CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 5, 2011

dah nak kena

driver tow truck sedang membetulkan kedudukan tayar yang agak 'parah'


operasi utk menarik sedang dijalankan





lengan kanan



peha kiri




nak jadi cite sabtu lepas aku patut ada latihan futsal. waktu nak pegi tu asyraaf beria nak ikut tapi aku x bagi. aku tinggalkan dia dan pegi sorang diri. ntah mcm mana..waktu membelok ke selekoh kiri lepas JPJ tetiba pandanganku gelap. aku sedar je kepala aku dah terhantuk dekat stereng kereta dan badan aku tertolak ke belakang. aku tgk kereta dah atas divider jalan. agak tinggi divider tu. aku cuba start kereta..boleh..tp nak turunkan dari divider tu x boleh. tersekat akibat divider yang tinggi. dalam terketar2 aku mencari telefon. keadaan dlm keta toksah ckp la mmg dah berterabur. air yg aku bawa pun habis tumpah. kepala aku dah mula berdenyut dan aku mula rasa sakit dekat kaki belah kiri dan tangan belah kanan.


dengan terketar2..aku telefon hubby ' help me....ayg eksiden' hubby menjerit terperanjat..aku bitau kat mana dan x lama kemudian dia sampai. sementara tunggu dia sampai tu aku perhatikan org yg lalu lalang wat derk je. yg gelak2 pun ada...sabar je la. bila hubby sampai aku blur nak tepon bengkel mana utk tarik kereta tu..dia cuba telefon sorang mekanik tempat dia selalu antar keta tu tp org tu leh tanya plak nak claim insurans ke..ada ke soklan tu yg ditanya. hubby kata tanak sbb ncr dah byk sgt..lgpun mcm x baloi je nak claim insurans. org tu kata dia xleh dtg. aku minta no telefon bengkel dr kawan aku..tp ntah celcom bangang ke apa ke..msg yg dia hantar sampai ke hari ini aku x terima. aku cuba belek2 purse aku...alhamdulillah..ada namecard workshop yang pernah org beri pada aku waktu keta lama aku eksiden dulu. hubby aku telefon dan dlm 15 min tow truck dtg.


aku nak ucapkan terima kasih pada sahabat aku kak ani, matpet dan fakhir yang singgah di tempat kejadian. paling tak terhingga pada matpet la sbb dia stay kat situ sampai tow truck tu tarik keta (walaupun ko x baca blog aku ni aku nak ucapkan tq gak) minggu ni..kena sewa keta yan la nampaknye. hopefully keta tu cepatla setel. ntah baper kos..nanti kena la pegi tgk. keadaan aku? balik dr situ aku cek kat bdn aku dah mula timbul lebam2. kepala dah benjol n sakit muka sebelah kanan. hubby aku urutkan skit2 tp dia risau..takut ada darah beku kat kepala..aku cuma kata insya allah takde apa2 (till now paler aku sakit sgt tp tanak risaukan dia). aku cuba bergurau dgnnya....nampaknye duit kutu aku abis kat keta la...plan nak beli lampu dgn kipas utk rumah kat kuantan..goes down the drain ...sob sob









Tuesday, November 22, 2011

gantirugi

file2 kat belakang tu abaikan la ye





mesti korang tertanya2 apa tu kan. kisahnye kat pantri canselori ni aku n kengkawan kat sini ada la beli barang utk letak kat pantri tu. kadang ada yg wat collection or ada yg beli sendiri letak kat situ. ntah camne ada barang yang diletakkan disitu hilang tanpa diketahui sapa yg guna. bila tanya member2 kat sini sumer tatau so buat la aduan pada keselamatan. ketua dia dtg cek dan kata akan bg gantirugi kalau nak. member aku kata x payah la cuma make sure x jadi lagi. dia ada ckp kat aku utk kunci pantri tu. aku kata no use sbb security ada masterkey. so utk keselamatan kekonon la..aku taruk kopi 3in1 kat meja aku n kwn aku tu pun taruk kat meja dia..dgn harapan x kan hilang lg la.

