CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 11, 2010

Picnic di rompin

ari jumaat lepas atirah dan najihah ada dtg umah mak aku, abhi mereka hantar. bila aku tanya apa mimpi abhi dorang nak antar dorang ni. kakak aku bitau yg atok abhi nak gi KL lawat anak pompuan dia..bwk irfan sorang je.oleh kerana takde org nak tgk2kan budak2 ni bila abhi dorang gi keje tu yg abhi dorang pos ke sini. aku angin gak. aku kata bley plak dia bwk sorang n tinggal yang lain2..nak beza2 plak mcm tu..byk cantik muka org tua tu. then mak aku tenangkan aku n kata takpe kita doa je la semoga abhi dorang nak letak dorang tros kat sini. bio la atok abhi sana nak beza2 cucu tp kita jangan. aku iyekan je la. mlm tu aku baru tingat yg budak2 tu waktu sakit mmg tingin sgt nak gi mandi laut so aku suarakan pada hubby. dia agree. so semalam aku pun angkut la budak2 tu gi pantai hiburan kat rompin. at least lepas hajat dorang. tirah mmg excited nak mandi laut sbb kali terakhir dia mandi laut adalah pada awal bulan Jun last year..waktu pesta pantai..2 minggu sebelum berlaku kemalangan yang meragut nyawa ibu dia :(. jihah mula takut nak mandi sampai hubby terpaksa pegang dia kat laut tu..jerit2 nangis dia..tp lama kelamaan.dia plak jadi galak nak mandi hehehe..ni antara gambar2 sekitar piknik tu


mummy, asyraf dah ready nak drive ke rompin


kenyangkan prot dulu daddy...baru gi main air


daddy...tirah nak air


abang nak skit..takkan asyraf sorang mkn


peace mummy.jom la join

ensem tak ammar


lek la jihah...kan daddy pegang ni


eeeee takutttttt....jihah nak naik....


dok diam la asyraf...


tirah yang comey


ain n jihah...beauties of the day


arrhh!!! asyraf ni tamo dok diam la makteh


hahahaha best mandi kan daddy


eeeee bestnye main air ni daddy


penat main air..prot lapo la mummy

pas piknik aku ke rumah abg aku x jauh dari pantai. kalo jln kaki 10 minit sampai la. kakak ipar aku dah siap masak tgh hari utk kami. apa lagi.pas menjamu selera mata pun dah ngantuk....bergelimpangan kat ruang tamu tu dgn kitorang yg tido hehehe...bertolak balik dalam kul 4.40pm n dlm perjalanan tu ain kata lapo lagi.ingatkan nak beli kat PM je bila sampai..tetiba aku tingat pasal restoran FR kat tepi jalan dekat ladang kelapa sawit. aku tanya hubby FR dah bukak ke hah? dia kata ye kot...so try tgk mmg dah bukak. apa lagi mkn je la kat situ. sesekali belanja budak2 tu mkn kat luar. utk 4 org aku amik set. anak2 aku amik nasi goreng. jihah pow air milo tabur ika ahahaha....air sirap yg dia order dia minum skit2 je...sbb sayang katt budak tu ika bio je la hehe...asyraf plak..adoyaiii..x reti dok diam kat meja mkn tu. dia main bekas tisu sampai luka jari. tak serik lagi tu..time nak mkn aku dgn hubby kena gilir2 suap dia.. lambat suap dia bebel hahaha...utk dinner smlm abis RM49. waktu tgh mkn tu kat restoran tu tayang cite dysebel lak..ayarkkk....aku kata kat hubby mau tunggu sampai abis ni hehehe..tp hubby kata dah la tgk kat umah je. x kan nak tunggu kat restoran tu kot. aku ok je la. sampai umah tros on tv tgk dysebel tu haha..puas ati coz akhirnye tau kesudahan cite tu. mlm tu anak2 aku dgn jihah dipos ke umah mak aku coz dorang yg mintak.aku, hubby n asyraf je la tinggal kat PU.. seperti biasa la.

