hari minggu yang lalu aku sekeluarga balik ke jementah. ada kenduri kawen anak kawan baik arwah ibu mertuaku. kami bertolak lepas maghrib. ni gara-gara aku nak layan cite hindustan naagin tula hahahaha. aku mmg jarang miss cite tu. some more cite tu dah dekat nak abis. lagila aku tamo miss. cuma yg x bestnya ari sabtu tu takde sub plak. aku wat2 paham je la tgk hahaaha.
sampai ke jementah dalam pukul 9 lebih. memula anak2 aku tido sepanjang perjalanan tu. bila sampai je abg dan kakak iparku sedang menjamu selera. nampak je durian suamiku dah rasa geram hehehe. tp aku x bagi sebab dia masih demam. waktu nak bertolak pun dia nampak masih lemah tapi gagahkan juga untuk pergi ke jementah. bila dah jumpa adik beradik ...apa lagi riuh bukan main lagi rumah tu. agak lewat mereka tido. dah tgh malam pun masih riuh lagi mereka berbual. aku tido pun kul 1 lebih.
esoknya anak2 buahku pergi ke paya jakas..berkelah di sana. anak2 aku tak turut serta sbb belum bangun tido. mana nak bangunnya kalau tido pun dah lewat hehehe. dalam 8 lebih baru memasing bangun dan aku soh mandi. bila anak2 buahku balik dr paya jakas barula bergerak ke rumah pengantin. nampak sgt pegi nak mkn je..we are among the first yg dok kat meja mkn tu hahahaha. rombongan pengantin pompuan blom sampai n kat rumah pengantin tu baru habis marhaban. aku bergilir2 mkn dgn suami sbb kena pegang baby. abis makan masuk dlm rumah jap tgk pelamin n rehat kat situ. hajat di hati nak tunggu rombongan pengantin tp lambat sgt..aku nak bergegas ke rompin so dlm kul 1.30pm tros balik.
aku singgah ke PU untuk ambil hadiah sepupuku yang tertinggal. sampai je kat rumah dia..tgk org dah abis mkn..aku yg last sampai hahaha..elokla tu. kat jementah first kat rompin last. punyala jarang jumpa cousin sampai pengantin pun x kenal..bertuah punya cousin kan hahaha. aku cuma minum air dan suamiku je yg makan. lepas jumpa saudara mara kami bergegas ke pantai hiburan pula di mana berlangsungnya pesta pantai selama 2 minggu. pesta pantai ni acara tahunan di rompin. last yr x dpt pegi sbb aku dalam pantang. cuma suami dan anak2ku yg lain je pegi.
sampai je ke pantai hiburan aku terus menuju ke gerai kakak iparku. adik beradikku yang lain dah tunggu kami di situ. aku tinggalkan baby pada adikku sementara aku dan suami berjalan sekitar pesta. tahun ni pesta pantai agak membosankan. tak meriah spt tahun-tahun yang lalu. aku beli kain pasang 2 dan pakaian utk anak2ku. sekembali ke gerai kakak iparku duduk sekejap then bersiap utk balik. singgah di rumah abgku sebentar. terkejut aku tgk dia kena chicken pox. agak teruk juga keadaannya. aku terus bergegas pulang ke muadzam kerana hari hampir malam. sampai rumah around 8.30 pm. mandi dan terus tido..nak tgk cite ghost pun terbantut hehehe. takpe...tv3 online ada hahahaha
11 Trik Slot Higgs Domino Paling Sip
2 years ago