selepas 1.5 bulan...kejadian hilang tu berlaku lagi..yg aku x puas ati tu sbb org tu ambik kat meja aku ni ha. berani betul dia..dah tgk takde kat pantry dia gi cari kat meja plak. aku apa lagi mmg x dpt tahan sabo aku tros la majukan emel pada ketua security dan pengurus sumber manusia kat sini. member aku kata buat je..n tgk apa tindakan mereka. dan2 hari tu dorang ajak tgk cctv utk mengesan sapa punya angkara tapi aku keluar pulak so x dpt la tgk cctv tu. ptg tu pengurus sumber manusia dtg jumpa aku plak tanya lebih lanjut..aku cite la from A-Z. dia pun agak mesti keje security ni sbb dorang keje waktu malam. org lain mana nak dtg opis sbb waktu tu pintu kunci..security je yg ada kunci.

hari ini...waktu aku sampai ke meja..aku tgk ada satu bungkusan kat bwh meja aku. aku pk apa ke benda la ni. sekali aku cek amik kooooo. dgn biskut 2 jenis, kopi 3in1, kopi campuran dan nestum 3in1 ada dlm plastik tu. kira gantirugi la drpd org yang mengambil barang aku tanpa kebenaran tu. takde plak dia tulis maaf ke or sapa punya keje tu. aku cite kat laki aku dgn member aku dorang bantai gelak je..dlm ati pk..sian la pulak. member aku siap berseloroh 'jgn dia dah ganti balik tu kang dendiam dia ambik balik' hahaha sabo je la. laki aku plak pesan simpan dlm pantri tu..kunci ye..aku kata..tgk la pasni..jadi lg ke tak kejadian ni. kalo jadi jugak..mmg aku ngadap TNC tros la jwbnye

Monday, November 21, 2011

convo taski al hira'



pagi semalam bertempat di dewan sek. men. teknik muadzam shah telah diadakan majlis convo untuk pelajar taski al hira'. ikutkan surat majlis start 8.15. tp aku pegi 9.15 haha. sampai je tros antar ammar pada cikgu dia. n persembahan dr pelajar 4 tahun sedang berlangsung. sungguh cute budak2 tu bernasyid. x lama lepas tu ammar pun buat persembahan. di sini aku sertakan video persembahan ammar yang menceritakan tentang 10 malaikat dan tugasnya.



video



tak lama lepas persembahan dia ada persembahan dari pelajar yang lain. aku sempat rakam tang azan je. waktu solat aku x rakam sbb mcm lmbt je.


video




yang cute waktu solat tu imam lupa nak baca qunut dia tros sujud. makmum yg lain nampak dia sujud ikutla kecuali 4 org makmum yg terpingga2 angkat tangan nak baca qunut. sorang dr makmum tu yg azan tu dok goncang2 imam kata 'hey baca qunut dulu la' imam plak bgn terpingga2 garu kepala..baru baca qunut. gamat dewan tu hahaha.


lepas abis semua persembahan baru disampaikan cenderahati pada pelajar 4-5 thn dan utk 6 thn diberikan sijil dan cenderahati yang lain. majlis abis around 11.30am camtu. balik umah rehat jap dlm kul 1.40 pegi kenduri kawen.





dia lak yg betulkan tangan ammar



senyum terpaksa


tah apa yg dia sembangkan tu


baca sendiri



Monday, November 14, 2011

majlis perkahwinan elly

pada hari semalam aku pergi menghadiri majlis perkahwinan elly. sahabat baik arwah adik aku. mak aku kata dorang ni related dgn family aku juga..aku difahamkan suami elly muda 9 tahun dari dia..pergh!!! jenuh nak menjaga tu hahaha. majlis pernikahan diadakan di kampung elly. pada hari sabtu malam diadakan tahlil di rumah muadzam. dan majlis bersanding serta kenduri diadakan di dewan besar DARA. bley la dikatakan grand tp x ramai sgt yang hadir. mungkin dia jemput x ramai org kot. apa pun..layan la gambar ni ye.


