CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 10, 2009

H1N1 oh H1N1




adess skang ni mmg heboh dgn penyakit ni kan. aku dgn hubby turut risau. sementelah kampus ni diarahkan tutup seminggu sbb dah ramai yg kena kuarantin..students n staff sendiri. siap kena pakai topeng muka belaka. angka kematian lak aku tengok makin meningkat. tu tak kira dgn angka positif lg..aduss la hai.

jumaat yang lalu 7/8/09 aku dan hubby amik 1/2 day untuk bawa anak2 ke HTAA buat pemeriksaan swine flu ni. nak buat kat HMS ni hampeh nak mampus. blom jumpa doktor lagi nurse n petugas leh ckp ala ni batuk biasa je..balik rumah minum air masak baik la nanti. byk la ko batuk biasa..kalau dah lebih 3 minggu x baik2 makpak mana yg x risau. sbb tu la aku dan hubby bwk anak2 aku ke HTAA. biarpun spend utk duit minyak..sanggupkan juga la. drpd nyawa melayang baik duit minyak melayang.

waktu memula sampai tu pegi kaunter saringan 1& 2 dulu..then baru la jumpa doktor. kat kaunter saringan 1&2 je kitorang spend dlm 15 min. sbb x ramai org..but bila nak pegi jumpa doktor..haaa amik ko..4 jam tunggu turn. org yg menunggu aku tgk ada yg terlena2. si ammar tu pun bley terlena tunggu..hubby tu pun hampir2 terlena hahaha..kalau tak kerana nama dia dipanggil mau dia pun terlena tu hehehe. aku tgk ada 5 bilik disediakan utk kes H1N1 ni. satu bilik 2 doktor..tu pun stil x leh nak tampung org yg dtg ramai tu..sbb tu la berjam2 tunggu utk dipanggil. alhamdulillah seme anak2 aku tiada apa2. doktor kata kanak2 mmg senang dpt jangkitan ni. dia nasihatkan amik vaksin flu kat private sbb gomen tak buat. seeloknye amik setahun sekali. aku ye kan je la. bila dah setel jumpa doktor..dah kena tunggu turn nak amik ubat lak. dahla 1 kaunter je bukak. sian la mamat cina tu dia je yg bertugas. sib baik la ramai org yg patut amik ubat tu takde..kalau tak lagi lama aku tunggu hiks!

waktu balik tu aku singgah kuantan parade jap..dah lama nak beli handbag n sandal. sib baik hubby ok hiks! pas beli apa yg patut..hubby kata beli burger je la utk mkn dlm keta..balik rumah baru mkn nasi. aku ok je la. ntah camne..dlm 15 min lg nak sampai MS..kitorang stuck dlm traffic jam. rupanya ada eksiden. adik aku msg lori balak berlanggar dgn keta. yg buat jln jam tu sbb balak berterabur atas jalan. dorang amik masa nak alih balak tu ke tepi. dlm 1/2 jam gak kitorang sangkut kat situ. sampai rumah je aku tros bg anak2 aku mkn ubat. risau wooo kang kalau buat endah x endah je..drpd tak sakit..dtg sakit..aku gak yg gigit jari..sakit tu kalo gigit jari..kalau gigit daging ayam lain la kan hahahah