CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 20, 2012

toing toing toing



Kerenah asyraaf ni saban hari buat kami makin geram n suka....ntah aku pun tatau nak rasa apa haha.


kisahnye 2 hari yang lalu waktu aku, hubby n the kids tgh solat maghrib berjemaah, asyraaf ni dok lalu lalang depan aku. aku x kisah la sbb biasala budak kan..as long as dia x tarik telekung aku or kakak2 dia.


pas abis solat waktu nak doa tu..tetiba hubby aku gelak..aku tanya la apsal..dia kata dia dgr waktu asyraaf lalu lalang dpn aku tu dia dok sebut toing toing toing..apa lagi satu rumah la ketawa hahaha..asyraaf lak tau org ckp pasal dia tros terkam daddy dia n jerit 'daddy niiiiiiii' sambil tumbuk2 manja. aku ckp kat hubby haaaa nampak sgt abg x kusyuk solat..sampai leh dengar apa yg asyraaf ckp tu' dah gelak balik. si asyraaf ni plak..kalo org soh solat alasan dia..'ayap xyah solat sbb ayap kecik lagi' pandaiiiiiii je jawab..tp kalo kita x suruh..dia wat sendiri siap pesan jgn ganggu dia hahaha.


hai asyraaf..sib baik la ko takde adik...kalo ada adik...mau diajak berjemaah toing toing toing jugak tu hehehehehe

Monday, December 5, 2011

dah nak kena

driver tow truck sedang membetulkan kedudukan tayar yang agak 'parah'


operasi utk menarik sedang dijalankan





lengan kanan



peha kiri




nak jadi cite sabtu lepas aku patut ada latihan futsal. waktu nak pegi tu asyraaf beria nak ikut tapi aku x bagi. aku tinggalkan dia dan pegi sorang diri. ntah mcm mana..waktu membelok ke selekoh kiri lepas JPJ tetiba pandanganku gelap. aku sedar je kepala aku dah terhantuk dekat stereng kereta dan badan aku tertolak ke belakang. aku tgk kereta dah atas divider jalan. agak tinggi divider tu. aku cuba start kereta..boleh..tp nak turunkan dari divider tu x boleh. tersekat akibat divider yang tinggi. dalam terketar2 aku mencari telefon. keadaan dlm keta toksah ckp la mmg dah berterabur. air yg aku bawa pun habis tumpah. kepala aku dah mula berdenyut dan aku mula rasa sakit dekat kaki belah kiri dan tangan belah kanan.


dengan terketar2..aku telefon hubby ' help me....ayg eksiden' hubby menjerit terperanjat..aku bitau kat mana dan x lama kemudian dia sampai. sementara tunggu dia sampai tu aku perhatikan org yg lalu lalang wat derk je. yg gelak2 pun ada...sabar je la. bila hubby sampai aku blur nak tepon bengkel mana utk tarik kereta tu..dia cuba telefon sorang mekanik tempat dia selalu antar keta tu tp org tu leh tanya plak nak claim insurans ke..ada ke soklan tu yg ditanya. hubby kata tanak sbb ncr dah byk sgt..lgpun mcm x baloi je nak claim insurans. org tu kata dia xleh dtg. aku minta no telefon bengkel dr kawan aku..tp ntah celcom bangang ke apa ke..msg yg dia hantar sampai ke hari ini aku x terima. aku cuba belek2 purse aku...alhamdulillah..ada namecard workshop yang pernah org beri pada aku waktu keta lama aku eksiden dulu. hubby aku telefon dan dlm 15 min tow truck dtg.


aku nak ucapkan terima kasih pada sahabat aku kak ani, matpet dan fakhir yang singgah di tempat kejadian. paling tak terhingga pada matpet la sbb dia stay kat situ sampai tow truck tu tarik keta (walaupun ko x baca blog aku ni aku nak ucapkan tq gak) minggu ni..kena sewa keta yan la nampaknye. hopefully keta tu cepatla setel. ntah baper kos..nanti kena la pegi tgk. keadaan aku? balik dr situ aku cek kat bdn aku dah mula timbul lebam2. kepala dah benjol n sakit muka sebelah kanan. hubby aku urutkan skit2 tp dia risau..takut ada darah beku kat kepala..aku cuma kata insya allah takde apa2 (till now paler aku sakit sgt tp tanak risaukan dia). aku cuba bergurau dgnnya....nampaknye duit kutu aku abis kat keta la...plan nak beli lampu dgn kipas utk rumah kat kuantan..goes down the drain ...sob sob









Tuesday, November 22, 2011

gantirugi

file2 kat belakang tu abaikan la ye





mesti korang tertanya2 apa tu kan. kisahnye kat pantri canselori ni aku n kengkawan kat sini ada la beli barang utk letak kat pantri tu. kadang ada yg wat collection or ada yg beli sendiri letak kat situ. ntah camne ada barang yang diletakkan disitu hilang tanpa diketahui sapa yg guna. bila tanya member2 kat sini sumer tatau so buat la aduan pada keselamatan. ketua dia dtg cek dan kata akan bg gantirugi kalau nak. member aku kata x payah la cuma make sure x jadi lagi. dia ada ckp kat aku utk kunci pantri tu. aku kata no use sbb security ada masterkey. so utk keselamatan kekonon la..aku taruk kopi 3in1 kat meja aku n kwn aku tu pun taruk kat meja dia..dgn harapan x kan hilang lg la.