makin montel budak elly ni aku tgk



sama cantik n sama padan tak? hiks!



berebut2 org nak amik gambar waktu ni






cun tak cun tak








majlis khatam quran KAMUS

pada Sabtu 12 November yang lalu telah diadakan Mesyuarat Agung kali ke 27 di KAMUS sekali dengan penyampaian hadiah pelajar cemerlang dan majlis khatam quran. aku pegi sbb aida terpilih utk khatam quran jugak. bapak lama kena tunggu situ..dari pukul 8.30 pagi sampai 4pm. gilos penat tunggu. tp untuk anak punya pasal kan..pegi la jugak..mood menulis takde so layan gambar je la


aida n teman b4 khatam



menunggu di surau KAMUS


majlis khatam bermula



khusyu'nya dia



ambik napas dulu



tgk gambo tu..gegara dia la majlis lmbt abis



selepas khatam..doa beramai2 (82 org pelajar yg khatam)


jengjengjeng....dpt lucky draw..x sia2 aku pegi



tadaaaaa....2 biji candy jar dengan dulang..berat siottttt


Tuesday, October 18, 2011

betik oh betik




lately ni aku suka betul makan betik. nak plak betik kat umah mak aku tu manis. tgk je la gambar pokok betik tu..lebat kemain lagi buah dia..ada lagi 3 pokok tp buah dia x byk mcm pokok ni w/p beso2..aku ckp kat hubby amik gambo pokok yg ni je la sbb buah lebat hehe. yg best mkn betik ni ia membantu melawaskan pembuangan apa-apa yang patut..pastu khasiat byk wooo..x caya tanya doktor zul sharif tu ahaks!. oleh sebab kat sini nak dpt buah yang lain kena tunggu hari sabtu..aku mkn betik je la. mak aku plak mmg tau aku antu betik so pantang tgk betik masak..mesti petik dan potong siap buang kulit utk aku hehehe..jgn jeles..bukan aku yg soh dia wat sumer tu ye..dia yg nak wat sendiri.

balik ni...cari betik lagi




Monday, October 17, 2011

majlis doa selamat untuk dekan

pada hari jumaat 14/10/11 yang lalu aku dan member2 kat canselori ni berpakat utk buat makan-makan bagi meraikan bos aku yang akan menunaikan haji pada 26/10 ni. mende yg dirancang dlm masa 2 hari je. lgpun aku ckp wat sesama kita je..x perlu buat ramai2. kang pening paler lak haha. setelah berbincang kami memutuskan utk buat secara potluck. malas nak collect2 duit ni sbb kalo collect bukan sumer nak bayo pun hiks!. org yg dijemput pun admin COBA je. petang khamis tu aku pun anto la emel pada budak2 admin COBA menyuarakan plan aku ni. memasing pun ckp la nak bwk apa utk dimkn tu. aku dah cop nak wat nasi lemak dgn kek batik. yg lain ada wat puding..ada wat sup sarang burung..ada wat kuih, mee goreng dan dadih.


balik keje tu aku tak beli barang lagi sbb ada game futsal. amik ko lama sgt tak training padan muka kena belasah dgn student..tp stil fun. balik dr futsal baru aku pegi beli barang utk masak tu. mlm tu aku tros buat kek batik. the very the simple punya resepi. pagi jumaat aku bangun kul 5 pagi n tros siapkan bahan utk wat nasi lemak. risau gak nasi lemak kang termentah ke terlembik ke..alhamdulillah it turn out fine. aku tinggalkan kat umah skit dan bwk satu tupperware beso utk mkn dlm 15 org.


sampai opis je aku dgr dekan tgh ckp dgn opisboy minta dia pegi pasar belikan nasi lemak dan laksa. aku ckp isy xleh jadi ni..kang membazir lak. aku tros panggil opisboy aku n bitau dia rancangan aku dan kengkawan lain. then aku jumpa dekan dan bitau hal yg sama. dia pk kami x buat mkn2 kot tu yg dia nak buat..w/p simple hehe. aku kata jgn bimbang la..kompom cukup makanan tu nanti. nampak terharu je dia. around 9am gitu kengkawan lain pun sampai. pas wanda berikan ucapan diikuti hj wan, dekan pun berikan ucapan..tp sungguh sayu..dia ckp skit then dia nangis..terharu agaknye. tp dia sempat la ckp thanx sbb sediakan mkn2 utk dia ni dlm kesedihan dia tu ecewah. aku dah malas nak taip ni kang korang penat baca...so layan gambar je la ye.



