CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 19, 2010

geram dengan sorang pompuan

aku ni nak lepas geram ni. aku kan bukak blog niaga telekung. dlm sronok niaga tu ada la sorang minah ni dr awal nak membeli lagi dok mintak diskaun je dgn aku w/p aku dah bg harga murah. mula aku ok la..tp aku ckp kat dia sbb mintak diskaun aku pos guna pos parcel je bukan poslaju. dia ok je. sejak dr tu boleh dikatakan tiap2 hari dia dok msg aku ckp pasal telekung. katanye dia masuk blog aku hari2 cuci mata..pastu berkira2 bajet nak beli telekung baru. memula aku layan je la. then ada plak dia mintak untuk turunkan harga yg agak tinggi pada telekung yg aku jual 80. aku kata la bebaik mana bley..sbb modal aku amik pun dah tinggi. lantak ko la.
last week ntah camne dia msg aku lagi..dia kata telekung x sampai lagi. aku ckp la guna posparcel what do u expect? mmg la amik masa nak sampai. kalo poslaju tu lain la. dia pun ye kan je la. then dia kata la yg dia berkenan tul dgn telekung sutera yg aku jual tu. aku ckp la ok gi la promot kat member utk beli telekung. kalo dpt 5 org aku bg telekung tu free. dia punya excited dia pun gi la promot situ sini. bila dah dpt dia tros claim hadiah dia tu. aku kata ok nanti aku antar. dlm masa tu dia mintak lg diskaun utk telekung yg dia belikan utk member tu. bukan tu je..siap ckp kat aku cara2 nak packaging bio lawo..then make sure telekung tu dlm keadaan yg baik..amboi amboi amboiiiiiii byk cantik muka ko..eeeee aku betul2 sakit jiwa..aku sabokan je. aku ckpla packaging mmg dah elok. nak cantik camne lagi. dia jwb dgn 'hehehe' je.

x lama pastu dia dpt lagi 4 org menjadikan jumlah 9 order. dia mintak la telekung sutera tu free lagi. aku ckp mana bley. kan dah kata 5 org. dia dok rayu2 mintak. meski aku kta x leh dia rayu gak. aku ckp NO tu NO la. then dia kata..ok kalo camtu bley tak buat utk jenis telekung yg member dia dok ramai2 beli tu..kalo beli 5 bg dia free 1..aku ckp la tak buat lg mcm tu. dia dok belit2 ckp. bila dah dpt 10 org dia mintak telekung sutera free..aku pun kata ok sbb dah deal mcm tu. then bley plak dia pusing kata..'so saya dpt 3 free la kan? sutera 2, simple 1'. eh??? bila masa plak aku kata bley dpt simple tu free. kan x buat lagi. dia kata aku dah ckp ok. aku pun apa lagi copypaste balik sms dgn masa dia anto tu bersama dgn reply aku pada tiap sms dia tu utk buktikan aku x ckp pun ok. dia balas balik aku ckp lain. aku punya dah sakit ati aku x balas langsung msg dia. dlm hati ni mmg sakit yg amat la aku ckp..aku ngadu kat hubby je.

mula dia ada mintak untuk turunkan harga telekung 80 kepada 70 dan 110 kepada 100 sbb dia nak wat sample. aku kata mana bley mcm tu. dahla tu nak beli satu je. aku bg harga borong pun kalo org beli 5 ke atas. mana bley sesuka je bg harga borong utk beli 1. dia dok rayu2 lagi. aku malas layan. then aku kata..kalo nak wat sample aku bley anto 2 pasang jenis 80 dan 110 tp pastu dia kena pulang balik. dia setuju. at the same time dia masih mintak hadiah dia tu. ni mmg betul2 wat aku angin. mlm tu x lena tido aku dibuatnye pkkan apa yg patut aku buat kat pompuan sorang ni. pk punya pk..sampai pagi tu aku dah capai keputusan muktamad.

pagi smlm aku bitau hubby yg aku dah had enuff dgn budak sorang ni. aku nak batalkan segala urusniaga dgn dia n nak pulangkan duit. tp hubby kata nanti aku yg rugi. aku kata bio la rugi drpd sakit jiwa berurusan dgn org mcm ni. bukan dia sorang kastemer. ada org lain lagi. then hubby kata..x yah batalkan la..just hentikan urusniaga pasni. apa yg dia order setakat sabtu tu terima tp sampai tu je. order baru x yah terima dah. pas pk balik aku setuju. then aku anto sms kat minah tu guna hp 1 lagi. aku guna capslock lg hahah. bunyi sms tu ' SAYA SELAKU BIGBOS TELEKUNGSUTRASULAM DENGAN INI MENGHENTIKAN SEBARANG URUSNIAGA DENGAN PUAN H BERALAMAT DI &*&** SELANGOR. URUSNIAGA INI BERHENTI SERTA MERTA. budak tu gelabah agaknye..10 minit pastu dia reply 'saya mohon maaf!!!. then dia anto kat no maxis aku lak menyatakan yg dia minta maaf sbb mintak itu ini dgn aku. dia janji pasni x buat dah. aku tunggu 1/2 jam baru reply msg dia tu haha..aku kata la.."tu la dah kata keputusan di tangan bigbos. tu pun keputusan muktamad. no more urusniaga dgn adik pasni. adik kena paham yg teruk kena kat sini akak bukan adik." then dia rayu tolong la kak..saya nak urusniaga dgn akak lagi. tu mesti hubby akak yg anto msg kan. terkejut saya sampai tros sakit kepala pas baca msg tu. saya minta maaf byk2 kak. saya paham akak kena teruk dgn hubby. saya susun 10 jari minta maaf. maaf ye kak kamilah". dahtu aku x reply dah msg dia sampai skang.

ptg tu waktu jemput hubby balik keje aku citekan kat dia. berdekah2 hubby ketawa. dia kata patut aku tunggu 2 hari baru reply msg budak tu. tgk dia gelabah ke tak hehehe..aku kata bio la .. yg penting pasni aku x perlu nak berurusan dgn dia lagi. cerewet n byk songeh nak mampos.

arini....aku x terima sebarang sms dr dia lagi...dah x berani nak place order la tu hehehehe.