CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 12, 2010

weekend yang memenatkan part 1

penat, tired, exhausted, letih dan yg sewaktu dgnnya. itu yg dpt aku simpulkan dgn apa yg aku rasai skang ni. weekend ni darling keja sbb ada karnival sukan mahasiswa fasa 1. aku pulak menerima 2 undangan perkahwinan. hari sabtu 11/12 majlis perkahwinan member ofis aku mizah manakala hari ahad 12/12 pula majlis perkahwinan adik ipar abg aku di kemayan. utk first part ni aku cite majlis perkahwinan mizah dulu la ye.

pada mulanye talib ajak konvoi sekali dgn bos utk ke rumah mizah. aku ok je. tp tunggu punya tunggu takde call pun from any of them utk pergi ke ibam tu. mak aku pulak kata ibam tu kecik je..kita gamble je la..kalau tatau nanti tanya je la org. aku ikut je la. sampai je kat ibam aku nampak keta talib kat masjid..aku ketawa dlm keta dan memberhentikan kereta. dia kata tunggu bos yg dlm perjalanan. dlm 10 minit mcm tu bos pun sampai. bila tiba di rumah nenek mizah, mak ragu2 sbb takut x kenal sesapa. aku tros masuk ke rumah untuk bertemu mizah. selepas menyerahkan hadiah utknye aku turun ke bawah dan makan bersama2 mak dan anak2ku. bos dan talib makan sambil sembang. bos tanya aku sama ada aku tau rumah ni atau tidak. aku kata dah lama x dtg ibam tu yg x pasti jalan mana nak masuk tadi.

abis makan aku dan mak pergi berjumpa dgn mak mizah. borak punya borak..baru tau yg mak mizah tu kawan baik mak waktu mereka duduk di Mardi satu ketika dulu. mak dan nenek mizah kenal aku dan adik beradik aku yang lain. yang paling aku xleh tahan bila nenek dia kata ''ooo ni mili..ko tau dulu waktu kecik ko main lecak pastu togel je kat rumah tu' hahahaahaha aku terjerit kata..alaaa nenek ni malu laaaaaa..org2 kat situ pun gelak...ala..cite waktu umo 1-2 tahun..mana la tau pasal malu2 kan hahaha..adessss..sib baik bos dgn talib x dengar..kalo tak..mau jadi bahan usikan kat opis.

aku naik ke rumah semula utk bergambar dgn mizah n hubby..kemudian aku katakan padanye yg bos ada kat bawah..dia pun turun dan berbual2 dgn bos..aku x dpt tunggu lama sbb mak aku ada hal so lepas salam2 dgn mak, nenek dan mizah..aku berangkat pulang..


tak sah kalau x bergambar dgn pengantin


bride n groom for the day


eh malu2 plak dia


hantaran dr pihak perempuan


hantaran dari pihak lelaki