selepas 1.5 bulan...kejadian hilang tu berlaku lagi..yg aku x puas ati tu sbb org tu ambik kat meja aku ni ha. berani betul dia..dah tgk takde kat pantry dia gi cari kat meja plak. aku apa lagi mmg x dpt tahan sabo aku tros la majukan emel pada ketua security dan pengurus sumber manusia kat sini. member aku kata buat je..n tgk apa tindakan mereka. dan2 hari tu dorang ajak tgk cctv utk mengesan sapa punya angkara tapi aku keluar pulak so x dpt la tgk cctv tu. ptg tu pengurus sumber manusia dtg jumpa aku plak tanya lebih lanjut..aku cite la from A-Z. dia pun agak mesti keje security ni sbb dorang keje waktu malam. org lain mana nak dtg opis sbb waktu tu pintu kunci..security je yg ada kunci.

hari ini...waktu aku sampai ke meja..aku tgk ada satu bungkusan kat bwh meja aku. aku pk apa ke benda la ni. sekali aku cek amik kooooo. dgn biskut 2 jenis, kopi 3in1, kopi campuran dan nestum 3in1 ada dlm plastik tu. kira gantirugi la drpd org yang mengambil barang aku tanpa kebenaran tu. takde plak dia tulis maaf ke or sapa punya keje tu. aku cite kat laki aku dgn member aku dorang bantai gelak je..dlm ati pk..sian la pulak. member aku siap berseloroh 'jgn dia dah ganti balik tu kang dendiam dia ambik balik' hahaha sabo je la. laki aku plak pesan simpan dlm pantri tu..kunci ye..aku kata..tgk la pasni..jadi lg ke tak kejadian ni. kalo jadi jugak..mmg aku ngadap TNC tros la jwbnye

Monday, November 21, 2011

convo taski al hira'



pagi semalam bertempat di dewan sek. men. teknik muadzam shah telah diadakan majlis convo untuk pelajar taski al hira'. ikutkan surat majlis start 8.15. tp aku pegi 9.15 haha. sampai je tros antar ammar pada cikgu dia. n persembahan dr pelajar 4 tahun sedang berlangsung. sungguh cute budak2 tu bernasyid. x lama lepas tu ammar pun buat persembahan. di sini aku sertakan video persembahan ammar yang menceritakan tentang 10 malaikat dan tugasnya.






tak lama lepas persembahan dia ada persembahan dari pelajar yang lain. aku sempat rakam tang azan je. waktu solat aku x rakam sbb mcm lmbt je.





yang cute waktu solat tu imam lupa nak baca qunut dia tros sujud. makmum yg lain nampak dia sujud ikutla kecuali 4 org makmum yg terpingga2 angkat tangan nak baca qunut. sorang dr makmum tu yg azan tu dok goncang2 imam kata 'hey baca qunut dulu la' imam plak bgn terpingga2 garu kepala..baru baca qunut. gamat dewan tu hahaha.


lepas abis semua persembahan baru disampaikan cenderahati pada pelajar 4-5 thn dan utk 6 thn diberikan sijil dan cenderahati yang lain. majlis abis around 11.30am camtu. balik umah rehat jap dlm kul 1.40 pegi kenduri kawen.





dia lak yg betulkan tangan ammar



senyum terpaksa


tah apa yg dia sembangkan tu


baca sendiri



Monday, November 14, 2011

majlis perkahwinan elly

pada hari semalam aku pergi menghadiri majlis perkahwinan elly. sahabat baik arwah adik aku. mak aku kata dorang ni related dgn family aku juga..aku difahamkan suami elly muda 9 tahun dari dia..pergh!!! jenuh nak menjaga tu hahaha. majlis pernikahan diadakan di kampung elly. pada hari sabtu malam diadakan tahlil di rumah muadzam. dan majlis bersanding serta kenduri diadakan di dewan besar DARA. bley la dikatakan grand tp x ramai sgt yang hadir. mungkin dia jemput x ramai org kot. apa pun..layan la gambar ni ye.


makin montel budak elly ni aku tgk



sama cantik n sama padan tak? hiks!



berebut2 org nak amik gambar waktu ni






cun tak cun tak








majlis khatam quran KAMUS

pada Sabtu 12 November yang lalu telah diadakan Mesyuarat Agung kali ke 27 di KAMUS sekali dengan penyampaian hadiah pelajar cemerlang dan majlis khatam quran. aku pegi sbb aida terpilih utk khatam quran jugak. bapak lama kena tunggu situ..dari pukul 8.30 pagi sampai 4pm. gilos penat tunggu. tp untuk anak punya pasal kan..pegi la jugak..mood menulis takde so layan gambar je la


aida n teman b4 khatam



menunggu di surau KAMUS


majlis khatam bermula



khusyu'nya dia



ambik napas dulu



tgk gambo tu..gegara dia la majlis lmbt abis



selepas khatam..doa beramai2 (82 org pelajar yg khatam)


jengjengjeng....dpt lucky draw..x sia2 aku pegi



tadaaaaa....2 biji candy jar dengan dulang..berat siottttt


Tuesday, October 18, 2011

betik oh betik




lately ni aku suka betul makan betik. nak plak betik kat umah mak aku tu manis. tgk je la gambar pokok betik tu..lebat kemain lagi buah dia..ada lagi 3 pokok tp buah dia x byk mcm pokok ni w/p beso2..aku ckp kat hubby amik gambo pokok yg ni je la sbb buah lebat hehe. yg best mkn betik ni ia membantu melawaskan pembuangan apa-apa yang patut..pastu khasiat byk wooo..x caya tanya doktor zul sharif tu ahaks!. oleh sebab kat sini nak dpt buah yang lain kena tunggu hari sabtu..aku mkn betik je la. mak aku plak mmg tau aku antu betik so pantang tgk betik masak..mesti petik dan potong siap buang kulit utk aku hehehe..jgn jeles..bukan aku yg soh dia wat sumer tu ye..dia yg nak wat sendiri.

balik ni...cari betik lagi