CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, June 9, 2009

kenduri dan pesta pantai

hari minggu yang lalu aku sekeluarga balik ke jementah. ada kenduri kawen anak kawan baik arwah ibu mertuaku. kami bertolak lepas maghrib. ni gara-gara aku nak layan cite hindustan naagin tula hahahaha. aku mmg jarang miss cite tu. some more cite tu dah dekat nak abis. lagila aku tamo miss. cuma yg x bestnya ari sabtu tu takde sub plak. aku wat2 paham je la tgk hahaaha.

sampai ke jementah dalam pukul 9 lebih. memula anak2 aku tido sepanjang perjalanan tu. bila sampai je abg dan kakak iparku sedang menjamu selera. nampak je durian suamiku dah rasa geram hehehe. tp aku x bagi sebab dia masih demam. waktu nak bertolak pun dia nampak masih lemah tapi gagahkan juga untuk pergi ke jementah. bila dah jumpa adik beradik ...apa lagi riuh bukan main lagi rumah tu. agak lewat mereka tido. dah tgh malam pun masih riuh lagi mereka berbual. aku tido pun kul 1 lebih.

esoknya anak2 buahku pergi ke paya jakas..berkelah di sana. anak2 aku tak turut serta sbb belum bangun tido. mana nak bangunnya kalau tido pun dah lewat hehehe. dalam 8 lebih baru memasing bangun dan aku soh mandi. bila anak2 buahku balik dr paya jakas barula bergerak ke rumah pengantin. nampak sgt pegi nak mkn je..we are among the first yg dok kat meja mkn tu hahahaha. rombongan pengantin pompuan blom sampai n kat rumah pengantin tu baru habis marhaban. aku bergilir2 mkn dgn suami sbb kena pegang baby. abis makan masuk dlm rumah jap tgk pelamin n rehat kat situ. hajat di hati nak tunggu rombongan pengantin tp lambat sgt..aku nak bergegas ke rompin so dlm kul 1.30pm tros balik.

aku singgah ke PU untuk ambil hadiah sepupuku yang tertinggal. sampai je kat rumah dia..tgk org dah abis mkn..aku yg last sampai hahaha..elokla tu. kat jementah first kat rompin last. punyala jarang jumpa cousin sampai pengantin pun x kenal..bertuah punya cousin kan hahaha. aku cuma minum air dan suamiku je yg makan. lepas jumpa saudara mara kami bergegas ke pantai hiburan pula di mana berlangsungnya pesta pantai selama 2 minggu. pesta pantai ni acara tahunan di rompin. last yr x dpt pegi sbb aku dalam pantang. cuma suami dan anak2ku yg lain je pegi.

sampai je ke pantai hiburan aku terus menuju ke gerai kakak iparku. adik beradikku yang lain dah tunggu kami di situ. aku tinggalkan baby pada adikku sementara aku dan suami berjalan sekitar pesta. tahun ni pesta pantai agak membosankan. tak meriah spt tahun-tahun yang lalu. aku beli kain pasang 2 dan pakaian utk anak2ku. sekembali ke gerai kakak iparku duduk sekejap then bersiap utk balik. singgah di rumah abgku sebentar. terkejut aku tgk dia kena chicken pox. agak teruk juga keadaannya. aku terus bergegas pulang ke muadzam kerana hari hampir malam. sampai rumah around 8.30 pm. mandi dan terus tido..nak tgk cite ghost pun terbantut hehehe. takpe...tv3 online ada hahahaha

Thursday, June 4, 2009

ada perkembangan

as of today, alhamdulillah asyraaf ada menunjukkan kemajuan. biji2 di kepalanya nampaknya makin surut. dah takde biji yg baru tumbuh nampaknya. batuk dia pun dah tak seteruk sebelum ni. dia dah mula aktif bermain. senyuman yang dirindui jelas terbayang di wajah comelnya. mungkin kerana dia belum pulih sepenuhnya..dia masih belum mahu bermain dgn orang lain. nak berkepit dgn aku ataupun daddynya sahaja.

yg seronoknya semalam di kala aku dan suami menonton tv, dia kelihatan bermain sendirian. dipanggil-panggil dia cuma memandang saja tapi tanak dtg ke arah kami. suamiku meminta aku memeluk dan menciumnya sbb dia tau tu je taktik utk asyraaf dtg ke arah kami. aku pun peluk dan ciumla suamiku sambil kami berdua2 berkata 'sayang mummy..sayang daddy' bila asyraaf dgr je begitu..dgn pantas dia merangkak ke arah kami hahaha. bila dah sampai je dia tolak aku dan tampar2 muka daddynya..jeles la tu konon hahahaha. mmg indah betul saat itu. cuma kami bertiga saja di rumah sebab anak-anak aku yg lain mengikut emak dan adikku ke pesta pantai di rompin. malamnye baru mereka balik.

