CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 21, 2011

convo taski al hira'



pagi semalam bertempat di dewan sek. men. teknik muadzam shah telah diadakan majlis convo untuk pelajar taski al hira'. ikutkan surat majlis start 8.15. tp aku pegi 9.15 haha. sampai je tros antar ammar pada cikgu dia. n persembahan dr pelajar 4 tahun sedang berlangsung. sungguh cute budak2 tu bernasyid. x lama lepas tu ammar pun buat persembahan. di sini aku sertakan video persembahan ammar yang menceritakan tentang 10 malaikat dan tugasnya.






tak lama lepas persembahan dia ada persembahan dari pelajar yang lain. aku sempat rakam tang azan je. waktu solat aku x rakam sbb mcm lmbt je.





yang cute waktu solat tu imam lupa nak baca qunut dia tros sujud. makmum yg lain nampak dia sujud ikutla kecuali 4 org makmum yg terpingga2 angkat tangan nak baca qunut. sorang dr makmum tu yg azan tu dok goncang2 imam kata 'hey baca qunut dulu la' imam plak bgn terpingga2 garu kepala..baru baca qunut. gamat dewan tu hahaha.


lepas abis semua persembahan baru disampaikan cenderahati pada pelajar 4-5 thn dan utk 6 thn diberikan sijil dan cenderahati yang lain. majlis abis around 11.30am camtu. balik umah rehat jap dlm kul 1.40 pegi kenduri kawen.





dia lak yg betulkan tangan ammar



senyum terpaksa


tah apa yg dia sembangkan tu


baca sendiri



Monday, November 14, 2011

majlis perkahwinan elly

pada hari semalam aku pergi menghadiri majlis perkahwinan elly. sahabat baik arwah adik aku. mak aku kata dorang ni related dgn family aku juga..aku difahamkan suami elly muda 9 tahun dari dia..pergh!!! jenuh nak menjaga tu hahaha. majlis pernikahan diadakan di kampung elly. pada hari sabtu malam diadakan tahlil di rumah muadzam. dan majlis bersanding serta kenduri diadakan di dewan besar DARA. bley la dikatakan grand tp x ramai sgt yang hadir. mungkin dia jemput x ramai org kot. apa pun..layan la gambar ni ye.


makin montel budak elly ni aku tgk



sama cantik n sama padan tak? hiks!



berebut2 org nak amik gambar waktu ni






cun tak cun tak








majlis khatam quran KAMUS

pada Sabtu 12 November yang lalu telah diadakan Mesyuarat Agung kali ke 27 di KAMUS sekali dengan penyampaian hadiah pelajar cemerlang dan majlis khatam quran. aku pegi sbb aida terpilih utk khatam quran jugak. bapak lama kena tunggu situ..dari pukul 8.30 pagi sampai 4pm. gilos penat tunggu. tp untuk anak punya pasal kan..pegi la jugak..mood menulis takde so layan gambar je la


aida n teman b4 khatam



menunggu di surau KAMUS


majlis khatam bermula



khusyu'nya dia



ambik napas dulu



tgk gambo tu..gegara dia la majlis lmbt abis



selepas khatam..doa beramai2 (82 org pelajar yg khatam)


jengjengjeng....dpt lucky draw..x sia2 aku pegi



tadaaaaa....2 biji candy jar dengan dulang..berat siottttt


Tuesday, October 18, 2011

betik oh betik




lately ni aku suka betul makan betik. nak plak betik kat umah mak aku tu manis. tgk je la gambar pokok betik tu..lebat kemain lagi buah dia..ada lagi 3 pokok tp buah dia x byk mcm pokok ni w/p beso2..aku ckp kat hubby amik gambo pokok yg ni je la sbb buah lebat hehe. yg best mkn betik ni ia membantu melawaskan pembuangan apa-apa yang patut..pastu khasiat byk wooo..x caya tanya doktor zul sharif tu ahaks!. oleh sebab kat sini nak dpt buah yang lain kena tunggu hari sabtu..aku mkn betik je la. mak aku plak mmg tau aku antu betik so pantang tgk betik masak..mesti petik dan potong siap buang kulit utk aku hehehe..jgn jeles..bukan aku yg soh dia wat sumer tu ye..dia yg nak wat sendiri.

