masuk hari ini dah 2 minggu asyraaf demam+batuk+selsema dan ruam di kepalanya makin bertambah. waktu siang dia nampak mcm aktif sebab badan dan kepalanya panas lebih teruk pada waktu malam. namun yg paling menyedihkan aku bila mendengar dia batuk. kesian betul bunyinya. suara manjanye pun dah ilang..makin husky jadinya. lebih memburukkan keadaan bila biji2 di atas kepalanya makin bertambah hari ke hari. dah macam2 yang aku lakukan. daripada letak daun duri 7 bilah yg ditumbuk hingga masuk hutan cari daun ribu2 dan diblend bersama beras utk dijadikan bedak..namun begitu biji2 itu tiada tanda2 untuk kurang.
aku dah bawa dia ke klinik dan memberitau doktor bahawa anak saudara pengasuh yang menjaga asyraaf juga dah berjangkit. doktor cuma memberi antibiotik untuk dimkn dan ubat sapu. katanya tgk dalam seminggu. adusss la hai kena tunggu seminggu pulak. nampak gayanye kalau by saturday ni x baik jugak bijik2 kat kepala asyraaf tu..aku terpaksa membatalkan niat utk balik jementah dan balik ke kampungku menghadiri majlis perkahwinan. bukan apa..takut nanti berjangkit pulak kat orang lain. memang misteri betul. nak kata chicken pox..tak mungkin sbb dia cuma tumbuh di kepala sahaja. kesian melihat asyraaf yg hanya menangis je menahan sakit. mesti biji2 tu berdenyut2. nampak mcm dah ada nanah je. ditambah pulak dgn batuk yg tak baik2 tu. dia menangis seolah merayu kesakitan waktu batuk. kadang sampai muntah kahak. siannye anak mummy!!!!.
malam tadi barula dia lena tido bila aku basahkan towel dan lilit di lehernya. kalau tidak boleh dikatakan setiap 15 min dia akan terjaga batuk dan menangis..puas dipujuk tp tak berenti..bila dah penat baru berhenti. sabar ye sayang..mummy akan pastikan yg asyraaf akan sihat seperti selalu. mummy akan buat apa saja utk asyraaf asalkan dpt lihat asyraaf ketawa kembali huhuhu.
11 Trik Slot Higgs Domino Paling Sip
2 years ago