Tuesday, March 23, 2010

Finally!!!


aku dpt gak beli kamera untuk kegunaan sendiri. selama ni asyik pinjam kamera opis je hahaah. bosan aku. siap ckp kat darling..i want my own camera..not nice la asyik guna hak kampeni je. cadangnye last yr nak beli model lain. dah usya kat ECM kuantan tp x pegi2 gak sana utk beli. simpan je duit utk beli kamera tu. jumaat lepas (19/3/10) waktu antar rombongan mak ke KLIA aku rayau2 la kat terminal tu..terjumpa la booth camera Canon ni. mula tgk dr jauh je. nampak kamera yg aku usya kat kontan tu tp x terpk nak beli..aku siap larikan diri dr situ lagi sambil berkira2 dlm hati..nak beli ke tak nak beli ke tak. pk punya pk..alang ke palang dah sampai situ lgpun nak amik gambo kenangan mak/abg/adik aku kat KLIA tu aku pun pusing balik ke booth tu ehehehe.

aku tanya amoi tu kamera yg aku usya tu ada tak. dia kata no stock n bitau camera tu x best mana pun sbb tu stock tak byk. dia perkenalkan aku model yg baru ni ha. dia kata la dpt free memory card 4GB then terangkan lg bla3x. aku sbb rimas dgn asrap yg lari sana sini x larat nak kejo dah..aku kata ok la..aku angkat kamera ni hahaha. cash x cukup..sib baik dia accept debit card (sib baik ada duit dlm tu kalo tak kemsalam la). pastu apa lagi..aku snap la gambo kat KLIA tu hehehe.

darling kurang setuju waktu aku bitau kamera tu aku beli. dia kata guna enpon je kan senang. aku cantas la..aku kata i'm bored la dok pinjam reta kampeni je. now dah ada reta sendiri x perlu nak pinjam2 dah. diam dia hiks!. gambo2 yg aku amik nanti la aku upload. penuh gambo anak aku je hehehe. o ye..kamera ni model PowerShot A3000IS. rega RM499. mampu beli la. kalo lebih pada tu baik aku beli rantai emas je hahaha

Tuesday, March 16, 2010

shell contest


satu petang di dalam kereta (somewhere last week..lupa lak ari apa)

hubby: ayang..guess what!!!!!!
me: what??? (terpingga2 sambil wat muka pelik)
hubby: (sengih je) ehhehehe shell call me.....i won!!! hahahaa
me: really?? congratulations..how much?
hubby: not much..RM100 only
me: yeaaaa...congratulations..rezeki gak tu. berbaloi la pos borang tu ke shell..bukan masuk dlm box kat stesen minyak tu kan
hubby: yeah..thank you yang....

pagi semalam..15/3/2010 around 10 am
ring..ring....tepon bunyi. aik? no sapa plak ni.
me: hello...nak ckp dgn sapa
caller: hello..may i speak to kamilah binti abdul latiff
me: yes speaking
caller: kamilah..i'm calling from shell berhad..
me: (debar2 dah dalam hati) yes..how can i help you
caller: i would like to inform you that you have won RM100 from shell fuelsave contest
me: really? thank you so much!!
caller: i would like to double check your full name and ic number
me: bitau kat caller tu la..x kan nak display kat sini hiks!
caller: as one of the requirement..i need to ask you one simple quiz
me: ok
caller: how many entry form will you receive if you buy Shell V Power Racing? 3 form or 5 form
me: aiya! i never buy that fuel before..i dont think i know the answer. 5 kot
caller: i'll give u a hint..usually bila u pump RM30 u dpt 1 entry form kan..so kalau u beli yang ni u dpt berapa form?
me: i seriously tatau. sbb i mana pernah beli shell v power racing. i jawap 5 la
caller: cannot be la..kan kalau u beli yg biasa u dpt 1 form..
me: ooo ok la..sbb u kata bukan 5 form..so i kata 3 form la
caller: yes!!!! you are right! congratulation..u just won RM100
me: aku dah gelak sakan dlm hati waktu ni hahahaha..ada ke dia bg soklan dia bg jawapan. best tu kalau tiap contest org sediakan jawapan hehehe.
caller: the cheque will be posted to you in 6 month. we dont announce our winner on newspaper but u can check at our website. we dont ask for credit card or account number. if you have any enquiry pls call at.......
me: thank you so much.

x lama pastu aku tros buzz hubby bitau aku pun dpt RM100 dr shell..dia kata i knew it!!! heheh rezeki laki bini. bukan senang kan nak dpt duit free mcm ni. w/p x dpt keta alfa romeo mcm kazen hubby last yr yg dpt drpd petronas tp aku dan hubby pun bersyukur dgn duit kemenangan ni bley la topap duit ni utk beli barang kemas hahahaha

