CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 12, 2009

Konsert Amal - Cinta Nur di Hati


sesi autograf


penutup konsert..nyanyi ramai2


ustaz zamri..dekatttt..di hati hehehe


papa rock memang sporting!!!

In Team & papa Ramli Sarip


In Team


UNIC

Aeman


My darling hubby

pada 9/10/09 yang lalu aku bwk mak aku menonton konsert amal-cinta nur di hati yg diadakan di auditorium uniten. konsert ni patut dibuat bulan julai aritu tp sbb uniten kena kuarantin dek gejala H1N1 terpaksa la ditunda. aku mmg niat dr awal nak bwk mak aku tgk. nak plak bila aku suarakan pasal ni n ramli sarip yg datang..mak memang suka. bukan apa..tujuan aku nak bwk dia dtg tgk pun utk ilangkan rasa sedih dia waktu tu..mlm tu pun aku tatau la dia enjoy ke tak. nampak dia enjoy sbb bila ustaz zamri n other artis wat lawak dia pun ketawa sama. dlm hati Allah je la yg tau. ye la maybe memikirkan cucu-cucu dia kat rumah tu.

konsert dimulakan dengan nasyid student uniten diikuti dengan aeman. budak ni nyanyi 1 lagu je..sabo je la aku. then Ustaz Zamri masuk sumer org tepuk tangan dan bersorak. sungguh bersahaja motivasi yg diberikan tp menusuk jiwa n kalbu tu..ecewahhh hehehe. Ustaz Zamri akan memberi motivasi setiap kali bertukar artis. acara diteruskan dengan persembahan UNIC. boleh tahan jugak budak2 ni. Lulusan Uni belaka. In fact ada yg masih study di Mesir dan tak dpt turut serta. Salah sorang ahli yg dtg malam tu plak dikatakan dpt pointer 3.8 every sem..bley tahannnn. yg x tahan tu bila dorang kata 'ala..dorang bukan nak dgr kita nyanyi..dorang nak dgr In Team nyanyi..terus disambut dengan gelak ketawa penonton. lagu2 dorang pun best..biasala nasyid..berunsur ketuhanan la kan.

tak lama lepas ustaz zamri bermotivasi..muncul In Team..student apa lagi..menjerit dlm auditorium tu..aku dgn mak gelak je tgk gelagat dorang. acara dimulakan dengan klip a tribute tu allahyarham Ustaz Asri..ex vocalist Rabbani. pastu dorang nyanyi lagu terakhir yg dorang sempat duet dgn allahyarham Ustaz Asri. sejurus selepas tu...lagu yg aku dan penonton tunggu2 drpd In Team..apa lagi kalau bukan lagu Nur Kasih..mmg gamat auditorium bila dorang kata nak nyanyi lagu tu. penonton siap nyanyi sama. In team menyampaikan 5 buah lagu mlm tu.

lepas In team abis buat persembahan dan Ustaz Zamri bermotivasi..muncul la artis yang ditunggu2 malam tu. biasala kan..artis utama mesti kuar last hehe..bila Ramli Sarip muncul je punya gamat auditorium tu dengan jeritan penonton..yg dok sebaris dgn aku tu pun sama..bingit tinger aku hahaha. Ramli dgn sopan melambai dan melemparkan senyuman. oleh sbb konsert ni berunsur nasyid..lagu yg ramli nyanyi pun sumer berunsur ketuhanan n puitis. bila sampai turn lagu doa buat kekasih..haa ni yg best. time part 'sejarah mengajar kita...' dia syp n penonton tros sambung 'menjadi lebih dewasa..meniti arus angkara'..Ramli tros sambung 'wa cayaa' n diikuti dgn gelak tawa penonton hahahha. pas abis lagu tu dia nyanyi lagu Teratai. baru first verse 'oh teratai bunga indah, engkaulah pujaan hatiku..telah lama kurindukan' then dia stop n penonton sambung 'wahai teratai bunga indah'..Ramli tros jerit 'hey saya nyanyi lagu n i tahun 79..awak tak lahir lagi..mcm mana awak tau lirik lagu ni' hehehe. pastu dia tros nyanyi lagu ni n bergilir2 diikuti dengan penonton. memang happening betul. apa taknya mlm tu penonton 90% memang muda2..budak skolah pun ada. tp sbb minat ramli punya pasal..lagu umur puluh tahun pun tau.

ikutkan Ramli patut nyanyi 4 lagu je. tapi sbb permintaan penonton yg asyik jerit 1 more 1 more dia tambah lagu dia sampai 8 heheh. dia sempat berjenaka 'sian kat saya..jauh nak drive balik kl ni' hehehe. tp dia nyanyi jugak utk tidak menghampakan permintaan penonton. penutup dia nyanyi lagu Camelia. aku rasa malam tu suara penonton dgn dia sama kuat je hiks!. bila dah abis buat persembahan sumer artis berkumpul n nyanyikan lagu penutup. aisey aku pun lupa lagu apa hehe. overall aku bg 5* la for this concert. memang berjaya dgn cemerlang. Org bangi benkek je wakakkaka. lenkali bley buat lg ye ustaz pendek..jemput artis lg gah lg ahaks!