pagi semalam aku tepon adik ipar aku sbb nak bitau yang aku nak gi amik anak2 dia utk bwk ke MS sbb lazimnya cuti skolah mmg aku amik budak2 tu. dia kata ok. so dengan berkobar2nye aku inform la laki aku pasal mende ni.
Saturday, November 27, 2010
sakitnye ati akuuuuuuuu
Posted by manja-art01 at 9:37 AM 0 comments
Wednesday, November 24, 2010
Tuesday, November 23, 2010
adoiiii sakit gigi
pagi smlm gigi aku ok je x sakit..w/p kesan tampal tu dah lama tercabut tp takdela sakit pun..just nyilu je bila aku kumur2. tp tgh hari tu waktu aku tgh mkn chicken ball tetiba rasa sakit yg amat..aku kumur2 dgn air dia kurang skit..pastu sakit balik..isy x leh jadi ni..x tahan aku rasa..aku cite kat member opis aku n dia sarankan gi cabut gigi je kalo tak tahan. aku soh operator tepon klinik gigi n dibitau yg aku leh dtg kalo nak cabut gigi.
dgn semangatnye aku gi la klinik gigi tu. ikutkan takut gak sbb risau la kalo cabut gigi dia x bius ke apa tp member aku kata dia bius. sib baik la org kat klinik gigi tu x ramai. aku duduk dlm 10 minit gitu then nama aku di panggil. waktu doktor tanya apa masalah aku ckp la gigi aku sakit. dia cek2..n kata gigi aku ni mmg x leh diselamatkan lagi..dia bg pilihan..nak cabut or nak wat rawatan akar..rawatan akar cuma leh wat kat kuantan je. aku pk..wat rawatan akar mahal satu hal pastu tu bukan penyelesaian. mmg la sayang nak cabut gigi tu..tp dah mmg gigi tu dah teruk so aku kata..cabut je la doc..x yah tunggu2 lagi. then dia pun cucuk bius..omak aiiii..dia bius pun sakit gusi aku..siap darah lagi..pas aku kumur tu tros rasa numb mulut aku hahaa..kat kawasan sakit tu dah x sakit...tunggu another 15 minute then doc panggil masuk utk cabut gigi.
aku penakut gak waktu nak cabut gigi tu..so keraskan badan ni..tp doc kata..jgn keraskan badan nanti susah gigi tu nak cabut..relaxkan je..aku sbb rasa x sakit waktu dia tarik gigi tu aku pun pk la mcm2 dlm otak ni..tp dok kata cepatla abis cepatla cabut..rasanye dlm 15 minit gak la dia nak cabut gigi tu..bila dah cabut dia bg kapas n ubat tahan sakit..mula mmg x rasa sakit pas cabut tu..tp bila aku sampai kat opis...around 1/2 jam pastu..mula rasa sakit..aku tahan lagi..sampai umah..lagi sakit..coz kesan bius dah ilang..telan KK 2 biji dia ilang..tp mlm tu sakit balik..aku x leh watpe..terbaring je la.nak ckp pun seksa hahaha..sudahnye aku tido je la sampai ke pagi.
pagi tadi aku sedar 5.30am sbb aku nak kena dtg opis kul 6 lebih..ada staf n MPP student yg nak naik van utk ke kuantan. so aku kena make sure list yg naik tu sama dgn list nama pada aku. geram tul la.patutnye 9 org naik..penyudahnye 7 org je naik sbb sorang tu dah gi semalam. tu pun pas dore tepon aku..kalo tak mmg jenuh la dok tunggu je. sorang lg aku tatau la camne. patut bertolak kul 6..tup2..kul 6.50am baru dorang bertolak. dah settel pagi..ptg ni kena checklist org yang nak gi naik bas plak. adoi la hai...nasib nasib...gi dinner dgn gusi yg bengkak ni. ntah apa je yg aku bley mkn kang
Posted by manja-art01 at 4:04 PM 1 comments
Thursday, November 18, 2010
Aidiladha 2010

best in laws in the whole wide world
semalam seluruh ummat islam di serata dunia menyambut hari raya aidiladha. kat tempat aku ni raya ni x meriah sgt..sunyi sepi je. takde sesi ziarah menziarahi seperti aidilfitri. budak-budak pun tak dtg beraya ahaks! dorang tau kot raya aidiladha dpt mkn je..no duit raya so watpe nak pegi..baik dok rumah tgk tv hehe. kalo zaman aku budak2 dulu..raya aidiladha tetap meriah..adat ziarah menziarahi tetap diadakan n duit raya tetap dpt..tp tatau la kan..as the time go by adat tu dah makin pupus plak.
