CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa

Tahun ni aku ajak anak2 aku buat kad sendiri untuk bagi pada suamiku sempena hari bapa. berjaya juga projek buat kad diam2 ni hehehe. bebudak tu excited buat kad ni sepertimana aku excited buat dgn dorang. tp yg kelakonye..cousin2 dorang yg lebih excited dr anak2 aku hahaha. apa taknye..dorang x diajar rasanye utk buat mende ni. so bila tgk ada org buat..dorang kongsi nak buat sama la hehe..happy father's day abg....n to all fathers yg baca blog ni..happy father's day diucapkan

muar, peah, durian, ujan batu

Peah dan suami pemalunye
Aku, peah dan asyraaf
Ain, Aida, Adik, Abang
sabtu yg lalu aku n family balik ke muar menghadiri majlis perkahwinan ke 2 aida -cousin hubby. on the way tu dah berjanji untuk singgah ke rumah peah@ayangku di jementah dan lunch di sana. kedatangan kami disambut dgn baik oleh mereka suami isteri. agak pemalu suami peah tu spt yg diberitau sebelum ini hehe..dia byk diam drpd berckp tp nice la. aritu peah masak sedappp..yummy aku dgn hubby bertambah nasi hehe..kami di situ dlm sejam lebih la. kemudian tros bertolak ke muar. tiba je muar tgk haji bakar sedang memberi ceramah pada hadirin yg hadir. aku masuk ke rumah dulu berjumpa dgn ipar2 dan ibu saudara belah hubby. tiba nak mkn..omak aii..punya byk juadah..x reti nak pilih hahaha. kat meja penuh dgn kuih tako, kole kacang, agar2 pelangi, bubur kacang durian, roti jala dan kek coklat. tu x campur dgn nasi minyak dan nasi putih. lauk plak ada 4 jenis. oleh sbb masih rasa kenyang mkn di rumah peah..aku cuma mkn kuih tako, kek coklat dan roti jala je. bila majlis dah abis...aku cuma bungkus nasi utk dibawa balik ke rumah abg iparku di jementah.

on the way back seperti yg dijanjikan..aku beli durian dgn hubby. sepanjang perjalanan ke muar tadi tgk kiri kanan ramai org jual durian. harga pun murah2 sampai RM1 sekilo pun ada hehehe. sampai kat satu gerai ni apek jual tu mmg letak harga RM1 sekilo..tp buah dia comey2 je hahhaha. ada yg besar skit n dia kata yg ni RM2 sekilo tp sbb dah nak tutup n dia kata beli la byk skit dia bg RM1.50 sekilo. apa lagi kitorang pun kata ok jela..ntah camne tgk je apek tu isi buah dlm guni. sedar x sedar sampai 2 guni kitorang pulun wakkakaka..hasilnye..32kg = RM47. apek tu siap bg 3-4 biji durian free sbb katanye dah nak tutup hehe. hubby risau nak tinggal keta kat luar takut kena kopak sbb byk doyan. dia cadangkan nak balik muadzam mlm tu jugak tp anak2ku x setuju. so tido je la ke jementah. asyraaf lak ntah camne leh meragam lak mlm tu . tanak tido dlm bilik. siap melalak. bila aku bwk kuar barula dia syp. nak tido kat dpn tv rupanye hehe.

esoknye waktu nak balik hubby tinggalkan 5 biji durian di rumah abgnye. antar rumah adik aku 4 biji dan selebihnye bwk balik muadzam. Kami balik agak awal sbb nak singgah segamat beli pampers asyraaf. nak cari minyak yg mak pesan tak jumpa. tp abis gak duit aku beli seluar utk anak2 aku wakakaka..adessss payah tul kalo kaki soping ni. sampai muadzam dlm 1.45pm. hubby balik ke PU..tido kat sana. ptg dlm kul 6 lebih dia dtg semula. waktu senja tu ujan lebat sgt. patah dahan pokok kuini menimpa atap dapur luar rumah mak. tetiba kat atas atap dgr mcm bunyi org baling batu. adik aku panggil aku n aku bitau mak. mak keluar la tp tgk ujan dah turun lebat. bila adik lelakiku balik ke rumah je dia bitau yg tadi dia siap mkn ujan batu yg turun. berebut org mkn. org tua2 kata ujan batu ni byk khasiat. murah rezeki n ilangkan mcm2 penyakit. tp adik aku kata..sakit nak mampos kena ujan batu tu hahaha..adoiii rugi tul x kuar rumah waktu dgr bunyi ujan batu tu. kalo x merasa aku mkn sama eheheh. mak siap kata..pasni doakan semoga ujan emas lak turun hehehehe..memintak makbul la doa mak tu. takdela pepening pk pasal kurang duit hahahaha