CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 20, 2011

majlis epu dan eda di kemasik

majlis di rumah pengantin perempuan diadakan pada 4 Jun 2011. mood bercerita takde..just layan gambar je la ye.



antara hantaran dari pihak lelaki (minus the cake)




4 bersaudara





duit hantaran dan bracelet pengganti cincin




sebahagian duit hantaran




mohon persetujuan ayah pengantin perempuan




akad nikah




doa selamat lepas selesai akad nikah




solat sunat tanda kesyukuran







upacara batalkan wudhu'




kucupan pertama




balas dr suami pula




wajah gembira




jamuan kecil selepas akad nikah




sedia utk bersanding




antara hantaran dari belah perempuan




bride n groom




di kamar beradu




meja makan beradap




makan -makan




next year..giliran kami pula huhuhu

Wednesday, June 1, 2011

Family Day KSHAS 2011

Family day kami diadakan pada 21 Mei 2011 yang lalu. aku malas nak taip byk2..just tgk gambar je la ye.




Baca je la sendiri


Mulakan hari anda dengan doa selamat


Doa lagi




kita nak doa jugak



aida n mira ready utk bersenamceria.



yeah gelek wok jgn x gelek



ni senaman cara apa ni ayap...mummy x ajo camni



cooling down with datin



cooling down lg....adehhh sakit pinggang aku




ni la muka2 powerpuff girl....geng x complete



kutip gula-gula je ye..mende lain jgn kutip



pas kutip gula2..kita kira plak



ctah: korang jgn main panas..nak main air takpe




aku rasa nampak kurus je dlm gambo ni



ctah sempat lelap seminit dua



yeah..baling belon tu..sambut elok2 ye



dlm game ni kitorang dpt 2nd place..kalo x keran belon pecah sebiji leh dpt 1st place sbb abis dulu



game masam-masam manis...aku kat ujung sekali




2nd pitstop masam2 manis..mkn buah epal.beso tu..x abis aku mkn..tu pasal kalah haha




penat ek bang..sian dia..x dpt join 1 game pun sbb kena bertugas



tu dia..bakal2 juara berlari utk acara junjung air atas kepala



control..control...tp berbaloi...coz i'm the winner!!!!!



acara cari pasangan anda




acara lelong hadiah...aida, ain n mira dpt la grab few hadiah


Saturday, May 28, 2011

dah 11 tahun

Happy Anniversary yang.....

only wish je yg dpt diucapkan. takde plan yg dpt dibuat dek kerana bertembung dengan majlis perkahwinan makcik aku. mulanye nak jugak pegi ke kuantan ke segamat ke..dating...tp pkkan byk keje nak buat kat umah makcik tu..aku batalkan..aku ckp kat hubby..pospon je la..next time je kalau nak pegi dating pun.

bg aku...apa2 plan tu bonus je...what's more important...dia ingat tarikh ini dan jadi yg pertama wish pada aku.....

Friday, May 27, 2011

Berhenti Berharap

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati

Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan

Haa...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu

Woo...

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Haa...
Haa...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua...

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

hanya aku dan orang-orang yang tau je makna lagu ni untuk aku huhuhu

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru


sempena hari guru yang disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun..aku ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua teman-temanku yang menjadi guru dan cikgu-cikgu aku dari aku tadika..Sek. Keb. Bukit Ridan, Sek. Men. Muadzam Shah dan UiTM Jengka. sesungguhnya jasa kalian sebagai guru tidak dpt dibalas. semoga kalian tabah dalam mendidik anak bangsa untuk menjadi manusia yang berjaya.