raya kali ni cuma aku, kakak aku, the twin n adik pompuan aku je balik mlm raya. abg n adik lelaki aku x dpt cuti. some more abg aku kena stay kat rompin sbb nak sembelih lembu qurban yg mak n aku order. adik lelaki aku plak susah nak balik coz mem dia tgh sarat mengandung. untuk juadah raya kali ni aku beli 5 kg daging rusa utk dibuat rendang. then mak beli daun palas utk wat ketupat palas..x dilupa ketupat segera hiks!. agak sibuk raya eve tu sbb mak nak siapkan laksa yg ditempah 12kg. aku amik hapday hari tu so balik tros tolong mak buat apa yg patut la. first thing yg dibuat..rebus ketupat segera..then blend bahan2 utk masak rendang. mak aku dah potong2 daging rusa. mlm tu baru la masak rendang rusa..lama tu nak tunggu..sampai tgh malam baru siap..tp berbaloi la sbb bukan tiap hari jumpa daging rusa ni.
aku bgn agak lewat pagi raya tu..sbb paler aku sakit tp tetap gagahkan jugak la pegi umah mak. sampai umah mak kenyangkan prot dulu n then mula kuarkan ayam utk masak merah. darling kata org johor wajib ada juadah ayam masak merah pagi raya ni. tujuannye utk santapan family abg n kakak dia yg akan bertandang tgh hari nanti. aku pun masak je la..hentam kromo je haha. biasa masak bodo2 je utk mkn sendiri. ni nak hidang kat org belasah je la..sedap ke tak tu yg mkn je tau. aku siap masak around 11.45am camtu then bergegas ke TM utk beli barang2 yg lain..risau gak takut juadah yg aku sediakan tu x cukup so beli la mee 3 bungkus for backup. sampai ke PU dah 12.30noon n kak lin dah tepon kata dah nak sampai. x sempat aku nak goreng mee aku tros siapkan hidangan yg ada n letak kat dpn. darling pun tolong keluarkan sate n buat air. punya byk aku bwk sate utk dorang..250 cucuk tp keluarkan 150 cucuk je hehe..
dorang sampai tgk juadah dah terhidang apa lg..tros amik pinggan n mkn..kaklin tgk ayam masak merah n tanya aku masak sendiri ke..aku iyakan je..then dia mkn n kata.'eh mcm resepi arwah mak je' adoyaiiii waktu tu aku rasa bangga sebangganye dlm hati hahaha..puas ati tgk dorang anak beranak dok ulang2 mkn ayam tu. kaklin n abg man kata byk juadah ni. aku kata saja buat byk sbb kata juara makan hahaha satu umah tu gelak. rendang rusa yg aku bwk tu agak pedas mereka kata..aku ckp la maunye x pedas..mak letak 3 bungkus cili padi hehehe. dlm pedas-pedas tu..byk kali gak dorang dok tambah2..bila dah kenyang bersandar masing2 n bercite itu ini. the kids plak bwk notebook masing2..so ada yg bertenet..ada yg copy movie n lagu..ada yg update status fb. kak lin beli sepasang telekung dr aku. bukan nak bisnes pun tp dia tanya apa jenis yg ada aku bg le dia tgk ..tup2 dia amik sepasang. anak dia nak jugak tp jenis yg dia nak tu aku kata dah lama x beli..later la if dia nak pun.
kak lin balik around 3.15pm camtu. abg man plak stay lama skit sbb wife dia keje n balik kul 6pm. so in the mean time dia tido dulu. aku siapkan kopi..kul 5 bila dia bgn dia pun siap2 utk balik. anak2 dia puas main kat taman x sabar nak jemput mak dia jugak. aku bekalkan ayam masak merah, rendang rusa, sate 50 cucuk dan ketupat palas utknye. aku ucapkan terima kasih sbb sudi dtg ke rumah aku yg x de apa pun..cuma tv sebijik kat ruang tamu hehe. dia kata takde perabot lg senang..nak terbaring terlentang hahaha sabo je la. x lama pastu mak aku tepon bitau yg dia dah balik tp aku x dpt gi rumah dia lg sbb asyraaf tgh lena tido..around 6.30pm tgk dia x bgn2 lagi..aku angkut je ke dlm keta sbb aida dah moncong nak gi umah atok dia. bg ayam masak merah kat member aku sikit..n dia balas lemang sebatang..tu le yg aku bwk balik umah mak.
aku stay kat umah mak sampai kul 9.30pm sbb nak kemas2 rumah mak, panaskan lauk n basuh baju anak2 aku. sampai PU pun x de nak tgk tv sgt..so tired..kul 10.30 dah zzzzzzz.
