aku sedih dan menitiskan air mata. mak aku mengejut adikku perlahan-lahan. bila adik aku jaga..dia menceritakan apa yang berlaku dengan sedaya upaya..dalam kepayahan nak berckp tu. mak aku kata mende dah nak jadi...redha je la. adik aku kata..waktu dia tgh bwk motor tu..tiba-tiba je mata dia gelap dan tercampak dari motor. sedar-sedar je dia dah berada di atas tanah dengan kecederaan di sana sini dan motor dia rosak teruk merempuh pokok kelapa sawit. alhamdulillah..ada jirannya yang lalu di kawasan itu dan dia la yang menghantar adik aku ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan. bila ditanya badan ada patah2 ke..dia kata takde tapi bahu dia sakit sangat. muka pun dah bengkak. mak kata..awal ni mmg x rasa apa-apa lagi. tgk malam kang..biasanye malam nanti baru rasa sakit.
mak aku mengambil madu dan kapur lalu disapukan pada luka-luka adik aku tu utk mencairkan darah beku. adik aku hanya menjerit Allahuakbar saja tiap kali mak aku sapu madu dan kapur tu. pedihnya seketika saja..nanti lega la..mak aku nak sedapkan hati adik aku. dalam kesakitan tu adik aku cuma pk boleh tak solat kalau mcm ni??? mak aku kata selagi larat..solat aje la. dalam kepayahan dia cuba solat..adusssss....aku plak rasa malu. org yg dah eksiden mcm tu bley solat lg..ni kan plak aku yg kadang sakit paler skit je..dah ngelat solat...mmg insaf la tgk.
mak aku ambil keputusan untuk tinggal di situ bagi merawat adik aku. aku dengar mcm tu tros ambil keputusan untuk balik 5.30pm. ye la mana la aku berani nak drive sesorang pas berbuka. kalau ada teman tu lain la. some more jalan licin..kang x pasal kalo apa2 jadi kat aku plak tak ke naya. mak dan adik iparku melepaskan aku pergi..tp mak berkali-kali pesan bawak keta elok2.. jalan licin ni..sampai nanti telefon mak.. aku iyekan aje. alhamdulillah..sepanjang perjalanan pulang tu hari dah x ujan dan aku selamat tiba ke rumah around 6.15pm. aku singgah TM beli sayur dan ikan utk dimasak...for berbuka kakak aku dah siapkan juadah..thanx kak nah.
malam tu aku antar kak nah dan juma ke hospital sebab juma muntah2 dan sakit perut di bahagian pusat. sudah beberapa hari mcm tu. tp pegi sia-sia je..kami sampai ke hospital around 8.40pm..tp tunggu until 10.40 masih belum dipanggil..aku ckp balik je la..pegi esok je lg senang. juma pun dah lena sbb lama sgt menunggu. org-org lain yg lama tunggu pun x larat..mmg balik tanpa jumpa doktor pun...typical govt hospital
Posted by manja-art01 at 8:55 AM 5 comments


















