CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa

Tahun ni aku ajak anak2 aku buat kad sendiri untuk bagi pada suamiku sempena hari bapa. berjaya juga projek buat kad diam2 ni hehehe. bebudak tu excited buat kad ni sepertimana aku excited buat dgn dorang. tp yg kelakonye..cousin2 dorang yg lebih excited dr anak2 aku hahaha. apa taknye..dorang x diajar rasanye utk buat mende ni. so bila tgk ada org buat..dorang kongsi nak buat sama la hehe..happy father's day abg....n to all fathers yg baca blog ni..happy father's day diucapkan

muar, peah, durian, ujan batu

Peah dan suami pemalunye
Aku, peah dan asyraaf
Ain, Aida, Adik, Abang
sabtu yg lalu aku n family balik ke muar menghadiri majlis perkahwinan ke 2 aida -cousin hubby. on the way tu dah berjanji untuk singgah ke rumah peah@ayangku di jementah dan lunch di sana. kedatangan kami disambut dgn baik oleh mereka suami isteri. agak pemalu suami peah tu spt yg diberitau sebelum ini hehe..dia byk diam drpd berckp tp nice la. aritu peah masak sedappp..yummy aku dgn hubby bertambah nasi hehe..kami di situ dlm sejam lebih la. kemudian tros bertolak ke muar. tiba je muar tgk haji bakar sedang memberi ceramah pada hadirin yg hadir. aku masuk ke rumah dulu berjumpa dgn ipar2 dan ibu saudara belah hubby. tiba nak mkn..omak aii..punya byk juadah..x reti nak pilih hahaha. kat meja penuh dgn kuih tako, kole kacang, agar2 pelangi, bubur kacang durian, roti jala dan kek coklat. tu x campur dgn nasi minyak dan nasi putih. lauk plak ada 4 jenis. oleh sbb masih rasa kenyang mkn di rumah peah..aku cuma mkn kuih tako, kek coklat dan roti jala je. bila majlis dah abis...aku cuma bungkus nasi utk dibawa balik ke rumah abg iparku di jementah.

on the way back seperti yg dijanjikan..aku beli durian dgn hubby. sepanjang perjalanan ke muar tadi tgk kiri kanan ramai org jual durian. harga pun murah2 sampai RM1 sekilo pun ada hehehe. sampai kat satu gerai ni apek jual tu mmg letak harga RM1 sekilo..tp buah dia comey2 je hahhaha. ada yg besar skit n dia kata yg ni RM2 sekilo tp sbb dah nak tutup n dia kata beli la byk skit dia bg RM1.50 sekilo. apa lagi kitorang pun kata ok jela..ntah camne tgk je apek tu isi buah dlm guni. sedar x sedar sampai 2 guni kitorang pulun wakkakaka..hasilnye..32kg = RM47. apek tu siap bg 3-4 biji durian free sbb katanye dah nak tutup hehe. hubby risau nak tinggal keta kat luar takut kena kopak sbb byk doyan. dia cadangkan nak balik muadzam mlm tu jugak tp anak2ku x setuju. so tido je la ke jementah. asyraaf lak ntah camne leh meragam lak mlm tu . tanak tido dlm bilik. siap melalak. bila aku bwk kuar barula dia syp. nak tido kat dpn tv rupanye hehe.

esoknye waktu nak balik hubby tinggalkan 5 biji durian di rumah abgnye. antar rumah adik aku 4 biji dan selebihnye bwk balik muadzam. Kami balik agak awal sbb nak singgah segamat beli pampers asyraaf. nak cari minyak yg mak pesan tak jumpa. tp abis gak duit aku beli seluar utk anak2 aku wakakaka..adessss payah tul kalo kaki soping ni. sampai muadzam dlm 1.45pm. hubby balik ke PU..tido kat sana. ptg dlm kul 6 lebih dia dtg semula. waktu senja tu ujan lebat sgt. patah dahan pokok kuini menimpa atap dapur luar rumah mak. tetiba kat atas atap dgr mcm bunyi org baling batu. adik aku panggil aku n aku bitau mak. mak keluar la tp tgk ujan dah turun lebat. bila adik lelakiku balik ke rumah je dia bitau yg tadi dia siap mkn ujan batu yg turun. berebut org mkn. org tua2 kata ujan batu ni byk khasiat. murah rezeki n ilangkan mcm2 penyakit. tp adik aku kata..sakit nak mampos kena ujan batu tu hahaha..adoiii rugi tul x kuar rumah waktu dgr bunyi ujan batu tu. kalo x merasa aku mkn sama eheheh. mak siap kata..pasni doakan semoga ujan emas lak turun hehehehe..memintak makbul la doa mak tu. takdela pepening pk pasal kurang duit hahahaha

