CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 18, 2009

Panik sekejap

semalam dore masuk office. aku tgk dia dah ada dlm bilik dia so aku pun masukkan la dokumen2 yg perlu dia tandatangan. ntah mcm mana waktu nak balik tgh hari tu dia ckp kat aku 'kunci pintu ye'. aku tak pk apa2 waktu tu.aku iyekan aje. aku plak mmg nak balik tgh hari tu sbb nak gi bank uruskan soal pinjaman perumahan. waktu aku pegi kat meja security dan bitau supaya kunci bilik dore, shima bitau aku..'dore ckp kunci dia pada ko' aku pun..eh ye ke kunci dia pada aku? eerr aah la kunci dia pada aku hehe..takpela ko kunci je la bilik dia'. so lepas selesai urusan di bank aku bergegas balik ke opis n selongkar drawer aku..uwaaaaaaaa..nak nangis rasa bila x jumpa kunci tu. jantung aku dah dupdapdupdap. apa aku nak bitau dore ni. takpela just tell the truth je. waktu nak balik tu aku pun ckp kat dore ' saya tertinggal kunci en. S kat dlm handbag satu lagi. dore kata ok je la.

dgn excited n x risaunye aku ajak hubby balik rumah PU utk cari kunci bilik dore. confident je ckp..kunci dore dlm handbag lagi satu (ni la lecehnye bila dok tukar2 handbag..mesti ada barang yg tertinggal). sampai kat rumah je aku puas geledah beg. Oh my God!!! mana pegi kunci dore ni????? aku x jumpa. abis sumer handbag kat rumah aku geledah tp x jumpa.hubby tanya betul ke simpan dlm beg. aku kata 'i think so'. then cuba ingatkan kembali hari dore serahkan kunci pada aku tu. isy betul ke letak dlm beg ni? ke dlm drawer kat opis? takpela nanti balik opis cuba cari.

bila aku kat rumah mak aku..hati aku tak tenang lagi. memikirkan kunci bilik dore. apa agaknye anggapan dore pada aku kalo tau kunci dia ilang waktu aku pegang..uwaaaaaaaaa..mmg nak nangis tul rasa. hubby cuba pujuk aku n kata nanti esok cari elok2. aku nak tido pun x lena sbb asyik terpk pasal kunci tu je.

pepagi tadi aku ckp la pada kak anis security utk buka pintu bilik dore n mencitekan padanye pasal kunci tu. dia kata dia cuma ada masterkey. susah kalau nak buat copy sbb takut jatuh ke tangan org yg sepatutnye. aku kata takpe nanti cuba cari lagi kunci bilik dore tu. so lepas bukak je pintu bilik dore tu. aku tros gi ke drawer aku n selongkar tiap drawer hehehe..dlm hati mmg tawakal sgt2 tolongla jumpa kunci tu. jgn la ilang..selongkar punya selongkar...jengjengjeng.... walla!!!!! jumpa satu kunci. dlm hati aku..mintak2..ni la kunci bilik dore. aku pun cuba la kunci pintu dia...alhamdulillah!!!! mmg tu kunci bilik dore hehehee..yg aku moskil tu..seingat aku b4 dore gi india aku letak keychain pada kunci tu. tp napa skang ni takde plak ek???? aku punya suka ati..bila dore sampai je..aku tros bg kunci tu kat dia. next time kena ingat..if dia bg kunci kat aku lagi..dont ever bawak balik rumah..letak je kat opis dlm kabinet hahahah.

Monday, August 10, 2009

H1N1 oh H1N1




adess skang ni mmg heboh dgn penyakit ni kan. aku dgn hubby turut risau. sementelah kampus ni diarahkan tutup seminggu sbb dah ramai yg kena kuarantin..students n staff sendiri. siap kena pakai topeng muka belaka. angka kematian lak aku tengok makin meningkat. tu tak kira dgn angka positif lg..aduss la hai.

jumaat yang lalu 7/8/09 aku dan hubby amik 1/2 day untuk bawa anak2 ke HTAA buat pemeriksaan swine flu ni. nak buat kat HMS ni hampeh nak mampus. blom jumpa doktor lagi nurse n petugas leh ckp ala ni batuk biasa je..balik rumah minum air masak baik la nanti. byk la ko batuk biasa..kalau dah lebih 3 minggu x baik2 makpak mana yg x risau. sbb tu la aku dan hubby bwk anak2 aku ke HTAA. biarpun spend utk duit minyak..sanggupkan juga la. drpd nyawa melayang baik duit minyak melayang.

waktu memula sampai tu pegi kaunter saringan 1& 2 dulu..then baru la jumpa doktor. kat kaunter saringan 1&2 je kitorang spend dlm 15 min. sbb x ramai org..but bila nak pegi jumpa doktor..haaa amik ko..4 jam tunggu turn. org yg menunggu aku tgk ada yg terlena2. si ammar tu pun bley terlena tunggu..hubby tu pun hampir2 terlena hahaha..kalau tak kerana nama dia dipanggil mau dia pun terlena tu hehehe. aku tgk ada 5 bilik disediakan utk kes H1N1 ni. satu bilik 2 doktor..tu pun stil x leh nak tampung org yg dtg ramai tu..sbb tu la berjam2 tunggu utk dipanggil. alhamdulillah seme anak2 aku tiada apa2. doktor kata kanak2 mmg senang dpt jangkitan ni. dia nasihatkan amik vaksin flu kat private sbb gomen tak buat. seeloknye amik setahun sekali. aku ye kan je la. bila dah setel jumpa doktor..dah kena tunggu turn nak amik ubat lak. dahla 1 kaunter je bukak. sian la mamat cina tu dia je yg bertugas. sib baik la ramai org yg patut amik ubat tu takde..kalau tak lagi lama aku tunggu hiks!

waktu balik tu aku singgah kuantan parade jap..dah lama nak beli handbag n sandal. sib baik hubby ok hiks! pas beli apa yg patut..hubby kata beli burger je la utk mkn dlm keta..balik rumah baru mkn nasi. aku ok je la. ntah camne..dlm 15 min lg nak sampai MS..kitorang stuck dlm traffic jam. rupanya ada eksiden. adik aku msg lori balak berlanggar dgn keta. yg buat jln jam tu sbb balak berterabur atas jalan. dorang amik masa nak alih balak tu ke tepi. dlm 1/2 jam gak kitorang sangkut kat situ. sampai rumah je aku tros bg anak2 aku mkn ubat. risau wooo kang kalau buat endah x endah je..drpd tak sakit..dtg sakit..aku gak yg gigit jari..sakit tu kalo gigit jari..kalau gigit daging ayam lain la kan hahahah

Tuesday, August 4, 2009

Happy Birthday Ammar Khaizuran


1/8/09 b'day ammar ke 4. tp oleh kerana keletihan balik dr segamat & pemanis mlm semalam baru la aku buat acara potong kek ni.