mungkin sbb rasa bdn pun ringan n batuk pun kurang..dia puas bermain smlm sampai tido pun agak lewat. pukul 9 baru dia tido. kalau tidak seawal 7pm dia dah pengsan hehe. alhamdulillah...bahagia rasa bila tgk dia semakin sihat..tp selagi dia x sihat sepenuhnye..selagi tu la kita berkampung di rumah atok ye sayang hehehehe

Tuesday, June 2, 2009

demam, batuk, selsema, ruam di kepala


masuk hari ini dah 2 minggu asyraaf demam+batuk+selsema dan ruam di kepalanya makin bertambah. waktu siang dia nampak mcm aktif sebab badan dan kepalanya panas lebih teruk pada waktu malam. namun yg paling menyedihkan aku bila mendengar dia batuk. kesian betul bunyinya. suara manjanye pun dah ilang..makin husky jadinya. lebih memburukkan keadaan bila biji2 di atas kepalanya makin bertambah hari ke hari. dah macam2 yang aku lakukan. daripada letak daun duri 7 bilah yg ditumbuk hingga masuk hutan cari daun ribu2 dan diblend bersama beras utk dijadikan bedak..namun begitu biji2 itu tiada tanda2 untuk kurang.

aku dah bawa dia ke klinik dan memberitau doktor bahawa anak saudara pengasuh yang menjaga asyraaf juga dah berjangkit. doktor cuma memberi antibiotik untuk dimkn dan ubat sapu. katanya tgk dalam seminggu. adusss la hai kena tunggu seminggu pulak. nampak gayanye kalau by saturday ni x baik jugak bijik2 kat kepala asyraaf tu..aku terpaksa membatalkan niat utk balik jementah dan balik ke kampungku menghadiri majlis perkahwinan. bukan apa..takut nanti berjangkit pulak kat orang lain. memang misteri betul. nak kata chicken pox..tak mungkin sbb dia cuma tumbuh di kepala sahaja. kesian melihat asyraaf yg hanya menangis je menahan sakit. mesti biji2 tu berdenyut2. nampak mcm dah ada nanah je. ditambah pulak dgn batuk yg tak baik2 tu. dia menangis seolah merayu kesakitan waktu batuk. kadang sampai muntah kahak. siannye anak mummy!!!!.

malam tadi barula dia lena tido bila aku basahkan towel dan lilit di lehernya. kalau tidak boleh dikatakan setiap 15 min dia akan terjaga batuk dan menangis..puas dipujuk tp tak berenti..bila dah penat baru berhenti. sabar ye sayang..mummy akan pastikan yg asyraaf akan sihat seperti selalu. mummy akan buat apa saja utk asyraaf asalkan dpt lihat asyraaf ketawa kembali huhuhu.

Monday, June 1, 2009

Ulangtahun perkhawinan ke 9

pada 28/5/2009 yg lalu genapla perkahwinan aku 9 thn. seperti biasa aku dan hubby pegi dating ke kuantan. kali ni tido di sana. bukan apa..tido kat blackstone resort tu sesambil nak book bilik untuk gathering bulan 7 nanti. aku bertolak dari muadzam dalam 3.30pm. buat lencongan ke gambang dulu then barula pegi ke resort. rehat sebentar dalam bilik. then keluar semula after maghrib ke megamall. hajat di hati nak tonton night at the museum. dah book ticket siap2 secara online. tp apakan daya. malang x berbau sampai je kat GSC tu aku tgk lengang je org. mulanya x perasan kenapa. tetiba tgk GSC tu gelap!. gi dekat kaunter..terpampang besar2 'NO ELECTRICITY..SORRY FOR ANY INCONVENIENCE CAUSE' hahahahaha. aku rasa nak gelak geguling kat situ gak. then bitau hubby. pegi tanya org jaga kaunter tu ..dorang kata dah 2 hari mcm tu. blom tentu tgh malam tu ok but bley tepon kalau nak tau.

