"milly baper hari cuti? kenapa x bitau saya" dlm hati aku ckp..dah bitau la..2 week b4 datin cuti lg saya dah bitau..lupa la tuuuu. aku reply " saya cuti until khamis but esok saya akan ke office utk siapkan KPI college' dia balas " esok milly kena key-in KPI saya" tamo nak ckp panjang....aku cuma jawab "will do dr."
alahai..apala nasib..ingatkan bley cuti panjang dgn aman kat umah ni. tup2 dlm 10.30am tadi dpt sms dr dore minta aku dtg opis esok. bila aku tepon member aku tanya pehal..dia kata nak kena siapkan KPI tahunan..adess lahai. ingatkan dore pun cuti panjang..mana tau dia balik kelantan ke..tup2..dia ada kat kl je. nak tanak kena dtg la jugak opis esok. kensel cuti aku satu hari uwaaaaaaaaaaaaa..x merasa nak tgk dysebel
semalam aku dah start cuti tahunan..nak abiskan cuti for this yr la kononnya. dpt carry fwd cuti 6 hr ke next yr. kesempatan cuti ni aku pegi ke kuantan dgn dear hubby. di samping nak tgk movie avatar ni aku nak beli pakaian skolah utk anak2 aku. otw ke kuantan tu aku n hubby pergi ke desa hijauan ..kawasan perumahan yg masih dlm pembinaan kerana kami ada membeli rumah di situ. ingat nak tgk la progess rumah tu. apakan daya..jalan utk pegi ke kawasan rumah tu ditutup sbb pembinaan masih berjalan. nampak byk jugak rumah yg x siap lagi. hampa gak rasa sbb x merasa nak tgk rumah sendiri hehee..nampak gayanye x merasa la nak pegang kunci rumah by yr end. somewhere next year la tu baru dpt.
aku n hubby sampai ke kuantan around 10am. oleh kerana kami nak menonton Avatar versi 3D hubby kena la bukak spek dia n pakai contact lense. stok CL aku dah abis so kena la beli yg baru. pegi ke megamall kuantan cari England Optical sbb selama ni mmg aku beli CL kat situ je. punya la penat merayau x jumpa kedai dia. tgk2 dah ganti dgn kedai optik yang baru. aku cuba la tanya kat one optic shop ni ada tak CL yg aku biasa pakai. dia kata yg aku pakai ni cuma England Optical je buat so mmg susah nak dpt. aku tanya la kat kedai dia what type of CL yg ada..dia kata soft lense sepasang 240..kalau 3 pasang 640. telan air liur aku dgr. CL yg aku beli dgn England Optical pun baru cecah 150 for 6 month stock. aku bg alasan nanti aku tanya laki dulu hahaha. aku ckp kat hubby..cuba pegi ke East Coast Mall la n tgk kalau EO ada kat sana. malang tul sbb EO mmg takde kat situ. aku dah risau sbb pk mana la aku nak beli CL aku nanti.
aku gamble je la ajak hubby masuk satu kedai optik ni..kalau x silap nama dia OK optimetris kot. aku soh hubby tanya pasal CL yg org tu jual. dia ckp la jenis2 n harga..ada rm50 n rm60 for 3 month use. then aku ckp..aku nak beli yg 6 month use la. pas beli aku tros bwk hubby gi keta n pakaikan CL tu kat dia. he is such a baby hahahah..sbb seumur hidup dia..baru 2x pakai CL..aku la yg ajo. punya la payah nak masukkan CL dlm mata dia smlm..x duduk diam dia. org dah kata dok dendiam..kalo tak camne nak letak CL ni. dia kata..anything for avatar hehehe. pas puas try..dlm 15min gak..berjaya gak masukkan CL tu dlm mata dia. aku soh dia pejam mata dulu utk selesakan mata dia dgn CL tu. bila dah ok baru gi ke GSC..amik tiket n beli popcorn. sib baik aku dah beli online so x perlu nak beratur. pegi je kat express kaunter. bengkek je org lain tgk hahaha.