ada sesiapa yang pernah tonton cerita Laskar Pelangi? cite ni tahun 2009 x silap aku. waktu memula darling letak kat pc dia ada bitau yg cite ni berbaloi tgk..dpt award la dan x rugi kalau tgk. aku layan lagu je..cite dia x minat lg. sekali mlm tadi tgk..rasa teruja dan bangga pulak. kisah sekumpulan anak miskin yang nak menimba ilmu. cikgu muslimah dan bakri yang sanggup bekerja w/p gaji tertunggak untuk mendidik anak2 ini. kisah cikgu harfan yang gigih mempertahankan sekolah muhammadiyah w/p daif yg amat...sekolah hampir roboh, kerusi meja yang teruk dan atap skolah yang bocor. kisah anak2 miskin yang menggelarkan diri mereka laskar pelangi. x perlu la aku terangkan lebih lanjut. yang pasti..cite ni mmg sesuai ditonton untuk motivasi anak2. sesungguhnya..kemiskinan bukan alasan untuk tidak belajar. mmg patut pun negara kita mewajibkan ibu bapa hantar anak-anak ke skolah. kalau tak hantar...diambil tindakan.

aku mmg salute pada pembuat cerita laskar pelangi ni. tp..kenapa ek..tahun ni aku tgk kat tv kurang betul cite pasal jasa-jaga guru ni. padahal bukan x byk cite2 pasal guru yg ditayangkan sebelum ni...byk nak tayang cite pasal ibu je hehe..yela bulan 5 ni byk betul sambutan dia.. hari ibu, hari guru, hari jururawat..hari wesak lagi haha..apa pun...again..aku nak ucapkan kepada semua guru2 di luar sana...Selamat Hari Guru

Saturday, May 14, 2011

Weekend tanpa darling

as per title kat atas tu...weekend ni aku tinggal dgn the kids je. darling aku kena standby dekat Ibam. ada kursus untuk kerani dan front desk. before pergi darling dah pesan baju2 skolah anak2 dgn kasut skolah dorang aku la yg kena setel minggu ni...aku iyekan aje..ala..small matter..bukan susah pun hehe.

ptg smlm aku balik umah mak aku. ingatkan nak tido PU je tp sbb takde adik2 aku balik aku putuskan utk tido umah mak je. pepagi tadi dlm 6.50am aku balik ke PU. nak basuh baju harian, rendam baju2 skolah then kasut skolah lagi. dengan rumah yg perlu dikemas mmg kena buat la sumernye.

aku bawak balik asyraf je sbb anak2 yang lain tanak ikut. untuk memastikan aku bley wat keje dgn aman..aku on pc dan buka cite kegemaran asyraf untuk dia layan. so dimulakan dgn kemas dpn, sapu then mop..bila dah kering..sapu semula...sambil tu baju then pusing dlm mesin basuh. bila dah siap aku mandikan asyraf then dia layan spiderman 3 lak kat tv sampai tertido. boleh la aku basuh baju skolah lak..jenuh nak menyental baju dgn tudung skolah budak2 ni. dah siap rendam kasut lak..after sejam baru basuh kasut. by that time asyraf dah bgn tido. layan dia main then angkat baju..lipat dan gosok mana yg perlu. eh..aku x lunch ek? mmg x lunch pun hehehe. kat umah aku ni mana masak...masak air je pun. takpe nanti balik umah mak baru mkn.

darling ada telefon tanya keadaan kat sini..alahai rindu kata la rindu. dia kata tempat dia pegi tu boring..tempat tido lelaki mcm dorm..guna tilam nipis je..takde selimut...double standard betul. tempat tido pompuan siap katil double decker lagi. aku gelak je dengar. aku kata tepon mlm nanti la waktu aku balik umah mak coz dia nak sgt ckp dgn anak2 dia tu. tu la aku respek dgn darling aku..walau mana dia pergi..x sah kalau x tepon anak2 dia.

skang dah dekat kul 7pm. nak mandikan asyraf then gerak ke rumah mak. apa la anak2 aku yg lain buat..takde plak dorang tepon. usually kalo aku lmbt dtg ada je mesej or tepon dr dorang. tgk je la kan .... jgn majuk sudah hehehe

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu

Di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari ibu kepada semua sahabatku yang membaca blog ni dan sesapa saja yang bergelar ibu. ni kek yang aku belikan untuk mak aku semalam. oleh sebab kek ni sedap sangat..laku betul kek ni..sampai takleh bwk balik utk hubby.