hubby rasa x puas sbb nak gak tgk wayang kalo bley. tu kira dah rutin every anniversary mesti tgk wayang. so kitorang bergegas la pegi ke teruntum. as expected kat situ mesti ramai org sbb kat kuantan 2 cinema je yg ada. tgk org beratur bukan main panjang lagi..aku ckp kat hubby x payah la..tgk esok je. lagi satu malang x berbau. turun je dr tingkat atas teruntum tu dgr ujan kemain kuat lagi. tgk2 haa amik ko..mmg lebat yg amat ujan. dah aku dgn hubby stuck kat teruntum tu 1/2 jam. aku ckp kat hubby..redah je la hujan tu utk pegi ke kuantan parade. seberang parking lot tu je. so belasah je la..basah la skit. gi jumpa dgn org yg aku nak jumpa then balik semula ke resort.

esoknya sarapan kat resort tu. tgk sekitar resort then checkout sambil book bilik untuk gathering nanti. mata aku merah kembali..adesss..dah x pasal kena berkaca mata hitam aku utk menahan pedih n cahaya matahari. b4 sampai ke megamall aku tepon GSC dulu utk pastikan elektrik dah ada. sib baik la dah ada..so pegi sana amik tiket yg aku dah book then pegi ke kuantan parade..cari seluar keje utk hubby. oleh kerana masa masih banyak..kitorang pegi ke TC..lunch kat situ n menikmati angin pantai yg best tu ahaks! around 1.50pm bertolak ke megamall semula. cite yg kitorang tgk..x lain x bukan terminator salvation. seat mmg cantik tu..puas ati la. tp yg kelakar tu x lama pas kitorang masuk..ada pak aji masuk sama wakakakkaa..dahsyatttttttt pak aji ni..mesti dia peminat tegar terminator tu kan akakakka. dr 5* aku bagi 4.9* utk cite tu. yg x sabar nak tunggu cite transformers..tp tu 24/6 baru kuar..aiseyyyyy

abis tgk wayang aku pegi beli barang rumah kat giant. malas nak stay lelama dah kat kontan tu. susu ni pun dah bengkak..sakit giler tu..jln berhati2 je takut tersentuh kat situ. sampai rumah dlm 7.40pm..aku tros kejutkan bb utk soh dia isap susu wakakaka..sian bb..baru nak tido dah dikejutkan. lega rasa bila bengkak tu ilang. dlm 9.30pm camtu..aku balik ke PU. x larat dah nak watpe..masuk bilik tros zzzzzzzz.

sakit mata, demam, gangguan makhluk halus

seminggu aku tak sentuh blog ni. pada sabtu 22/5 yg lalu aku diserang sakit mata. mulanya kena sebelah kanan je..merah menyala. aku letak madu je as traditional remedy tp tak kurang. aku cuma mampu harap pagi esoknya mata ni pulih. adesss hampa betul harapan aku bila bgn tido pagi ahad tu..mata sebelah kiri pulak berjangkit. abis merah dua2. aku x leh nak bukak mata..pedih yg amat. jadi la buta sekejap. letak madu byk kali tp tetap x baik. aku berkurung je dlm bilik sbb tanak hubby dan anak2 aku berjangkit. bila nak susukan baby pun aku cuma hulur tangan je sambil pejam mata.

baby aku pulak x baper sihat sbb dia sentiasa demam di malam hari. ahad malam tu ntah tak semena2 dia menjerit. puas kupujuk dan dibacakan ayat2 suci dia masih x berhenti menangis malahan makin kuat sambil memandang ke atas. aku dah pk lain mcm. aku ckp kat hubby that's it..jom pegi rumah mak. dlm kul 1am tu aku angkut sumer anak2 aku pegi ke rumah mak. sampai rumah mak je tros dia senyap. aku cite kat mak apa yg berlaku. mak kata maybe dia kena ganggu la tu. aku x larat sbb mata masih sakit. aku tido je n biar anak aku main sendirian. next daynya aku pegi ke spital utk dptkan ubat dan mc. adoyaiii punya la lembab spital MS ni. sakit jiwa aku. tunggu nak jumpa doktor dah dekat sejam. bila masuk jumpa doktor dia soh gi emergency lak utk cuci mata. aku tunggu 20 minit kat emergency tu tp takde org attend lagi aku tros ajak hubby bla gi klinik panel. x sampai 15 dah siap.

aku mc sampai hari rabu. hari khamis tu aku amik cuti sbb anak aku demam n jumaat tu aku amik cuti ganti hari wesak..anak demam tu alasan je..sbb actually aku nak pegi dating dgn hubby sempena anniversary ke 9 kami hehehe. tu yg jumaat pun cuti sama.

