Thursday, October 8, 2009
Wednesday, October 7, 2009
durian kura2





korang pernah jumpa durian mcm ni? isy kalo dah lebat mcm ni pastu tumbuh pun kat bwh senangnye la ek. xyah susah2 nak tunggu dia gugur or kait hahaha
Posted by manja-art01 at 11:31 AM 2 comments
alamak! mcm mana ni
arini ada exam bertulis utk kelas english for support staff. mata aku dah merah sebelah. pedih ni. camne nak jwb soklan exam. hubby ajak gi klinik je amik mc. kalo aku amik mc kang dah x leh amik exam ni. if nak amik kompom dia tukar soklan lain..adusss..dilema aku ni. dah la tak wat apa2 persiapan pun sbb nota2 lama yg dr azam bg dulu ntah mana aku campak. isy nak gi klinik ke tak??????
Posted by manja-art01 at 10:11 AM 0 comments
Tuesday, October 6, 2009
hari malas
aku malas keje arini. so cuti je la. dah bitau doremon smlm nak cuti arini. dia kata ok je. best betul dpt bos mcm doremon ni hiks!
Posted by manja-art01 at 9:32 PM 3 comments
Monday, October 5, 2009
handphone rosak

uwaaaa tensennye aku. hanphone kesayangan aku rosak lak tetiba kul 8pm tadi. frust toksah ckp la. apa taknye handphone ni hadiah drpd darling hubby aku 3 thn yang lalu. ingat lg dia beli hp ni bulan puasa 2006. x sangka pendek umo hp ni dgn aku uwaaaaaa. mula elok je snap2 gambar sekitar b'day anak buah aku. tup2 waktu nak bukak mms yg diterima dari qis tros dia hang n x leh nak on. bila try on dia kata error..pls contact retailer...adusss nak meraung dah rasa. qisssss..aku x kira ko kena ganti tepon aku..sbb nak bukak mms dr ko la hp aku rosak..uwaaaaa
eerrr kalo sesapa yg nak tolong sponser beli hp baru utk aku ok gak. heheheehe. apa pun hubby dah janji..dpt bonus dia ganti hp baru. wat masa ni guna hp motorola lama dia tu. x leh idup aku kalo x on no satu lg tu hahaha..tadi doremon pun terpaksa tepon darling hubby sbb x dpt tepon aku hiks! mcm pepatah kata..org tamak selalu rugi. mcm aku la 1 no/hp x cukup..nak 2 gak. dulik la...yg penting darling dah janji nak ganti baru..tunggu je la hehehe
Posted by manja-art01 at 10:20 PM 3 comments
Ikrar COBA
dengan sesungguhnya berikrar; akan
• Mendukung cita-cita murni terhadap visi dan misi
universiti,
• Memikul tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi,
ikhlas, amanah dan berintegriti,
• Mematuhi semua polisi akademik serta garis panduan yang
ditetapkan,
• Menegak dan menjunjung tinggi kejujuran dan keluhuran
falsafah pendidikan,
• Memupuk kemesraan, kekeluargaan dan kerjasama antara
warga kerja, dan
• Sentiasa mengamalkan persekitaran berkualiti (5S) di
tempat kerja.
since friday lepas on je pc tros kuar ikrar ni. aku tgk sekali imbas je. tak kuasa la nak angkat tangan sesorang pastu baca ikrar hehehe. ni semua gegara uniten berjaya masuk peringkat akhir AKP (anugerah kualiti presiden) la ni. pastu dgn recognition lain yg uniten berjaya dpt lagi la dorang berkobar2 nak buat itu ini. bg aku...kalo ada perjumpaan apa2 ke ..meeting ke yg memerlukan baca ikrar nib baru aku baca. kalo tak...sendiri mau ingat je le hehehe
Posted by manja-art01 at 8:20 AM 0 comments
Friday, October 2, 2009
Birthday Present Mak


ni birthday present yang aku beli utk mak aku sempena birthdaynye ke 62 pada 25/9 yang lalu. tp yg aku frust tu, aku order b4 raya..bukunye tadi baru sampai..adess sabo je la. silap aku gak sbb order lambat hahah.tau2 time order tgk kat kedaibuku tu tulis dorang start cuti raya 15/9 sampai pas raya. 29/9 baru dorang beroperasi semula. aku siap anto komen kat dorang bday mak aku dah lepas napa buku x sampai2 lagi wakakakaka.
neway tadi tetiba je mak aku tepon. aku ingatkan apa hal.rupanye...
Aku: tanya apa mak
Mak: sapa yg beli buku hamka ni
Aku: (terkedu!terdiam! takde apa nak ckp.....then)
eh dah sampai ke bukunye? napa mak bukak? alahai..tu patut b'day present mak. tgk kan dah tak suprise hehe
Mak: abis tu takde nama kat bungkusan ni ada tulis 780 je
Aku: aik? takde nama saya ke mak?
Mak: takde..posmen soh mak sain letak ic pastu dia bagi bungkusan tu. mak tgk takde nama mak bukak la sbb nak tau apa kandungan dia.
Aku: posmen tu teramik kertas tu dua2 kot. takpela tu b'day present mak
Mak: terima kasihhhh..ko beli kat mana
Aku: ada la saya cari. tgk org lain cari x jumpa saya jumpa je hahahaha
Mak: kko beli kat kedai ke ko order?
Aku: saya beli kat kedai la..kedaibuku online hahahaha
Mak: laaa tu tanda ko order la hehehehe
Aku: hehe takpela mak..dah tak surprise sbb mak bukak bungkusan tu..tu la hadiah dr saya utk mak sbb mak dah lama cari buku tulisan hamka kan
Mak: terima kasih la..(sambil ketawa kecil lagi)
adesss bang posmen oo bang posmen..ko ni spoil surprise aku je la. pehal ko dok tarik dua2 kertas tu...gggrrrrrrrrrr
Posted by manja-art01 at 11:30 AM 2 comments
Labels: birthday





