CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 11, 2009

lompat tikam



nah keli ni paras rupa lompat tikam dgn resepi sekali..ko sohla linda buat kalo nak tau rasa dia..if sedap dia pandai buat..if x sedap..lidah ko tu yg problem hahahah

KUEH LOMPAT TIKAM
Bahan Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
3 cawan santan cair
1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
1 s/k air kapur
secubit garam

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang.
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
3. Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
4. Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kueh supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat.


Bahan Lapisan Putih
1.5 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
4 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan bahan kueh ini sekejap diatas api.
3. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
4. Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan
5. Bila dah sejuk potong kueh dan hidangkan dengan air gula merah.

Air Gula Merah
Bahan
1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan [ koyakkan]

Cara
1. Masakkan semua bahan sehingga mendidih.
2. Tapiskan dan hidangkan bersama kueh lompat tikam.

tomyam for dinner


pagi semalam ntah camne bukak mata je tekak ni terasa nak makan tomyam. sementelah hari rabu ada pasar tani. apa lagi aku pun beli la bahan-bahan utk buat tomyam. dlm paler ni dah berkira nak buat tomyam campur so aku pun belila ayam, sotong n udang. bangan x sudah..kata tomyam aku buat mesti sedap nanti hahaha.. dulik la..sedap ke tak sedap ke aku nak masak gak. buat sendiri bley masak byk2..mkn byk2 kan kan kan hehe.

ptg balik keje pas amik anak2..aku buat apa yg patut dulu. then minta aida tolong jaga asyraaf. aku kata yg aku nak masak kat dapur so susah nak buat keje kalau asyraaf kacau. sambil aku berperang sesorang kat dapur dia hiburkan adik dia tu sampai tertido. tau2 aku dah siap masak asyraaf terjaga..apa lagi nak susu la tu. punya excited nak wat tomyam..penuh 1 kukus 26cm tu aku buat hahaha. aku buat kurang pedas sbb anak2 aku nak makan. memang berselera dorang makan..tp byk kutip udang drpd mende lain yg aku letak dlm tu..sabo je la. nasi 1 mangkuk yg aku biasa masak n jarang habis boleh habis plak malam tadi. aku pesan kat hubby..tomyam tu mmg saja x buat pedas sbb budak2 tu tak tahan pedas..kang sian plak dorang asyik mkn berulang air. so kalau dia nak pedas..tambahla cili sendiri.

waktu melayan barbie mariposa adik pompuanku datang ke rumah. dia umpan aku utk ke rumah mak dgn mengatakan kat rumah mak ada buat lompat tikam..adusss..fav tu. prot dah kenyang mkn tomyam tadi tp membayangkan lompat tikam tu tros lapo semula hahaha. aku tepon hubby bitau yg aku ke rumah mak. nanti ambil aku kat sana je. sampai rumah mak tgk abg aku yg kena chicken pox agak teruk tu dah nampak kurangnye. dah boleh bercakap dan dah boleh makan. borak punya borak dgn mak dan kakak ipar..sampai hubby aku datang. dekat nak balik barula aku mkn lompat tikam tu hehe..tu pun mkn skit je sbb bb dah ngantuk..aiseyy..takpe byk lagi..nanti aku sambung makan esok ye ahaks!

aku dan spek mata baru


2 minggu lepas aku kena sakit mata yang agak teruk. bila baik skit je aku tanpa sabar tros pakai contact lense..mana tahan weh pemandangan blur manjang hahaha. akibatnya mata aku merah kembali..bergilir2 kanan dgn kiri. bila aku masuk SS citekan masalah ni pada teman-temanku..aku dileteri oleh ayam..sorang doktor. dia kata sepatutnye aku takleh pakai contact lense selama 2 minggu selepas sakit mata tu sbb mata tu kena berehat. tindakan terburu-buru aku boleh mengakibatkan retina mata luka dan meninggalkan parut seumur hidup. waktu tu nangis air mata darah pun x guna. dia minta aku buat spek mata dan buang contact lense yg aku tengah guna tu.

oleh kerana waktu tu mata aku masih merah..tokey kedai cermin mata kata xleh buat spek lagi sbb takut power dia jauh tersasar. so aku amik mc je la dan rehat di rumah. esoknya aku pergi kerja dgn pemandangan yg blur. kekonon nak rehatkan mata la supaya senang nak buat spek nanti. mmg blur giler pemandangan aku waktu tu. nak menaip tu no problem sbb aku dah hafal keyboard cuma nak tgk monitor tu je aku kena rapatkan muka aku kat monitor..bak kata red..mcm nak cium monitor je aku hahahah. tgh hari tu aku tros pegi ke optik perwira utk buat spek. kat bandar muadzam yg di tengah benua bak kata hubby aku ni mana la ada england optical. so buat je la kat kedai cermin mata yg ada. setelah dicek mata..power aku masih sama 400-450. tinggi kan? 1/2 hour diperlukan utk siapkan spek tu. aku balik rumah dulu solat n kul 2 baru pegi semula amik spek. sib baik la dia 50% less..kalo tak ketar jari gak nak hulur duit hahaha..kos wat spek after less tu RM270. now..mata aku x blur lagi. dah clean n clear seclearnye hiks!

sampai opis dgn bercermin mata..org tgk len mcm. rata2 mengatakan aku nampak lain bila pakai spek ni. maunye tak. dah bertahun2 aku x pakai spek. last aku pakai tahun 2003. jgnkan org lain..aku pun rasa lain je pakai spek ni..wierd semacam je hahaha. ni la rupa aku skang ni..pas pakai spek hiks!..takpe2..bulan 7 aku gilir2 la pakai spek dgn CL hahaha.