Tangguh lagi

apa nak jadi la agaknye. mak aku patut dijadualkan fly ke mekah untuk menunaikan umrah pada pukul 2pm arini. tup2 dapat call drpd handler dia yg mengatakan penerbangan ditangguhkan lagi...buat kali ke 2!!!..alasan tetap sama..visa blom dpt lagi. petang esok baru dapat. tu baru dapat visa..terbangnye ntah bila. handler tu siap ckp kat mak aku..dia dah naik malu coz ahad lepas dia yg tepon bitau penerbangan arini kerana dimaklumkan yg visa dah dapat...tup2 tgh hari semalam dia bitau visa baru sampai esok. sib baik aku n hubby x amik cuti lagi. adik aku ada yg dah amik cuti..abg ipar aku pun sama. dorang sumer cadang nak antar sampai KLIA. memang frust gakla bg yg dah apply cuti tu..terpaksa kensel le huhu.

adik lelaki aku yg akan ikut mak menunaikan umrah pun marah2. katanye agensi yg menguruskan umrah ni cakap ntah hapa2. mcm menyusahkan pun ya. ustaz yg handle tu ckp kat mak aku..apakal la duit telah dihantar ke arab saudi..kalau tak antar lagi dia nak amik balik je duit tu. mak cuma kata..its ok..anggap ni dugaan je la. semoga after this takde halangan n masalah lagi. tenang je mak menerima berita ni. dia lebih risaukan anak2 dia yg masing2 nak amik cuti ni huhu. takpe la mak..kita doakan je la ye..semoga mak dpt fly dlm masa terdekat ni. takdela dok tertunggu-tunggu je.

Monday, March 15, 2010

GERAM!!!!!! lagi

sakit sungguh jiwaku ini..lebih sakit wallet aku la bila dpt surat drpd kastam kat pos malaysia yg mengatakan parcel telekung yg aku beli dr indon kena tahan uwaaaaaaaaa..geram geram geram yang amat sgt aku rasa skang ni. x pernah2 aku beli barang dari sana kena tahan dek kastam. bila aku tepon pos dorang leh kata telekung ni antara barang yg kena bayar cukai..siot la kooooo.. pastu siap soh declare baper pasang telekung n harga telekung2 tu seme..kosser la aku nak bitau harga dia. suka ati je letak. adess..aritu kos membeli dah 700 abis..tu campur kos penghantaran dr sana. now kena tambah plak cukai utk kastam rm49.50. camne la nak niaga ni isy3x. baru excited sbb tempahan makin bertambah..tup2 dah dpt berita mcm ni..berat sikit la nampaknye nak niaga huhuhu.

yang aku paling tak tahan bila org pos tu bley kata kat aku..selama ni rezeki aku la sbb tak kena cukai bila beli barang dr sana..kali ni aku dah takde rezeki so kena la bayar cukai..rasa nak lempang pun ada..eeeeeee bley gitu????

Wednesday, February 24, 2010

sambutan b'day for februari





baru lepas abis majlis sambutan b'day untuk member yang lahir pada bulan februari. bukan dikira satu kampus. cuma member kat pentadbiran COBA dan canselori je. simple tp..x puas ati ada gak hehe..bukan x puas ati apanye..dorang ni org ajak mkn pun liat nak dtg. bukan mintak bayar pun. smlm memula mmg la nak wat collection tp memasing liat nak bayar..cuma yg ok kat canselori ni je yg bayonye..tu no hal la..some more dore kata dia akan sponsor utk mkn pg tu..so dia soh aku order nasi lemak ayam. mula order utk 15 org..tp dia kata risau x cukup so aku tambahla jadi 20 org. ptg smlm b4 balik dore tanya dah ada byk mana collection..aku kata la yg bg duit baru 2 org je..ada yg kata nak bayar esok. then dia tanya pasal hadiah lak. aku ckp la..kan mula cadang nak seleb b'day sorang je..tp ada lak yg lain bising.kata dorang lahir bulan 2 gak so mana aci seleb bday org tu je. then dore kata takpe la..kita wat la sekali. bihtu kalo dah seleb sekali x kan nak bg hadiah kat sorang je..lagi 3 org tu apa cite hiks!. dore kata apa guna wat majlis b'day kalo x bg hadiah hehe. tul gak ek. then dia hulurkan duit kat aku..dia kata pepandai la awak nak beli apa utk 4 org tu. dlm hati aku dah tau nak beli apa. mmg bagus tul dore ni..mkn dia sponsor..hadiah utk 4 org tu pun dia sponsor gak.

