CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 7, 2010

Happy Birthday my Love

Tanggal 6 Julai 2010 merupakan birthday ke 41 hubby tersayang. aku menahan diri dari pagi from wishing him happy birthday. wat bodo n wat2 x ingat je sbb nak tgk reaksi dia. the day before aku dah belikan hard paper bunga2 utk anak2 aku buat b'day card utk hubby. aku je x buat hehehe. anak2 aku mmg galak betul buat bday card tu. malam 5/7 tu waktu hubby sedang menjamu selera ammar bley plak pecah lobang kat hubby bitau yang dia dah sediakan bday kad utk daddynya. aku dlm umah ckp 'aisey..pecah lobang plak budak ni..luku kang baru tau' tatau la reaksi hubby waktu tu sbb dia kat dapur.

tgh hari semalam sambil2 sembang dgn member aku..dia tanya takde nak buat apa2 ke..aku kata tgk la kalo rajin hehe..oleh kerana dia pun free aku ajak dia keluar pegi beli kek. setelah puas berkira-kira nak beli kek mana..pilih yg tu yg ni..akhirnye aku beli la kek yg comel mcm gambo kat atas tu (size je sama..rupa kek lain ye). atasnye aku tulis '2 U Abang 41' dan letak lilin sebatang. aku tros bawak balik ke rumah dan sorok di bilik belakang supaya hubby x jumpa. hadiah untuknye dah lama aku sediakan so takde masalah la bab tu.

ptgnye waktu jemput anak2 balik dr kamus..ain pula bertanya pada hubby 'daddy..x buat apa2 ke majlis utk bday daddy ni' hubby dgn toya jwb 'takde org nak beli kek kat daddy..takde org nak wish kat daddy' dlm hati aku mmg gelak guling2 la hehehe. aku wat-wat x dgr je ckp dia waktu tu..then dia sambung 'hmmm i wonder....did u forget' lagi la aku nak gelak hahaha. aku singgah di rumah mak kejap je sbb ada latihan netball kul 6pm kat Ilmiah..biarkan hubby ternanti2 dgn kekecewaan kat rumah ahaks! dlm 7.20pm aku sampai rumah mak tros balik dgn ain, ammar dan asyraaf sbb budak2 tu nak pegi mengaji. mood hubby nampak agak teruk mlm tu..nak marah je..agaknye sbb pk aku lupakan bday dia kot..sian budak2 tu..wat silap skit pun kena marah..sudahnye aku bwk budak2 tu balik umah mak n stay sampai 10.45. mulanye aku ingat nak stay sampai 11.30 tp sbb risau asyraaf tido nanti susah plak nak bwk balik aku balik je la pas abis cite Vampire Diaries.

waktu aku tiba kat umah hubby tgh ngadap lappy sambil tgk ncis LA. aku masih buat2 x ingat bday dia sbb menanti waktu yang sesuai. pas dia puas ngadap lappy dia gi isya' then isap rokok..gosok baju..kuar masuk bilik keje dia..aku ketawa kecil tanpa dia sedari hehe..lg 1o minit kul 12 midnite dia keluar lagi utk merokok..waktu tu la aku ambil peluang utk mengeluarkan kek yg aku beli, nyalakan lilin dan hadiah untuknye. 2 minit b4 12 midnite..aku buka pintu dapur dan menyanyikan lagu happy birthday sambil membawa kek persis gambar di atas. terkejut hubby dengan tindakan aku. lepas aku habis nyanyikan lagu..aku bisik pada hubby 'i never forget' hubby menangis dgn tindakan aku tu..sambil berdoa then meniup lilin..dia x habis2 ucapkan TQ. pelukannya erat sekali (ala jiwang la pulak). dia tanya mana beli kek ni? bila beli? aku ketawa kecil je n kata x perlu tau..mkn je la. dia potong kek dan beri potongan yg pertama pada aku...then aku hulurkan hadiah utknye. again dia terkejut dgn hadiah yg di beri. wallet BONIA as his present. dia kata watpe la susah2 membazir beli barang mahal utk abg ni. aku senyum je. dia tanya jugak bila beli? tatau pun? sapa bagi? isy byk plak soklan. org dah bg tu guna je la. then dia ckp "apa yg abg nak bg kat ayg ek..isy x gaji lg plak tu"..aku senyum je hehehe lepas kami sembang2 kat belakang tu..masuk dlm rumah..sbb masa dah menunjukkan 12.45mn.

pagi ni...dgn rasminya dia menggunakan hadiah dia tu. sekali lagi dia mengucapkan terima kasih pada aku....sesungguhnye... I Never Forget....saja nak tgk reaksi je hiks!