Thursday, May 21, 2009

Bengang!!!!!

arini aku mmg bengang yg amats dgn 2 org lecturer ni. dahla mengganggu aku selama 3 minggu pasal ni. pg ni dia wat hal lg. kesnye dia apply utk sambung wat PhD kat NZ tapi selalu x dpt kelulusan oleh JPU sbb x memenuhi kriteria. waktu dorang pergi ke Dubai tu kaco aku lagi mintak aku serahkan surat kat doremon n pastikan doremon sign b4 antar ke HR Bangi. aku tau la keje aku weh..yg ko x abis2 tepon aku tu pehalnye..eeee geram gerammmm.

ari semalam lg best..dr pg sampai lewat petang dok kacau aku tanya pasal status surat ni. naik muak dah aku..doremon pun naik muak sbb x abis2 nak tanya pasal ni. sabo je la. bukannye surat tu nak diperam. b4 aku pegi aerobik aku remind dore pasal surat ni sbb aku dah bosan asyik digasak dgn pompuan 2 org tu. dore pun bengang siap kata soh bitau dorang tunggu je la esok..apa yg x sabo2nye. so pg tadi ..pepagi buta dorang dah nyibuk kat sini tanya status surat tu. aku kata tunggu dulu sbb dore x bg kat aku lagi. bila dore dah bg dia pesan kat aku make sure pompuan2 tu x dpt nota yg dia jot down utk HRM. itu arahan dia. utk opisboy lagi la..dore siap kata..kalo note tu lepas pada pompuan 2 org tu..waktu tu gak opisboy tu akan dipecat. sapa tak takut weh kena pecat.

aku dah siap photocopy..letak dlm envelop n serahkan pada bahagian despatch. bila aku kembali ke tempat duduk aku..pompuan2 ni dah menunggu tanya mana surat dia. dah dia berdiri dpn aku..mana aku nak lari lg..nak tanak bg je la copy surat dia tu. dahtu dia bising lak napa dore x sign surat tu. aku ckp la yg dore mmg x sign surat tu tp ada wat nota utk HRM. dia sibuk nak tau apa isi note tu n mana salinan. aku terpaksa tinggikan sore n bitau atas arahan dekan..note tu cuma utk dibaca oleh HRM sahaja n dah diserahkan pada despatch. dorang tanpa membuang masa tros pegi ke despatch deptt sbb nak baca note tu. aku pun tanpa membuang masa gak tepon bah. despatch n pesan pastikan dorang x dpt note tu or bukak envelop yg dah diseal tu. kata kat dorang kalo dorang nak baca pegi jumpa dekan. apa yg aku tau pastu minah 2 org tu gi ngamuk kat sana sbb permintaan x dilayan. dlm 15 min pastu minah2 tu dtg semula tempat aku dgn surat yg aku copy tu but ada sign dore lak kali ni. dorang mintak cop dore. tu pun stil x puas ati..mintak gak salinan note tu..aku kata aku x buat salinan note tu atas arahan dekan..bengang member hahahaha..padan muka ko.

bila dore masuk opis dia tanya kat aku apa yg jadi. aku cite la dr A-Z..dia pun kata mmg dorang ni degil betul. biar la dorang..nanti tau la nasib memasing. aku pun ckp kat dore..dorang mmg teruk..suka amik tau hal yg x sepatutnye..bab2 confidential sebolehnye nak korek..tp aku dgn PA sorang lg bukan bodoh..nak lepas sebut je nama bos..menggigil la minah2 tu wakakakak. pasni aku rasa mesti dorang aim aku..hahaha who cares..x ke mananye..nak mintak dore sign..jumpa sapa dulu kalo bukan jumpa aku? kan? kan? kan?

Tuesday, May 19, 2009

award dari sara



syarat nak terima syarat ni:
1.pastikan jantina anda perempuan
2.copy award n paste kat blog anda
3.nyatakan 7 sebab kenapa anda bangga jadi perempuan
4.pass award ni kat girlfriend anda

7 sebab kenapa saya bangga menjadi perempuan/wanita

- sbb byk barangan utk org pompuan..senang nak cari
- sbb pompuan ada cuti yg dikhaskan oleh Allah taala tiap bulan
- sbb pompuan bley melahirkan anak..leh cuti lagi yg diberi 2 bulan (cuti je aku ingat)
- sbb pompuan pelengkap hidup lelaki
- sbb pompuan suka berbelanja duit sendiri n duit laki hehehe
- sbb pompuan je yg pegang title mak, nenek, kakak
- sbb pompuan mempunyai sifat yg berlawanan dgn lelaki (+ve or -ve)

aku pass award ni kat kwn-kwn aku
* kak eja
* sha
* bm
* red
* r-nyz
* afsal
* sara (pulang balik hehehe)