Wanda the MC


emi menayangkan galaxy tab yg baru dibeli

ustaz rosli, mr, tan, anuar, zaidi


nora, mar, sabihah, dr salina


waktu ni dekan dah sebak


tu dia juadah yg dibawa secara potluck



sob sob..terharu gitu


hj wan berkongsi pengalaman mengerjakan haji


ctah n yan...my bff



dr salina berucap skit



doa selamat drpd ustaz rosli


masa utk menjamu selera!



ustaz rosli berkongsi cerita


dekan meminta nasihat ustaz rosli (yan ko tgk apa tu)


mr tan, hj. wan, en. yahya


ambil sup ikut turn ye


masam je muka nora hehehe


Thursday, October 13, 2011

bulan oh bulan


lately rata2 org kat fb dan other social network bercakap mengenai 'halo bulan'. 2 malam yang lalu waktu aku balik dr rumah mak..aku pun merenung2 la bulan ni..mcm rasa tergerak di hati nak snap gambo bulan tu..so aku pun snap la. pas snap aku tgk...ada objek bulat yg lebih kecil di sebelah bulan tu. aku tunjuk kat hubby..bley plak dia tanya 'apa tu? alien eh' hahahaha sabo je la aku. yg pasti gambo ni special sbb tu la aku post kat blog utk kenangan. mlm tadi waktu aku renung bulan..cuma nampak bintang sebijik je yg berada tak agak jauh dr bulan tu. hajat di hati nak snap lagi tapi bantal memanggil2 aku. so batalkan niat...pegi ke bulan dlm mimpi je le hehehe


Wednesday, October 12, 2011

baju baru



haaaaa kali ni aku nak tayang baju baru aku. korang mesti jeles kan sbb sampai bebila korang x kan dapat baju ni hahahahaa...tgk tu siap ada nama sekali. tp ingin aku bitau kat sini baju ni jadi koleksi dlm lemari je la...bukan pakai pun wakaakakaka..pakai yg putih tu je bila perlu...yg biru? dok la tergantung dlm lemari ye heheheh

p/s: kepada pembaca yg satu kampeni dgn aku tu lain cite la ye hahaha


Monday, October 10, 2011

menu malam ini


malam ni aku masak sweet n sour ikan lolong. derhaka skit pada resepi..biasa org guna ikan bawal or ikan siakap kan tp dulik la..resepi aku..suka aku la nak guna ikan apa kan hehehe. hubby OT. mak aku plak bwk 3 org anak aku pergi jamuan raya kat felda keratong. waktu aku balik tadi kaknah dgn 2 org anak dia ada temankan ain kat rumah mak. tgh dia sibuk2 bakar sampah aku tanya la kat umah dia ada lauk tak..kalo takde aku nak masak lebih. lgpun aku geram tgk ikan lolong tu beso2..dia kata masak la lebih so aku masakla 6 ekor ikan tu. asingkan sekor utk hubby aku je.

bila siap masak aku soh kaknah ajak laki dgn anak2 dia yg lain mkn kat umah mak je. x perlu la dia bwk balik lauk tu ke rumah dia. pas maghrib dorang dtg..dan mkn together2 hehe..ain siap tanya aku 'mummy masak lauk apa ni? sedap la' ahaks! ambik ko..sampai 5x dia tambah nasi. bukan senang budak ni nak mkn byk...(perasan masak sedap la ni hahaha)

oleh sebab peti sejuk umah mak aku tu byk ikan lagi..esok kena plan wat lauk apa lak. semalam dah wat ikan bakar..arini sweet n sour...esok...tgk la pada mood nak masak apa. yg penting bley dimkn..