balik ni...cari betik lagi




Monday, October 17, 2011

majlis doa selamat untuk dekan

pada hari jumaat 14/10/11 yang lalu aku dan member2 kat canselori ni berpakat utk buat makan-makan bagi meraikan bos aku yang akan menunaikan haji pada 26/10 ni. mende yg dirancang dlm masa 2 hari je. lgpun aku ckp wat sesama kita je..x perlu buat ramai2. kang pening paler lak haha. setelah berbincang kami memutuskan utk buat secara potluck. malas nak collect2 duit ni sbb kalo collect bukan sumer nak bayo pun hiks!. org yg dijemput pun admin COBA je. petang khamis tu aku pun anto la emel pada budak2 admin COBA menyuarakan plan aku ni. memasing pun ckp la nak bwk apa utk dimkn tu. aku dah cop nak wat nasi lemak dgn kek batik. yg lain ada wat puding..ada wat sup sarang burung..ada wat kuih, mee goreng dan dadih.


balik keje tu aku tak beli barang lagi sbb ada game futsal. amik ko lama sgt tak training padan muka kena belasah dgn student..tp stil fun. balik dr futsal baru aku pegi beli barang utk masak tu. mlm tu aku tros buat kek batik. the very the simple punya resepi. pagi jumaat aku bangun kul 5 pagi n tros siapkan bahan utk wat nasi lemak. risau gak nasi lemak kang termentah ke terlembik ke..alhamdulillah it turn out fine. aku tinggalkan kat umah skit dan bwk satu tupperware beso utk mkn dlm 15 org.


sampai opis je aku dgr dekan tgh ckp dgn opisboy minta dia pegi pasar belikan nasi lemak dan laksa. aku ckp isy xleh jadi ni..kang membazir lak. aku tros panggil opisboy aku n bitau dia rancangan aku dan kengkawan lain. then aku jumpa dekan dan bitau hal yg sama. dia pk kami x buat mkn2 kot tu yg dia nak buat..w/p simple hehe. aku kata jgn bimbang la..kompom cukup makanan tu nanti. nampak terharu je dia. around 9am gitu kengkawan lain pun sampai. pas wanda berikan ucapan diikuti hj wan, dekan pun berikan ucapan..tp sungguh sayu..dia ckp skit then dia nangis..terharu agaknye. tp dia sempat la ckp thanx sbb sediakan mkn2 utk dia ni dlm kesedihan dia tu ecewah. aku dah malas nak taip ni kang korang penat baca...so layan gambar je la ye.



Wanda the MC


emi menayangkan galaxy tab yg baru dibeli

ustaz rosli, mr, tan, anuar, zaidi


nora, mar, sabihah, dr salina


waktu ni dekan dah sebak


tu dia juadah yg dibawa secara potluck



sob sob..terharu gitu


hj wan berkongsi pengalaman mengerjakan haji


ctah n yan...my bff



dr salina berucap skit



doa selamat drpd ustaz rosli


masa utk menjamu selera!



ustaz rosli berkongsi cerita


dekan meminta nasihat ustaz rosli (yan ko tgk apa tu)


mr tan, hj. wan, en. yahya


ambil sup ikut turn ye


masam je muka nora hehehe


Thursday, October 13, 2011

bulan oh bulan


lately rata2 org kat fb dan other social network bercakap mengenai 'halo bulan'. 2 malam yang lalu waktu aku balik dr rumah mak..aku pun merenung2 la bulan ni..mcm rasa tergerak di hati nak snap gambo bulan tu..so aku pun snap la. pas snap aku tgk...ada objek bulat yg lebih kecil di sebelah bulan tu. aku tunjuk kat hubby..bley plak dia tanya 'apa tu? alien eh' hahahaha sabo je la aku. yg pasti gambo ni special sbb tu la aku post kat blog utk kenangan. mlm tadi waktu aku renung bulan..cuma nampak bintang sebijik je yg berada tak agak jauh dr bulan tu. hajat di hati nak snap lagi tapi bantal memanggil2 aku. so batalkan niat...pegi ke bulan dlm mimpi je le hehehe


Wednesday, October 12, 2011

baju baru



haaaaa kali ni aku nak tayang baju baru aku. korang mesti jeles kan sbb sampai bebila korang x kan dapat baju ni hahahahaa...tgk tu siap ada nama sekali. tp ingin aku bitau kat sini baju ni jadi koleksi dlm lemari je la...bukan pakai pun wakaakakaka..pakai yg putih tu je bila perlu...yg biru? dok la tergantung dlm lemari ye heheheh

p/s: kepada pembaca yg satu kampeni dgn aku tu lain cite la ye hahaha