adooooii pening paler aku dgn soklan anak sulung aku ni. ni gegara dia dpt no 1 dlm exam skolah agama. balik umah je tros tanya aku soklan ni bertalu2. aku tanya hubby kita ada janji apa2 tak kat dia if dia dpt no 1? hubby kata i dont think so. aku pun lupa lagi x ingat sama ada pernah janji nak bg hadiah apa kat dia..dulu rasanye ckp kalo dpt no 1 skolah pagi aku akan beli laptop utk dia sebijik hahaha..ni dpt no 1 skolah petang..adessss..apa yg aku nak bg ni?????? pening pening
Tuesday, July 20, 2010
Thursday, July 8, 2010
Hi Tea di Ms Garden
Semalam COBA mengadakan Hi-Tea di MS Garden Kuantan. Tujuannya untuk meraikan staf COBA yang bersara, tukar jabatan, further study dan naik pangkat. boleh dikatakan 90% kakitangan COBA terdiri dari kakitangan akademik dan staf pentadbiran yang pergi ke majlis hi-tea ini. sepatutnya masa bertolak jam 2 pm tapi bas cuma tiba jam 2.25pm..campur tolak darab bahagi...kami bertolak ke kuantan jam 2.45pm.

after hi-tea..the one n only picture aku dengan Dr. Azam Nair...u're the best la dr. Azam. tq sbb puji aku melangit hahaha

on the way nak balik..ada rupa penat soping tak?
patutnye abis majlis tu tros bertolak balik ke Muadzam. tp lecturer2 pompuan ni dok pakat2 plak ajak balik lambat..nak gi abiskan duit kat megamall. ada sales by parkson..up tu 80% tu. so instead of balik 6pm..kami diberi masa utk buang duit until 8.30pm. aku dgn mizah mengeluh..adoyaiiii..lmbt tu nak balik. aku nak inform hubby tp both hp aku bateri kiok plak..so bergegas la ke megamall cari public phone n bitau dia aku balik lmbt..hubby pun mengeluh. dia soh aku tumpang sesapa yg drive keta sendiri. tp x dpt nak buat camtu sbb rata2 yg drive keta sendiri tu penuh dgn org lain yg nak balik awal jugak..nak tanak..terpaksa la aku dgn mizah tunggu.
mulanye kitorang jenjalan je kat megamall tu..masuk kedai kasut satu persatu. smlm plak aku pakai kasut 2.5 inci..adoiii sakit betis ni tp gagahkan jugak la. tau nak jenjalan gitu baik pakai flat shoe je. waktu aku lalu depan Carlo Rino..mata aku terpaku tgk satu kasut ni..adehhhhhh ku tlah jatuh cintaaaaa bak lagu agnes monica tu. ada potongan 50% plak tu. aku pk kang x beli rugi n nyesal..mana tau next time nak beli dah takde kasut tu..so apa lagi..aku grab je la beli hahaha. aku siap ckp kat mizah..mesti hubby akak bising kalo tgk kasut ni..tp dulik la..my money hehehe. mizah senyum je. dia kata dia x tercapai wallet nak beli kasut camtu. aku kata aku mmg fanatik dgn Carlo Rino ni..x sah kalo x beli kasut dia. pas beli kasut..kami gi round2 tempat lain plak..masuk watson beli pencuci muka..then pegi KFC ingatkan nak beli toasted pocketfull yg ctah order tp ramai tul org kat KFC tu..aku dgn mizah pusing byk kali pun bila lalu situ semula org tetap ramai adess
aku ajak mizah gi kedai buku utk beli buku latihan anak2 aku..utk ain n aida 5 each then utk ammar 1 buku cukup la. utk asyraf plak aku belikan keta kecik 10 biji, utk mak anggur n pizza chicken frank n air vitagen for the kids. utk hubby x yah beli apa2 la..sbb the day b4 dia dah dpt hadiah mahal hahaha bley gitu. lepas kepenatan abiskan duit kitorang tunggu bas..dlm kul 9pm baru bertolak balik. sepanjang perjalanan tu aku sembang je dgn mizah..punya seronok sembang sedar2 bas dah sampai uniten hehe. aku terpaksa pinjam hp linda utk call hubby supaya jemput aku kat opis. around 10.50 camtu hubby sampai.
Posted by manja-art01 at 8:49 AM 0 comments
Wednesday, July 7, 2010
Happy Birthday my Love
Tanggal 6 Julai 2010 merupakan birthday ke 41 hubby tersayang. aku menahan diri dari pagi from wishing him happy birthday. wat bodo n wat2 x ingat je sbb nak tgk reaksi dia. the day before aku dah belikan hard paper bunga2 utk anak2 aku buat b'day card utk hubby. aku je x buat hehehe. anak2 aku mmg galak betul buat bday card tu. malam 5/7 tu waktu hubby sedang menjamu selera ammar bley plak pecah lobang kat hubby bitau yang dia dah sediakan bday kad utk daddynya. aku dlm umah ckp 'aisey..pecah lobang plak budak ni..luku kang baru tau' tatau la reaksi hubby waktu tu sbb dia kat dapur.