mlm tu aku beli hadiah..bungkus kat PU je..waktu sumer anak2 dah tido..senang takde gangguan. tp dah asing la sapa punya..asing guna kad je hiks!. pagi tadi pas antar anak aku ke pasar tani beli kuih dan buah utk memeriahkan lg meja makan. x lama pastu ctah tepon bitau dore dah beli kuih..haa elok la tu...mmg makin meriah la meja mkn tu. dlm 15 min after that dore lak tepon aku bitau dia dah beli kuih n dah jemput HOD utk hadir sama. dia tanya cukup ke makanan nanti hehe..aku kata cukup..byk tu..kompom x abis punya. bila sampai opis aku tgk ctah terkejar2 dr pantry ke meja dia n BMU. dia bitau yg dore soh wat majlis tu kat BMU. senyap2 aku wat tanda nama utk letak kat present dorang. mana bley tunjuk kat ctah sbb dia pun salah sorang penerima hehehe.

bila sumer dah ready...kitorang gi la ke BMU tp agak terkilan sbb budak2 kat AA&AB x nampak bayang pun. tepon pun x dpt..dore pun bising siap kata...dorang ni apa la..ajak mkn pun liat nak dtg. dore soh teruskan majlis. sambil mkn tu borak2 dulu..then dore pun mula la bg ucapan b'day kat sumer org...ctah tersipu2 bila dore sebut nama dia gak hehehe. sayangnye lagi 2 org yg patut ada x dtg. Mar terpaksa jaga opis AB..Emy plak kena siapkan keje utk Hj Wan yg nak ke Bangi kul 10am to attend Senat Meeting. Dore panggil Ctah dan Nizam utk potong kek..so dorang gilir2 la potong blueberry kek tu. after that dore bagi hadiah pada both of them. ctah bisik kat aku..apa ni? pepium ek? hahahaa..aku soh dia tgk sendiri.

bila majlis tu dah dekat nak abis baru la Emy dan E-ta muncul. there are still plenty of food cuma..air je dah abis hehe..so mkn je la. dore usik emy..'ko ni org dah abis mkn baru nak dtg' sambil emy mkn tu..dore serahkan hadiah utk dia n Mar..kira wakil la sbb Mar x dpt dtg kan. waktu mkn tu datin cadangkan agar after this wat lg majlis mcm ni..kumpul je sapa yg lahir dlm bulan yg sama tu n wat sekaligus..x perlu wat asing2. then dia saja mengusik 'i terasa tau sbb b'day i takde sapa yg ingat n nak wat majlis' hahaha..aku tros la nyampuk 'camne nak wat dr. kan takde..dr kat endau rompin waktu tu' satu BMU tu gelak n dore sambung 'eh kat endau rompin tu kan kita sambut gak' eheheh..then datin kata..takpe majlis pasni i pulak yg belanja. dore cadangkan agar buat bulan 5. aku kata la 'bihtu en. sakarnor..bulan 4 tanak buat ke' dia geleng2 paler tp senyum..dia kata buat sekali je cukupla...sekali tu yg tahun lepas la tu hehehe. neway thn ni b'day dia falls on saturday...mmg payah nak wat tu..if nak wat pun belated la jwbnye. tp dah empunya bdn kata no need...so wat utk org yg seleb bulan 5 la..eerrr sapa yg lahir bulan 5 ni hehehe. datin soh aku kumpul b'date pentadbiran COBA dan canselori. nanti kalo rajin aku buat la hiks!

majlis berakhir around 10 am. aku,ctah n nora dibantu oleh emy/e-ta, warda kemas BMU n bab cuci pinggan tugas aku dgn ctah. sesambil tu gosip la..biasala kalo x gosip mmg x sah. byk lg nasi lemak x abis tu..sapa nak mkn free..sila la ke pantry ye hehehe. entry ni takde gambar. kalau hubby bg kang bley la letak gambar time ctah n nizam potong kek tu.

Tuesday, February 23, 2010

malam ini

baru pas abis bungkus b'day present utk member2 opis yang sambut bday bulan februari ni. pada sesapa yg bertuah tu..harap suka dgn hadiah yg x seberapa ni ye. ikhlas dari hati.......jeng3x

to be continued pas majlis mkn2 for bday esok heheeh