bila masa dah tiba kitorang masuk ke hall 7 sambil pakai spek 3D tu...wahaaa mmg best la sbb gambar dlm wayang tu rasa mcm dekat je dgn kita. rasa nak capai dgn tgn je hehe..cite avatar ni mmg best. aku n hubby sama2 bg 5*. as usual..aku malas tul nak ulas/review cite ni. kalo korang nak tau baca la kat paper/net or tgk sendiri hehehehe. yg pasti mmg aku n hubby puas ati tgk cite ni. x rugi hubby bukak spek n pakai CL semata2 nak tgk cite ni ahaks! so pada sesapa yg blom tgk cite ni..gi la tgk ye..paling puas kalau tgk 3D la..so hv to pay more. but trust me..its worth every penny..for a kaki wayang like me hehe
musim tengkujuh kembali lagi. last weekend cuti panjang skit sbb sekali dgn maal hijrah. aku cadang dgn hubby nak kemas2 rumah kononnye..tp dek kerana ujan yg lebat amat di luar..otomatik kitorang jadi malas...rajin tido je hehehehe. punya best tido sampai 3 jam. bila dah bangun tu..nak wat keje pun dah malas. masak apatah lagi. hubby siap ckp..tatau nak beli apa..mee yg aku goreng utk bekpes dia dah abiskan. so ptg tu dia kuar gak la beli nasi goreng ayam utk aku sekali dgn mkn malam. aku ni kalo mood rajin baru nak masak..kalo tak...jgn harap la ahaks! ..bukan apa..rumah aku takde peti sejuk coz dah diwakafkan kat umah mak. cadangnye nak beli lain next yr..tunggu bonus la tu huhuhu..see how la.
arini ujan lagi..meski x selebat semalam tp ujan gak la. bos2 aku dah start cuti sampai ujung thn. datin cuti 21-27..dore sampai 31/12. sbb dorang takde bley la aku kuar jap anto mak gi beli barang dapur kat TM n amik notebook yg hubby tinggal kat rumah. punya byk barang mak beli..tp dlm byk2 barang tu..ada gak yg dia terlupa hehe. aku ckp kat dia lenkali b4 pegi kena tulis list dulu..kalo tak mmg kompom la ada mende tertinggal.
aku cadang dgn hubby nak gi beli barang2 skolah anak hari rabu ni. pegi berdua je. budak2 tinggal. at the same time nak layan movie AVATAR. movie arahan james cameron..mmg rugi kalo aku x tgk hahaha. sbb he is one of my fav director. siap ckp kat hubby..kalo dia tamo tgk versi 3D kita tgk cinema asing2 hehehe. sekali setahun tgk 3D apa salahnye. dia pun iyekan je la. nanti kalo dah tgk aku bg komen la pasal cite tu.
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. 'Horey! Papa balik!' Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya. 'Tepi! Bahaya tau tak?' Jeritnya. Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar. 'Aimin bawa adik ke belakang.' Arahnya pada anak yang sulong. Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka. 'Papa penat.
Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,' pujuk Laila. Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun. 'Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!' Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. 'Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?' sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu. 'Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.' Balas isterinya lembut.
'Fail saya kat depan tu mana?' 'Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.' 'Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.' Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.
'Laila…' Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
'Saya nak ke out station minggu depan.' 'Lama?' Soal Laila. 'Dalam seminggu.' 'Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?' 'Budak-budak? ' 'Ikut jugalah.' 'Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu…' 'Masa tu Amirul kecik lagi.' Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. 'BolehlahPa! Lama sangat kita tak ke mana-mana.' 'Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,' Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di
pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
'Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!' 'Manalah saya ada masa..' 'Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!' Dia tersentak dari khayalannya. 'Kalau tak suka pulangkan balik!' Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
'Mizi, makan!' Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. 'Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.'
'Papa! Makan!' Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. 'Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?' Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur. 'Awak masak apa?' 'Mama masak sup tulang dengan sambal udang!' jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut. 'Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!' 'Papa nak ke mana?' Soal isterinya perlahan. 'Keluar!' 'Mama dah masak Pa!'
'Awak saja makan!' 'Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!' Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. 'Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?' Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. 'Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.' 'Abang tak suka tengok papa marah-marah. 'Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?' Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong……'Laila..!!' serunya
'Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.' Kata ibunya yang muncul tiba-tiba. 'Sunyi pulak rumah ni mak,' 'Lama-lama kau biasalah.' Airmatanya menitis laju. 'Kalau tak suka pulangkan!' Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
'Papa beli apa untuk Aiman?' Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya. 'Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.' 'Tak ada lah?' 'Ingat papa ni cop duit?' Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang. Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang
sukar ditafsirkannya. 'Awak tak sihat ke?' Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
'Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.' Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya. Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat. 'Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!' Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap. Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap
ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya. 'Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!' Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak. 'Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi
janganlah sebut yang bukan-bukan. ' Ujar Laila perlahan 'Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?' Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka. 'Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.' Laila
menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. 'Celaka betul!' Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. 'Abang!' 'Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!' Getusnya kasar. Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti.
Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan. Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
'Pak Ngah, Eddie nak balik!' Shamizi terpana. Dia mengangguk. 'Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.' Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. 'Laila…'
'Papa nak ke mana hensem-hensem gini?' Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. 'Wangi-wangi lagi. Dating ye?' 'Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.' Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya. 'Ikut boleh?' 'Dia tak ajak family. Staff only!' Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. 'Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.' 'Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini ' 'Papa pesanlah..' 'Nantilah besar sikit.' Dalihnya. 'Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.' 'Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,' Laila terdiam. 'Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.' 'Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.' 'Mama tanya sikit boleh?' Dia mengangguk 'Bos tak
pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?' Mereka dia tinggalkan di rumah.
Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya. 'Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak
cerdik,' ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang
Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
'Kalau tak suka pulangkan!' Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. 'Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ' Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah.
Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..
'Kalau tak suka pulangkan,'
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu.
Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana.
Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila… Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya. Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan
harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya ……..
Laila dipulangkan….:(
mesti korang pernah baca emel ni kan? aku paparkan kembali sebab ari jemaat lepas sempena aidiladha tv3 tayangkan cerekarama yg bertajuk "Taubat Nasuha". aku x tgk sgt cite tu.. just skit2 je..dlm 15 min akhir baru aku tgk. namun begitu tgk skit gitu pun aku dah dpt agak cite tu digarap drpd emel yang aku pernah terima awal tahun lalu. skripnye diolah skit tp watak dlm cite tu dgn nama2 dlm emel ni x diubah pun. memang sedih bila dijadikan cite. baca emel pun dah menitis air mata ni kan pula bila dijadikan drama.
sesungguhnya memang benar kan???? kita cuma akan menghargai sesuatu itu bila kita kehilangannya. aku akui sebagai parents kesabaran dalam mendidik dan melayan kerenah anak tu perlu ada n kuat. anak sapa x nakal? sapa tanak anak baik..sopan santun..kan? tp kita perlu ingat..tangisan dan hilai tawa mereka tu sebenarnya satu hiburan untuk kita. geram!!!..sakit ati!!! marah!!! tu memang akan terbit bila anak kita buat perangai..tp..tak terpikirkah kita..anak itu lahir drpd benih kita? sedikit sebanyak sifat yang diwarisi tu adalah dari kita juga. ibu bapa adalah pencorak anak itu. nak jadi islam ke nasrani ke kafir ke..tu seme terpulang pada ibu bapa. elok didikan kita..elok la mereka..kalau maki hamun sepak terajang yang diajar..begitula yang akan diikuti mereka nanti.
air mataku...menitis jua saat melihat 4 beranak dibunuh kejam oleh perompak sambil menjerit Allahuakbar. Ya Allah Ya Tuhanku..semoga aku diberi kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anakku.....AMIN
pada 26/11 aku dan darling pegi ke kuantan untuk menonton 2 movie ni. sib baik dah book awal2. skang ni GSC dah x bg book tiket mcm dulu. kena beli tros n bayar via m2u or CC. yg best tu kita boleh pilih seat sendiri. aku pun apa lagi pilih seat yg mmg cantik gitu hehehe. memandangkan kat kuantan GSC dah bukak cinema baru kat EastCoast Mall (ECM) aku pun ajakla darling tgk movie2 kat situ. cite 2012 start 12 noon n duration 2h40m. mmg puas ati la tgk cite ni. ada yg kata cite ni kekonon berkisar end of the world. tp bila dah tgk..cite ni actually bukannye pasal hari kiamat tu. x logik langsung kalo kata pasal hari kiamat. yela kalo hari kiamat patut takde sapa pun yg selamat kan hahaha. its more on kehancuran dunia yg kita kenal hari ini untuk berganti ke fasa yang baru. ala mcm zaman dinasor tukar ke zaman batu tu la hehehe. effect dia aku bagi 5*. memang real je effect dia. yg x real as usual la...hero mesti selamat hiks! jarak antara 2 filem ni plak 2 jam. so dlm 2 jam tu aku dgn darling merayau je la dlm ECM tu.
dalam masa merayau tu aku masuk la kedai kasut..aduss ikutkan takde plan pun nak masuk. tp skang ni kan tgh Year End Sale. so masuk je la. memula masuk kedai kasut Verns..tempat yg biasa aku beli kasut...but not at ECM la. biasanye aku gi branch dia kat megamall or kuantan parade. dah nampak satu kasut berkenan. tp pk..nanti december aku dtg lg ke kontan utk beli barang skolah anak2 aku so biar la dulu..jalan lagi..tup2..jumpa lak branch carlo rino. huhuhu. aku dah bertahun-tahun x beli kasut kat carlo rino ni. last aku beli 2002...imagine la..7 yrs ago. pastu takde dah..cuma window shopping je hiks! belek punya belek..adess terbekenan plak dgn satu kasut ni. new pattern lak tu...so nice n fit utk sumer baju sbb pastel color. nak plak ada diskaun...hatiku tergoda juga..sambar je la sepasang hahahaha. waktu nak membayar tu cashier notice yg wallet aku pun dr brand carlo rino. dia nak tgk..aku tunjuk la. dia tanya dah baper lama guna sbb katanye dah x jumpa pattern tu. aku ckp la dekat 10 thn guna. sayang wooo sbb dia tahan lama. terbeliak mata cashier tu dgr hahahaha. dia kata skang ni dah takde pattern mcm tu. yg ada cuma coin purse n purse yg panjang tu je. tp mmg dia respect la.dia kata yg aku pakai mmg tahan lama.sayang dah x kuar lagi.
