CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 9, 2011

Tahajjud Cinta


semalam seperti biasa aku pergi ke rumah mak aku. tgk kakak aku yg dlm pantang tu demam pulak. sian dia..ada laki dah tau bini demam wat tatau je. anak2 dia yg beso2 plak kena arah dulu baru nak picit2 mak dia..kalau tak tau gaduh je sesama sendiri. aku faham keadaan orang yg demam dlm pantang ni..tensen woooo..nak layan baby lagi..pastu dgn kerenah anak2 yg lain lagi. mmg x larat sgt aku tgk dia. aku bukak peti sejuk n nampak ikan jaket..aku masak je la utk dia..buat ikan bakar, sawi masak air n buat air asam. apa2 aku soh kakak aku mkn dulu..jgn bg perut kosong. dlm hati aku mmg nyumpah laki dia..x jenguk pun bini yg x sihat tu. anak dia bitau ayah dorang ada kat umah tido...hampeh punya laki. ok enuff with kutuk2.

dalam pukul 8pm waktu aku tgh syok melayan cite oh! my lady kat animax ada org datang jemput mak aku utk pergi mengurut. mak aku minta aku temankan kakak aku sementara. abis je cite tu aku tukar ke tv3 sbb kul 9pm ada cite baru kat slot zehra>>>>>tahajjud cinta. baca sinopsis dia mcm best je so teruja la nak tgk. waktu tgk tu waaaa not bad...for a first episod. cite ni ada 13 episod. nampak gayanya every friday nite mmg aku melekat kat dpn tv layan cite ni je la (bulan pose camne? x tarawih ke?) di bawah ni aku sertakan sedikit sinopsis cite ni..pada sesapa yg x tgk lg la:

'Tahajjud Cinta' mengisahkan tentang pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri (Tan Sri Jins Samsuddin & Azizah Mahzan) yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi. Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.

Perjalanan hidup mereka mula dihujani dengan pelbagai dugaan dan tekanan hebat setelah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di Malaysia. Sekembali di Malaysia, ibu bapa Citra sangat terkejut dengan perubahan dan kelulusan yang diperolehinya. Begitu kecewa dengan tindakan Citra, ibu bapanya tidak merestui Citra yang berazam untuk meneruskan impiannya sebagai seorang peguam Syariah.

Namun, segalanya berubah apabila kakaknya, Emelda (Tiz Zakiah) terseksa akibat keganasan yang dilakukan oleh suaminya (Heryanto). Melihat kesungguhan Citra membela Emelda daripada penindasan suaminya, ibu bapa Citra akhirnya merestui perjuangannya.

Berlainan pula dengan nasib Seri, di mana dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai peguam Syariah. Di atas permintaan bapanya (Ahmad Tarmimi), Seri dipaksa bernikah dengan Ustaz Shauki (Eman Manan) yang selama ini telah membiayai pengajiannya Seri di luar negara. Malangnya, Seri menjadi mangsa deraan Ustaz Shauki yang sudah mempunyai 3 orang isteri (Eirma Fatima, Melissa Saila & Dira Abu Zahar). Seri juga terpaksa melupakan cintanya terhadap Solohudin (Remy Ishak), anak kepada Ustaz Shauki.

Situasi ini juga menghiris perasaan ketiga-tiga isteri Ustaz Shauki yang juga sangat cemburu terhadap Seri. Walaupun terseksa, demi keluarga Seri tetap tabah dan redha meneruskan hidup, jauh dari cita-citanya yang ingin berjaya sebagai seorang peguam Syariah. Akan tetapi, situasi bakal berubah apabila munculnya Armani (Neelofa).

aku copy sinopsis ni kat satu blog. cuma ada yg aku kompius skit la dgn sinopsis ni. dlm ni dia kata nanti seri kawen dgn ustaz shauki tu. tp setau aku..yg aku tgk cite smlm ustaz tu dah ada isteri 4 org..ada ke yg kena cerai nanti utk membolehkan ustaz tu kawen dgn seri ni? only time will tell..kena tunggu je la kan episod seterusnya. aku agak mesti si fazura dgn fauziah ghous tu amik masa yg agak lama utk belajar bahasa arab...sbb tgk dorang ckp mlm tadi pun mcm susah je heheeh..neway good effort w/p lmbt...anything utk berlakon kan. tahniah eirma (tambah huruf i plak ek) atas penghasilan cerita ini.