tgh hari semalam sambil2 sembang dgn member aku..dia tanya takde nak buat apa2 ke..aku kata tgk la kalo rajin hehe..oleh kerana dia pun free aku ajak dia keluar pegi beli kek. setelah puas berkira-kira nak beli kek mana..pilih yg tu yg ni..akhirnye aku beli la kek yg comel mcm gambo kat atas tu (size je sama..rupa kek lain ye). atasnye aku tulis '2 U Abang 41' dan letak lilin sebatang. aku tros bawak balik ke rumah dan sorok di bilik belakang supaya hubby x jumpa. hadiah untuknye dah lama aku sediakan so takde masalah la bab tu.
ptgnye waktu jemput anak2 balik dr kamus..ain pula bertanya pada hubby 'daddy..x buat apa2 ke majlis utk bday daddy ni' hubby dgn toya jwb 'takde org nak beli kek kat daddy..takde org nak wish kat daddy' dlm hati aku mmg gelak guling2 la hehehe. aku wat-wat x dgr je ckp dia waktu tu..then dia sambung 'hmmm i wonder....did u forget' lagi la aku nak gelak hahaha. aku singgah di rumah mak kejap je sbb ada latihan netball kul 6pm kat Ilmiah..biarkan hubby ternanti2 dgn kekecewaan kat rumah ahaks! dlm 7.20pm aku sampai rumah mak tros balik dgn ain, ammar dan asyraaf sbb budak2 tu nak pegi mengaji. mood hubby nampak agak teruk mlm tu..nak marah je..agaknye sbb pk aku lupakan bday dia kot..sian budak2 tu..wat silap skit pun kena marah..sudahnye aku bwk budak2 tu balik umah mak n stay sampai 10.45. mulanye aku ingat nak stay sampai 11.30 tp sbb risau asyraaf tido nanti susah plak nak bwk balik aku balik je la pas abis cite Vampire Diaries.
waktu aku tiba kat umah hubby tgh ngadap lappy sambil tgk ncis LA. aku masih buat2 x ingat bday dia sbb menanti waktu yang sesuai. pas dia puas ngadap lappy dia gi isya' then isap rokok..gosok baju..kuar masuk bilik keje dia..aku ketawa kecil tanpa dia sedari hehe..lg 1o minit kul 12 midnite dia keluar lagi utk merokok..waktu tu la aku ambil peluang utk mengeluarkan kek yg aku beli, nyalakan lilin dan hadiah untuknye. 2 minit b4 12 midnite..aku buka pintu dapur dan menyanyikan lagu happy birthday sambil membawa kek persis gambar di atas. terkejut hubby dengan tindakan aku. lepas aku habis nyanyikan lagu..aku bisik pada hubby 'i never forget' hubby menangis dgn tindakan aku tu..sambil berdoa then meniup lilin..dia x habis2 ucapkan TQ. pelukannya erat sekali (ala jiwang la pulak). dia tanya mana beli kek ni? bila beli? aku ketawa kecil je n kata x perlu tau..mkn je la. dia potong kek dan beri potongan yg pertama pada aku...then aku hulurkan hadiah utknye. again dia terkejut dgn hadiah yg di beri. wallet BONIA as his present. dia kata watpe la susah2 membazir beli barang mahal utk abg ni. aku senyum je. dia tanya jugak bila beli? tatau pun? sapa bagi? isy byk plak soklan. org dah bg tu guna je la. then dia ckp "apa yg abg nak bg kat ayg ek..isy x gaji lg plak tu"..aku senyum je hehehe lepas kami sembang2 kat belakang tu..masuk dlm rumah..sbb masa dah menunjukkan 12.45mn.
pagi ni...dgn rasminya dia menggunakan hadiah dia tu. sekali lagi dia mengucapkan terima kasih pada aku....sesungguhnye... I Never Forget....saja nak tgk reaksi je hiks!
Posted by manja-art01 at 12:57 PM 0 comments
Labels: birthday
Monday, July 5, 2010
Majlis Pertunangan Syaiful Bahari (Perbincangan dan selepas majlis)
penyerahan cincin dr pihak lelaki pada pihak perempuan
perbincangan lepas serah cincin tentang tempoh bertunang dan jumlah hantaran
waktu ni sesi berbalas pantun
sesi menyarung cincin merisik
one more ring to go mak
cium tangan kali pertama
sarung cincin tunang
barang hantaran dari pihak perempuan
Eida
Lia dan Eida. First time berjumpa ni..baru berkenalan hehehe
Eida n Me
Kak Nah n Eida
Mala & Eida
Kak Ida & Eida (sorang Ida kelantan sorang Ida Ganu hehehe)
Mak & Eida
3 Besan Bergambar. dari belakang Maklong Simah (kwn mak), Mak Aji besan mak, Mak, Eida dan Mak Eida
Eida & bakal anak2 buahnya
Eida & bakal anak buah part 2
Eida dan Ika (anak arwah kak Zai)Posted by manja-art01 at 1:23 PM 2 comments
Majlis Pertunangan Syaiful Bahari (Rehat n waktu sampai)
Posted by manja-art01 at 1:15 PM 0 comments






























