CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 19, 2008

Big Cleaning Day

16/12 yang lalu ada gotong royong besar-besaran di kedua-dua kampus KSHAS dan Putrajaya. Aritu aku take over tugas makcik cleaner..cuci jamban dgn lap cermin wakaka..tp cuci tetap cuci..time amik gambo posing tetap posing gak wakakakak. ada gaya cleaner tak? hiks!



Perhimpunan QMEA



gambar sekitar majlis perhimpunan QMEA...before majlis gotong royong besar-besaran. perhimpunan ni pada 11/12 yg lalu..yg best bila ada mende2 mcm ni bekpes free ahaks!

Sunday, December 14, 2008

majlis perkahwinan jue dan waty



majlis perkahwinan berlangsung dari 12/12/2008 - 14/12/2008. Jumaat malam sabtu majlis pernikahan Jue. Tengah hari Sabtu majlis pernikahan Waty dan pada malamnya pula majlis berinai. Kenduri besar pada 14/12/2008.

Tuesday, December 9, 2008

percutian di kl






Bersempena cuti sekolah aku dan suami bawa anak-anakku bercuti di kl sewaktu nak menghadiri majlis perkahwinan ima. tempat yg aku lawati menara kl dan petrosains klcc. it's more on hadiah atas kecemerlangan aida dalam final exam dan pencapaian tahun satu keseluruhan. yang tak dpt dilupa kat petrosains tu je kitorang spend 5 jam wakakakaka..punya la lama sbb rasa mcm byk sgt benda yg nak dilihat n dibelek hiks!. lagi satu yg x leh dilupakan waktu bekpes kat delifrance..tula bekpes paling mahal dlm hidup aku. yela yg makannye cuma aku,suami dan aida..ammar dan ain minum hot choc je..utk tiap hidangan kami bertiga dah rm10.20 sorang bila total up sumer sekali haaa amik ko jumlah dia RM60/-. aku ckp kat suami..ni la bekpes kita paling mahal sepanjang kawen n ada anak2 ni wakakakaka. pasni takdela nak bekpes tempat mcm tu dah. rabak gak wallet aku kang hehehehe.

majlis perkahwinan ima dan ady






pada 6/12/2008 yg lalu berlangsungnya majlis perkahwinan adik angkatku yg kuanggap seperti adik kandung iaitu ima dan kekasih tersayang ady. di sini aku sertakan gambar sekitar majlis perkahwinan tersebut. gembira dan syahdu rasanya...bak melepaskan anak perempuan sendiri berkahwin huhuhu.
selamat pengantin baru kepada ima & ady. semoga kekal hingga ke anak cucu..aminnnn

Monday, November 24, 2008

sukaneka SKBR




8 November 2008 yang lalu bertempat di Sek. Keb. Bukit Ridan berlangsungnya sukaneka untuk murid-murid tahun 1-5. Aida masuk acara bawa bola dalam sudu. Oleh sebab dia tinggi dia org last sekali dlm pasukan. Dan oleh sebab peserta awal pun dah lambat..pasukan dia dapat nombor 4 hehe..tp no hal la dlm sukan tu sumer orang balik dengan hadiah. takde yang balik dengan tangan kosong.

Sunday, October 26, 2008

selamat hari raya aidilfitri



rasanya belum terlewat lg aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri sbb syawal tak abis lagi hehe. raya tahun ni disambut kurang meriah seperti tahun-tahun sebelumnya kerana kakak sulungku meninggal tanggal 2 ogos 2008 yang lalu. waktu tu aku dalam pantang lagi. walaubagaimana pun aku dan adik beradik yang lain cuba juga buat yang terbaik agar ibuku tidak merasa terlalu sedih dengan ketiadaan kakakku di hari raya ini. seperti biasa raya pertama aku dan family beraya di rumah mak dan berjalan di rumah saudara mara sekitar muadzam ni. malamnya aku terus bertolak ke jementah, segamat rumah abang iparku kerana sudah berjanji untuk berkonvoi bersama-sama ke tangkak dan seterusnya ke bangi melawat ibu saudaranya yang kurang sihat. balik dr bangi kedua2 abang iparku dan family masing2 bertolak ke muar tapi aku dan suami kepenatan..kami tidak turut serta..dlm penat tu aku minta juga suamiku melencong ke nilai hehehehe..oleh kerana mengantuk yg amat kami berhenti rehat sebentar di restoran jejantas. kat situ la kaki aku terpelecot skit. Raya ketiga ingatkan nak ke muar tapi kensel lagi sebab abg sulung suamiku buat open house dan dah berjanji kesemua adik beradiknye utk bertolak ke kampung saudaranya. punya la ramai orang kat situ..buat koleksi duit raya lagi anak-anak aku wakakaka..
Pada raya keempat barula aku dan family dapat pergi ke muar. tapi yang tak tahan tu sebelum aku keluar dari rumah 5x keluar masuk toilet sbb sakit prot hahahaha. sepanjang perjalanan ke muar tu pun mula2 berhenti dekat shell sagil..kemudian berhenti dekat shell tangkak..baru 3 min masuk kereta berhenti dekat tandas awam tangkak pulak hahahaha. sbb kesian dgn aku suamiku membeli susu untukku minum..barula ok skit. gara-gara sakit prot ni aku terpaksa membatalkan niatku utk singgah ke rumah adik waktu nak balik ke rumah mak. sampai rumah pun dah tengah malam camne nak singgah. di sini aku sertakan gambar sekitar raya hari tu.

Thursday, October 16, 2008

testing


wahaa..ni first time nak menulis blog ni. mintak kapten buatkan ada je alasan dia..so aku wat sendiri je la hehehe. nothing to write sgt ni saja ngetest je. kalo ok nanti mmg aku byk spend masa kat sini je la pastu penuhkan dgn gambo anak2 aku ahaks! ni gambo bb asyraaf. umo baru 3 bulan. tu dia tgh gelak aku snap gambo dia ahaks! comey tak? comey tak? comey kan? comey sangat2..mcm mummy dia hehehe.