CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 9, 2010

asyraaf demam lagi

khamis ptg..waktu jemput asyraaf dari rumah pengasuh aku diberitahu yang asyraaf berak-berak dan muntah2. rasa badan dia x panas lagi. dia minta air teh..baru seteguk dia minum terus dia muntah kembali..menangis dia. mungkin menahan sakit. aku x lama kat rumah mak..lepas masak nasi dan lauk aku terus bawak asyraaf balik ke PU kerana hubby pun masih demam lagi. sampai di rumah aku sibuk di dapur bila hubby memberitahu yang asyraaf muntah lagi atas tilam. setelah dibersihkan asyraaf minta air...baru minum sikit..dia muntah lagi..malam tu aje 4x dia muntah. naik risau plak aku..kepala mula rasa panas.

keesokkan harinya aku rasa badan asyraaf panas sikit..bagi dia makan ubat b4 hantar ke rumah pengasuh dan aku pegi keje macam biasa. kat opis agak risaukan keadaan dia tp harapkan takde apa2 la hendaknya. petang dalam pukul 4.30 mak aku telefon mengatakan asyraaf menangis x henti2 dan x mau duduk kat rumah pengasuh kerana badannya semakin panas. aku balik lebih awal dr sepatutnya sbb risaukan asyraaf. sampai ke rumah mak aku lihat dia sedang baring di atas riba kakakku sambil memandangku sayu. kurasakan badan dia mmg panas betul. aku siapkan air utk jelum badan dan kepalanya. sib baik ada daun kekabu dan limau nipis. yang tu je la aku gunakan utk membasahi badan dan kepala asyraaf. alhamdulillah dia dah x muntah cuma aku diberitau dia masih berak-berak lagi. dia tak mau aku tinggalkan dia walau sekejap pun. aku nak solat pun tergendala sbb dia x abis2 memanggil nama aku.

lepas maghrib aku membawa asyraaf ke klinik ridan. nak tunggu turn dia punya la lama. asyraaf hampir tertido. aku ckp pada kakitangan klinik tu aku nak ambil ubat saja la sbb x larat n sian kat asyraaf yang nak tunggu lama sgt tu. setelah diberitau simptom2 asyraaf dan dpt ubat aku membawa dia balik ke PU. sampai je kat PU aku terus jelum kepala dan badannya hingga dia tertido. waktu hubby balik pukul 10.30 pm asyraaf terjaga dan aku bagi dia mkn ubat. punya la payah nak bg dia mkn ubat waktu tu hingga aku terpaksa berkeras. dia sembur2 je ubat tu tp takpela..at least ada la masuk skit ubat tu dlm prot dia. x lama lepas tu dia pegang2 perut dia kata nak yaaakkkk (berak). aku suruh berak dulu tp dia kata 'bilik air' berulang kali sambil tunjuk ke arah bilik aku. aku bukak seluar dan pampers dia lalu membawa dia ke bilik air. masuk je bilik air dia terus buang air besar...kesian aku tgk sbb dia berak cair..menangis2 dia waktu tu sbb najis dia tu keluar mcm x henti2. bila aku tanya dah ke? dia kata belum dan tamau keluar lagi. oleh kerana aku rasa mcm lama n pk dah habis agaknye..aku bwk dia masuk bilik utk dipakaikan pampers..namun belum sempat aku pakaikan pampers dia buang air lagi..dah satu keje kena bersihkan bilik tu pulak.

aku biarkan dia dlm bilik air selama 10 minit. bila aku dah yakin yg dia dah selesai baru aku bawa dia keluar dan pakaikan dia bju dan pampers. aku ingat petua mak..kalau budak berak2 cair mcm tu..bancuh serbuk teh dan tepek pada perut budak tu..pakaikan barut. pegi kat dapur tgk tinggal 1 uncang teh je. cukup la tu..lepas aku tepek teh dan pakaikan barut barula asyraaf boleh tido dgn lena. aku je yg x lena tido sbb asyik terjaga je utk pastikan kepala dia basah. mata ni pun rasa mcm panda dah ni heheheeh.

pagi ni tgk asyraaf ada perubahan sikit. nak mkn ubat w/p susah tp dia mkn la jugak..sbb aku ckp kalau x mkn ubat x leh ikut gi jalan. badan pun dah kurang panas n tgk dia dah nak bermain dgn sepupu2 dia. mak kata..jaga2 je la..in case kang panas badan dia naik semula. ubat mmg bekal la sbb tamo jadi apa2 tgh jalan nanti.....cepatla sembuh sayang..mummy x sampai hati tgk asyraaf sakit lama2.