mesti korang tertanya2 apa tu kan. kisahnye kat pantri canselori ni aku n kengkawan kat sini ada la beli barang utk letak kat pantri tu. kadang ada yg wat collection or ada yg beli sendiri letak kat situ. ntah camne ada barang yang diletakkan disitu hilang tanpa diketahui sapa yg guna. bila tanya member2 kat sini sumer tatau so buat la aduan pada keselamatan. ketua dia dtg cek dan kata akan bg gantirugi kalau nak. member aku kata x payah la cuma make sure x jadi lagi. dia ada ckp kat aku utk kunci pantri tu. aku kata no use sbb security ada masterkey. so utk keselamatan kekonon la..aku taruk kopi 3in1 kat meja aku n kwn aku tu pun taruk kat meja dia..dgn harapan x kan hilang lg la.
selepas 1.5 bulan...kejadian hilang tu berlaku lagi..yg aku x puas ati tu sbb org tu ambik kat meja aku ni ha. berani betul dia..dah tgk takde kat pantry dia gi cari kat meja plak. aku apa lagi mmg x dpt tahan sabo aku tros la majukan emel pada ketua security dan pengurus sumber manusia kat sini. member aku kata buat je..n tgk apa tindakan mereka. dan2 hari tu dorang ajak tgk cctv utk mengesan sapa punya angkara tapi aku keluar pulak so x dpt la tgk cctv tu. ptg tu pengurus sumber manusia dtg jumpa aku plak tanya lebih lanjut..aku cite la from A-Z. dia pun agak mesti keje security ni sbb dorang keje waktu malam. org lain mana nak dtg opis sbb waktu tu pintu kunci..security je yg ada kunci.
hari ini...waktu aku sampai ke meja..aku tgk ada satu bungkusan kat bwh meja aku. aku pk apa ke benda la ni. sekali aku cek amik kooooo. dgn biskut 2 jenis, kopi 3in1, kopi campuran dan nestum 3in1 ada dlm plastik tu. kira gantirugi la drpd org yang mengambil barang aku tanpa kebenaran tu. takde plak dia tulis maaf ke or sapa punya keje tu. aku cite kat laki aku dgn member aku dorang bantai gelak je..dlm ati pk..sian la pulak. member aku siap berseloroh 'jgn dia dah ganti balik tu kang dendiam dia ambik balik' hahaha sabo je la. laki aku plak pesan simpan dlm pantri tu..kunci ye..aku kata..tgk la pasni..jadi lg ke tak kejadian ni. kalo jadi jugak..mmg aku ngadap TNC tros la jwbnye