Friday, June 19, 2009

tag dr zana

1.Bilakah kali terakhir anda cuci toilet?
minggu lepas.

2.Pencuci apa yg anda guna?
Pencuci tandas cokia je

3.Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? kenapa?
Sekali seminggu sahaja on saturday or sunday. ari lain keje. balik rumah dah mlm.

4.Apa tugasan anda sebelum menjelang malam?
amik anak dr rumah pengasuh n pastikan anak2 mandi

5.Apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
mee atau nasi goreng.

6.Minuman yg anda buat setiap pagi?
kat rumah nescafe. kat opis air suam je hehe

7.Sebelum tido apa yg anda lakukan?
tgk tv sambil tenet

8.Harus menjawab tag ini?
org yg baca blog ni

Tag Kewangan dr Red

TAG KEWANGAN

1) Pada umur berapakah anda menerima gaji pertama & pekerjaan anda?
18 thn - lepas SPM..... housemaid hahaha..caya tak aku jadi org gaji sebulan hiks!

2) Berapakah jumlah wang simpanan anda sekarang?
Besarkan jwpn anda.
A. kurang 5ribu
B. Lebih 5ribu
C. Blm ada simpanan


3) Apakah aset pertama yg anda beli atas nama anda dan umur anda ketika itu?
Nothing - bagi mak simpan utk further study kononnye hiks!


5) Adakah anda pemegang credit card utama dan brp jenis credit card anda miliki?
TIDAK

6) Adakah anda menyumbang dlm perbelanjaan seisi keluarga, nyatakan?
Ya - byk sgt..x yah la nak sebut kat sini

7) Pernahkan anda terfikir utk membuat kerja sambilan?
Ye..tapi tatau nak watpe

8) Sekiranya anda perlu menyediakan sejumlah wang yg banyak utk rawatan hospital adakah anda bersedia?
Ya, etiqa insurans yg jiman amik leh cover hiks!

9) Adakah anda mempunyai wang persaraan? cth: KWSP atau retirement plan etc.
Ya - KWSP

10) Adakah anda selesa dgn pendapatan seisi keluarga anda sekarang?
Alhamdulillah..... boleh survive

11) Tag ini sangat sesuai utk mengetahui status kewangan 5 sahabat

kak eja
jebat
poklah
era
bm

Tuesday, June 16, 2009

2nd Family Day Uniten

pas acara tiup tepung cari gula-gula..comey tul muka ain hehehe
sedapnye tido..
muka boring sbb x dpt mandi laut...blom masanyeeee
khusyuk dia mewarna..dpt 3rd place ok la tu drpd 20 peserta
tido lagi..this time atas bahu daddy
aik?? dah dpt mandi laut pun muka masam hehehe
ain dgn ammar nak amik gambar gak
ammar nak posing
bestnye tilam hehehe
sempat memukat tu..tp dpt anak2 ketam je
hadiah lucky draw
hadiah pendaftaran...3 sekali dpt tu hehehe

last week on saturday..13/6/09 ada 2nd family day uniten KSHAS. agak menarik hari tu. kami bertolak dalam pukul 8.30 drpd pusat islam uniten. ada acara treasure hunt tp aku jwb memain hehe..x kisah la. hadiah pun hamper makanan je hahaha. lepas sumer sampai. rehat sekejap then setelah family day dirasmikan aku dan geng powerpuff girls bersenamrobik bersama2 kawan2 opis yang lain dan anak2 staf. yg sedihnye anak2 aku tamo turut serta hahahaa.

