Wanda the MC
Posted by manja-art01 at 4:34 PM 0 comments

lately rata2 org kat fb dan other social network bercakap mengenai 'halo bulan'. 2 malam yang lalu waktu aku balik dr rumah mak..aku pun merenung2 la bulan ni..mcm rasa tergerak di hati nak snap gambo bulan tu..so aku pun snap la. pas snap aku tgk...ada objek bulat yg lebih kecil di sebelah bulan tu. aku tunjuk kat hubby..bley plak dia tanya 'apa tu? alien eh' hahahaha sabo je la aku. yg pasti gambo ni special sbb tu la aku post kat blog utk kenangan. mlm tadi waktu aku renung bulan..cuma nampak bintang sebijik je yg berada tak agak jauh dr bulan tu. hajat di hati nak snap lagi tapi bantal memanggil2 aku. so batalkan niat...pegi ke bulan dlm mimpi je le hehehe
Posted by manja-art01 at 8:38 AM 1 comments
Posted by manja-art01 at 5:14 PM 4 comments

malam ni aku masak sweet n sour ikan lolong. derhaka skit pada resepi..biasa org guna ikan bawal or ikan siakap kan tp dulik la..resepi aku..suka aku la nak guna ikan apa kan hehehe. hubby OT. mak aku plak bwk 3 org anak aku pergi jamuan raya kat felda keratong. waktu aku balik tadi kaknah dgn 2 org anak dia ada temankan ain kat rumah mak. tgh dia sibuk2 bakar sampah aku tanya la kat umah dia ada lauk tak..kalo takde aku nak masak lebih. lgpun aku geram tgk ikan lolong tu beso2..dia kata masak la lebih so aku masakla 6 ekor ikan tu. asingkan sekor utk hubby aku je.
bila siap masak aku soh kaknah ajak laki dgn anak2 dia yg lain mkn kat umah mak je. x perlu la dia bwk balik lauk tu ke rumah dia. pas maghrib dorang dtg..dan mkn together2 hehe..ain siap tanya aku 'mummy masak lauk apa ni? sedap la' ahaks! ambik ko..sampai 5x dia tambah nasi. bukan senang budak ni nak mkn byk...(perasan masak sedap la ni hahaha)
oleh sebab peti sejuk umah mak aku tu byk ikan lagi..esok kena plan wat lauk apa lak. semalam dah wat ikan bakar..arini sweet n sour...esok...tgk la pada mood nak masak apa. yg penting bley dimkn..
Posted by manja-art01 at 7:56 PM 0 comments
Posted by manja-art01 at 10:08 AM 0 comments
Posted by manja-art01 at 9:33 AM 0 comments
Usiaku dah bertambah...alhamdulillah aku masih dpt menikmati kehidupan di samping insan-insan tersayang. birthday wish aku yg pertama aku dapat adalah daripada abg ali...terlebih advance sbb dia wish 2 hari sebelum tarikh sebenar. then tepat 12mn pada 24/7 sahabatku di seremban pun wish aku. ikutkan aku dah lena waktu tu...tgh tgk cite sumpah anjasmoro bley terlena lak hehehe. aku dikejutkan dengan bunyi telefon tanda ada mesej. bukak je tgk dr dia..tros segar semula mata ni.
waktu aku on fb..banyak birthday wish yang aku terima dari sahabat-sahabatku. agak terharu jugak ecewah..tapi x terbalas sbb asyraf dok mengacau je. around 10am darling aku pulak antar msg mengucapkan happy birthday dgn kata2 romantis ahaks! aku diingatkan tentang program bbq di lorong PU kami. dalam tgh hari jugak la baru aku pergi ke surau tu utk tolong apa-apa yang patut. byk mende yg dah dibuat..tunggu nak masak je.
sesambil masak tu sembang-sembang la dgn mafuzah, kak dahlia, ani, kak baini dan isteri izry. kak baini tanya arini ada acara potong2 kek ke? aku kata ada..sbb aku dah niat nak sambut bday anak ani..w/p lewat sebulan. citenye waktu isnin lepas dean ada wat mkn2 doyan kat umah dia. Ain anak ani ni tamo mkn sbb dia kata mak x bg..puas pujuk dia tamo gak..sudahnye aku tanya bday bulan ni kan? dia kata tak..dah lepas..bulan 6 tp mak x buat pun. aku terdiam tp aku faham..sebab ani x buat tu mesti ada kena mengena dgn ketiadaan arwah nizam. pasti terasa. jadi aku kata takpela..nanti waktu kita wat mkn2 kat surau tu..acik beli kek utk ain ye..dia angguk dan nampak gembira..pastu baru la nak mkn doyan.
kak baini tanya aku..sapa lagi yg sambut bday arini? aku saja la ckp..sayaaaa hahahah..then fuzah n dia tanya? ye ke? siyes? aku kata ye la..tp 2 hari..arini dgn esok..dorang mcm terpinga2..aku cite la mcm yg mak aku bitau aku tu..dorang gelak je. then bila tiba masa mkn..darling soh aku amik kek..dah ambil tu aku panggil ain dan ani..aku soh ani pegang tangan ain utk potong kek tu..then out of nowhere..kak baini pun bwk kek sebiji...anak izry pun bwk kek sebiji..aku kata..aik..byknye kek arini. aku biarkan dorang potong kek..aku keluar sambung mkn bbq. tetiba aida panggil aku..soh aku masuk ke dalam surau..ingatkan apa la yg penting sgt..rupanye..jeng jeng jeng..surpriseeeeeeeeeeeeee....sebiji kek tu tertulis 'HAPPY BIRTHDAY MILLY'..berbentuk hati. aku x pk lain..mesti daripada darling aku ni..aku pandang dia...dia senyum2 je. then budak2 dok menjerit soh aku potong kek sambil nyanyikan lagu happy birthday utk aku...hampir nangis..tp x nangis pun..kang spoil mood je kan hahaha. pas potong2 kek aku keluar semula sambung mkn.
majlis bbq tu tergendala sbb tetiba ujan turun..bergegas la kami mengangkat barang2 masuk ke dlm surau. kak baini minta teruskan sbb dia kena antar anak dia balik ke rompin. aku dan isteri izzry tolong kemas apa2 yang patut n tinggalkan dlm surau tu..sbb nanti bila ujan dah berhenti sesapa yg nak sambung membakar boleh la buat demikian. aku kalo ujan ni mudah nak kena chest pain..so lepas ambil bekalan sikit utk diberikan pada mak aku...aku balik ke rumah. sesekali aku tanya ammar..ada org masak2 lagi ke..dia kata ada...ye la maunye tak..daging/ayam/sotong/kentang byk lagi yg x dibakar..tp aku dah surrender..x muat prot dah nak masuk hehe. dada plak sakit so x dpt la nak gi membantu dah. layan la gambar-gambar kat bwh ni ye.
Posted by manja-art01 at 8:48 AM 0 comments