Thursday, October 6, 2011

birthday mak di rompin

tanggal 25 september yang lalu genapla usia mak aku yg ke....jap aku kira...2011-1948 = 63. ok tu angka umo mak aku utk tahun ni. mulanye aku takde apa2 perancangan tp biasala aku ni paler giler. kalo dah dtg giler aku wat le mende yg x dirancang. aku ckp kat darling..jom bang kita g rompin sambut bday mak. darling aku pun apa lagi 'aaaaaaaa?????' aku pakat dgn abg n anak buah aku di rompin supaya belikan kek utk mak aku. makanan lain pun sediakan la. xkan la aku dr jauh nak bwk plak kan haha. anak buah aku agree n aku ckp dlm kul 2-3pm aku sampai la. aku tepon mak aku..wish epi bday n tanya ada program tak.dia kata cuma nak g marhaban je kul 10am. then aku kata ok tgh hari kita g rompin nak. mak aku kata boleh je. aku mesej adik pompuan aku lak bitau plan aku..dia pun setuju utk turut serta. aku msg kat nuar dia x reply..no hal la. lepas aku mandi wangi2 aku ke tunas manja beli boneless chicken snack dgn sosej utk digoreng..bley bwk ke rompin nanti. sampai umah mak aku tgk minyak masak tinggal skit je..cukup utk goreng nasi. kena kuar plak beli minyak masak utk goreng sosej n snack tu.

adik pompuan aku sampai dlm kul 1pm n dia bertolak dulu. aku tunggu siap apa yg patut..dlm kul 2pm baru aku bertolak. nuar mmg x dpt dihubungi..bila dah sampai rompin baru dia tanya aku kat mana..mak soh dia dtg jugak. sampai ke pantai tu abg aku dah siap bwk kek, bihun satu tupperware beso (mcm nak bg mkn 40 org) air oren satu balang beso, karipap dlm 40 biji then keropok. aku bwk nasi goreng dgn sosej n chicken snack tu. perkara pertama apa lagi..mkn dulu la tp bebudak tak pk tu..dah nampak laut kan.apa lg..terus terjun la. pas prot kenyang baru la nak g berendam..pergh!! mmg la best berendam..ombak cantik je...tp x lama pastu ujan plak turun..abg aku kata tamo sejuk baring dlm air laut tu sbb air laut panas..mmg..best wooo.. bila rasa lapo gi naik mkn..then terjun balik hahaha..ujan benti je yg lelaki pegi memukat ikan..byk gak dpt ikan..comey2 la...mak kata ni kalo goreng garing then wat masak pedas pun sedap.

kami di pantai sampai kul 8pm..then balik ke umah abg utk bersihkan diri n potong kek. di sini aku sertakan gambar kat umah abg je..waktu kat pantai x amik gambar pun..sbb waktu ujan sumer campak dlm keta haha.



vanilla kek utk mak



potong kek


saya nak sepotong mak


ayap jgn cuit..nah amik pinggan ni


makteh..malu la abg chik

cuti-cuti cherating

lama sgt x update blog ni..aku wat entry byk la arini utk cover masa2 yg aku x sempat update blog tu hiks!. entry ni berkisar tentang cuti2 aku dgn kengkawan sembang rumahtangga di cherating pada 16-17 september yang lalu. best mmg best. tp mood menaip tgh malas kan. kalau rajin tu mcm karangan spm aku taip..so layan gambar je la ye.


oh ye..gambar yg aku letak ni..patutnye kena tgk dr bawah sbb gambar sebelah atas aktiviti selepas gambar bawah ye heehehe


Geng Mummy dan pasangan


zoo mini kuantan

keluarga sembang-rumahtangga


prot kekenyangan


tangan sapa la tu



waktu baru sampai


mommies


berendam kita


syoknye mandi


2 org ibu yg menjaga anak dan 'anak-anak'


tersandar kekenyangan


red tukang potong kek


epp eppp jgn cuit


jgn sentuh kek kak ain (dia ckp)


holiday villa apartment