Posted by manja-art01 at 12:54 PM 0 comments
Tuesday, November 16, 2010
hari ini

kabus dekat pejabat kajicuaca
Semalam aku balik ke PU dengan asryaaf sebab nak kemas2 rumah yg dah mcm takde rupa rumah. biasala..berkampung kat umah mak sebulan so rumah tu x kemas sgt la..darling aku plak bab kemas rumah dia angkat bendera putih..dia cemerlang tang basuh baju je hehehe. ikutkan malas nak kemas lagi sbb nak tunggu weekend je. but oleh kerana kakak ipar aku a.k.a kakak darling bitau dia nak serang PU dgn family n abg man..aku terpaksa la mengemas umah tu hahaha. sabo je la....nampak sgt pemalas..org nak dtg umah baru nak kemas umah tu. meskipun aku bitau rumah aku tu kosong..ada tv sebijik je kat ruangtamu...dia kata no hal..yg penting leh baring2..lepak2..gelak ketawa beramai2 hahaha. aku balik ke rumah dlm 9.30pm camtu. mula darling nak ikut tp sbb ain menangis..aida dgn ammar merajuk..so dia tinggal la kat umah mak aku. sampai umah asyraaf tros tunjuk lappy n kata 'mummy..ipin..bukak..ipin..cepat'. aku bukak la cite upin ipin n geng tu..ngadap la dia sesorang dpn lappy..aman dunia aku nak kemas umah sbb dia x kacau. hampir kul 11pm bila dia nak tido baru dia panggil aku minta bf.
pagi tadi aku bangun awal..b4 alarm berbunyi dah sedar tp tatau la lately paler aku sakit tiap2 pagi so amik masa skitla nak bgn tu. waktu nak kuar rumah asyraaf masih lena. aku angkat je dia masuk keta. dlm hati dah berkira2 nak pegi ke pasar beli ayam 3 ekor sbb nak masak merah. sampai je ke pasar aku tgk wahaaa..ramai keta..rupanye ada pasar tani sempena raya aidiladha esok. aku tgk org paling ramai kat tempat jual kelapa..almaklumla skang ni mmg susah nak dpt stok kelapa tu. aku tawakal je..hopefully ada la lagi kelapa coz aku pegi beli ayam dulu. dlm kalut gitu aku lupa yg aku tinggalkan asyraaf dlm keta sesorang. waktu nak bayar ayam baru tingat pasal dia..doa je la dlm hati hopefully dia takde apa2. waktu aku balik ke keta utk masukkan ayam.aku tgk dia masih lena..fuhhhh legaaaa. then aku gi beli kelapa plak..16 biji..cukup la kot..nak masak rendang rusa n mak pun nak guna utk wat kuah laksa. darling plak x abis2 tepon aku sbb nak antar the girls ke skolah. aku tgk jam...aler blom 7.20 lg. waktu nak pegi tu ada lori beso plak yg hadang keta..aku soh darling antar dorang naik motor je hehe. x lama pastu baru dpt kuar..tu pun dgn pertolongan sorang pakcik yg tunjuk camne nak kuar. otw ke rumah mak aku terserempak dgn darling yg bwk the girls naik motor hehehe.
aku bitau mak yg aku berjaya beli 16 biji kelapa..mak nampak happy. aku ckp ada ayam 3 ekor tu sbb darling nak soh masak ayam masak merah..mak kata takpe nanti masak sesama. kalau ada ketam bley wat nasi ketam..tp mak x sihat. aku kata xyah la..kita masak apa yg ada je. lgpun adik badik aku ntah balik semua ntah tidak. mak setuju je.
hari ni kat opis aku tgk org pun x ramai. ada yg dah start cuti agaknye. aku amik halfday sbb byk mende yg nak dibuat nanti. darling siap pesan..oleh kerana aku halfday dia amanahkan aku utk jemput the kids dan ptg nanti jemput dia balik keje plak. waktu minum dia kata duit upah repair pc kat teh dara dah keluar..aku kata la yeahooo ayg dpt duit raya..ketawa dibuatnye hahaha..
di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha pada semua yg sudi jenguk blog aku ni. pada yg nak balik kg n bercuti..hati2 di jln raya n selamat bercuti.
Posted by manja-art01 at 9:26 AM 1 comments
Monday, November 15, 2010
Tragedi yang tak disangka2..parents beware!



kes terjadi pada tokey jubah yang aku beli. seriau aku baca..ni yg wat pk byk kali kalo nak bwk budak2 gi soping ni...to all parents out there..berhati2 la ye. skang ni taktik org nak rompak ke culik ke dah mcm2..jgn leka sampai anak2 terbiar..tau2 dah ilang. dlm kes ni sib baik dia amik rantai je n lepaskan budak tu..kalo dgn budak tu sekali dia bwk lari..aku rasa mau nangis air mata darah pun x guna dah
Posted by manja-art01 at 11:49 AM 0 comments
Hari Penyampaian Sijil Taski Al-Hira'


pagi semalam berlangsung hari penyampaian sijil tuk budak 6 thn Taski Al-hira' n penyampaian hadiah pada budak-budak umur 4 & 5 tahun. seperti biasa ada la persembahan2 daripada pelajar2. ammar menyanyi nasyid tapi darling aku kata suara ammar slow je..mcm tamo kuarkan suara je haha..aku x pegi sbb bz kat umah mak..cuma darling dgn ain je yg pegi.
Posted by manja-art01 at 10:00 AM 0 comments




