bila aku kuar drpd kedai carlo rino tu..darling pandang je sambil ckp dr jauh..why??why???why?? hahahaha tu mesti sbb tgk aku beli kasut. aku kata la..for me hehehe. dia x tanya byk la. tamo nak bertekak la tu..pompuan biasa la kan..mana leh pisah wooo dgn handbag dan kasut..tu pun sib baik aku beli sepasang je sbb duit lain dah cadang nak beli buku2 utk budak2 tu.
bila dah 2.40 aku dgn darling masuk la dlm hall 7..time to watch ninja assassins. aku ni bley dikatakan peminat si Bi Rain..tu yg beria nak tgk cite ni hehe. some more darling yg suggest. dia kat kata cite ni best. so tgk la sama2..mmg best la..full of action pack. pastu Rain punya english tu sound cute je hiks! tak payah la aku bitau cite ni camne..gi la search kat net ye hahaha. yg pasti dlm cite ni Rain nampak mature. ilang sifat nakal n keanak2an dia waktu berlakon dlm cite Full House dulu. cite ni makan masa 99 minute. abis je tros shoot ke megamall beli buku2 latihan utk anak2 then straight ke Giant beli susu/pampers/barang2 dapur utk masak for mkn pagi raya. boleh gitu? org patut mlm raya kat umah sibuk nak masak. aku lak leh gi dating tgk wayang dgn darling hahaha. neway...mak tamo wat mende heavy for raya ni coz sabtu nak wat kenduri lagi..time tu baru tumbang lembu. tu yg aku berani nak gi dating. kalo mak kata nak masak heavy takdenye aku nak dating..aku dok kat umah mak tu wat apa2 yg patut hiks!
neway..pada sesapa yg x tgk 2012 lg..gi la tgk sementara masih ditayangkan. bak kata cikgu english aku. cite2 yg ada effect grand mcm ni puas ati tgk kat wayang. lainla kalo org tu ada tv sebesar dinding kat umah n home theater mcm kat wayang tu hahahah. rugi wooo kalo x tgk. lg satu pada peminat Rain tu pun jgn lupa saksikan Ninja Assassin tu. dia mmg hensem dlm cite tu hehehe. ctah...tgk cite ni ctah..rugi kalo x tgk ahaks!
pagi tadi sampai opis je aku tros on pc n pasang jukebox kat ss. kebetulan 1st song dlm jukebox tu lagu d'masiv-merindukanmu..soundtrack cite sekar ni. waktu tu pengurus HEP dok depan meja aku. dgr je lagu ni dia kata..ni lagu cite sekar tu kan? saya pun ikuti cite ni hahaha. dah sambil wat keje aku pakat sembang dgn dia pasal cite ni. tentang kepolosan/terlalu baik/terlalu pemaaf watak sekar ni..sampai kekadang dipikirkan bodoh..kepada kejahatan karina. yg best tu dia siap kata dah addicted dgn cite ni..sama mcm aku hahaha. ada one time tu dia gi bangi tp sbb x sempat tgk cite ni siap tepon wife dia tanya apa jadi dlm episod aritu wakakakka. bini dia siap kata 'haaiii dalam keje pun ingat cite tu lg ke' hahahah. aku ckp kat dia kadang aku x sempat tgk waktu mlm coz tayang lmbt beno..11 pm..aku dah belayar tah ke mana-mana waktu tu..aku layan ari ahad je coz dia tayang 1 whole week punya episod from 1-6pm. dia kata ahad mmg x leh layan la. punya best kitorang borak pasal ni sampai kata..cite ni lebih kurang mcm cite intan tu je ek? watak2 pelakon dia pun 80% sama. perbualan kami terbantut bila doremon panggil dia masuk bilik hehehe..adesss x kusangka..pengurus tu..lelaki lak tu..layan gak cite ni hahaha. tp jenuh la nak tunggu abis..cite ni 200+ episod. cari kat net kesudahan cite ni pun x jumpa..lagi hiks! apa pun..layan cite ni la bley jadi topik perbualan aku dgn mak sbb dia pun layan cite ni gak. dulu...waktu arwah leha ada...dia pun suka tgk cite ni.....
nama manja ni nick aku kat anjungcafe lebih kurang doblas tahun yg lalu. di situla aku bertemu jodoh dgn suamiku iaitu art01. kerana itula aku gunakan nick ni as nama blog aku ahaks!