selepas senamrobik acara sukan utk kanak2 dimulakan dulu. anak2 aku ambil serta dalam beberapa acara. biasala ada dpt juara, 2nd n 3rd..tak kisahla yg penting they have fun n kumpul hadiah. bila tiba acara dewasa pulak..nampak sgt aku dgn hubby takde rupa juara. awal2 masuk dah kalah hahahaha..

anak2ku x abis2 tanya bila nak mandi laut. aku kata nanti je la. muka pun dah boring memasing. aku bergilir2 menjaga baby dgn hubby..but most of the time hubby la yg jaga sbb aku sibuk melayan anak2 aku yg masuk acara sukan. aritu je mkn 4x..adess rasa sarat prot ni hehehe.ikutkan nak balik awal tp sbb no kami x dipanggil2 lg utk cabutan bertuah tunggu je la. x kisahla dpt apa asalkan no dipanggil hahaha..mcm selok sgt ek? takdela..actually saja nak tunggu sumer acara abis supaya senang anak2 aku nak mandi laut takde gangguan. pas abis acara penyampaian hadiah aku bg anak2 aku mandi laut..muka memasing suka le. hubby pun mula tukar seluar n pegi ke laut utk menyertai anak2ku..dgn bb sekali mandi. aku??? malas la nak basahkan diri..leceh nak bilas nanti hehe. kami balik dlm pukul 7. anak2 pun letih..memasing dah tido dlm keta. sampai MS baru jaga.

tensen dgn lecturer

aku tensen betul dgn sorang lecturer arini. ada ke patut dia leh wat cite aku peram proposal retreat jabatatan dia. sakitnye jiwa akuuuuuu...eeeee geram geram. bila dore tanya aku pasal proposal tu aku ckpla yg aku dah antar ke bangi last week. dia kata ok. then tadi heboh lak dia bitau org yg aku saja peram proposal dia tu. angin gak aku. aku tunjuk bukti rekod kat dore yg aku dah antar ke bangi proposal tu. dore tau la yg mende tu mmg dah lepas ke sana. then bila dia dtg ke sini dore sound direct pasal hal ni. dia nak selamatkan diri dia ckp yg kerani aku yg bitau aku peram proposal tu &$!*#$!*# betul punya pompuan. dore menangkan aku n at the same time dia angkat tgn pada aku tanda minta aku bersabar n jgn bersuara sbb takut berlaku pertengkaran kat situ. biar dia je yg marah lecturer tu.

dore pertahankan aku n kata mende tu dah dihantar apa nak kecoh2. kalau pihak HR kat bangi x dpt itu salah mereka sbb bukan sekali bahkan beribu2 lemon kali surat yg dihantar dr sini hilang di sana. dore pun dah bengang tu. lecturer tu plak wat muka sposen je. aku agak tadi kalo dorang tetap nak berbalah..mau kena tengking dgn dore. aku dah agak..mende mcm ni mesti berlaku. sbb tula lps dpt sign dore aku terus wat salinan dan hantar yg ori pada despatch. siap tulis pada envelop kandungan dlm envelop tu supaya despatch pun tau n bley rekod kat buku dia. serik..mmg serik aku dgn pompuan tu. perasan bagus betul. ikutkan ati tadi mmg aku nak je campak buku log aku ni kat dia bg dia tgk rekod penghantaran ke bangi tu. tp oleh kerana dore dah bg tanda jgn wat apa2..aku diam je..gggggrrrrrrrr

Thursday, June 11, 2009

lompat tikam



nah keli ni paras rupa lompat tikam dgn resepi sekali..ko sohla linda buat kalo nak tau rasa dia..if sedap dia pandai buat..if x sedap..lidah ko tu yg problem hahahah

KUEH LOMPAT TIKAM
Bahan Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
3 cawan santan cair
1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
1 s/k air kapur
secubit garam

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang.
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
3. Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
4. Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kueh supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat.


Bahan Lapisan Putih
1.5 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
4 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan bahan kueh ini sekejap diatas api.
3. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
4. Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan
5. Bila dah sejuk potong kueh dan hidangkan dengan air gula merah.

Air Gula Merah
Bahan
1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan [ koyakkan]

Cara
1. Masakkan semua bahan sehingga mendidih.
2. Tapiskan dan hidangkan bersama kueh lompat tikam.