CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 26, 2008

selamat hari raya aidilfitri



rasanya belum terlewat lg aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri sbb syawal tak abis lagi hehe. raya tahun ni disambut kurang meriah seperti tahun-tahun sebelumnya kerana kakak sulungku meninggal tanggal 2 ogos 2008 yang lalu. waktu tu aku dalam pantang lagi. walaubagaimana pun aku dan adik beradik yang lain cuba juga buat yang terbaik agar ibuku tidak merasa terlalu sedih dengan ketiadaan kakakku di hari raya ini. seperti biasa raya pertama aku dan family beraya di rumah mak dan berjalan di rumah saudara mara sekitar muadzam ni. malamnya aku terus bertolak ke jementah, segamat rumah abang iparku kerana sudah berjanji untuk berkonvoi bersama-sama ke tangkak dan seterusnya ke bangi melawat ibu saudaranya yang kurang sihat. balik dr bangi kedua2 abang iparku dan family masing2 bertolak ke muar tapi aku dan suami kepenatan..kami tidak turut serta..dlm penat tu aku minta juga suamiku melencong ke nilai hehehehe..oleh kerana mengantuk yg amat kami berhenti rehat sebentar di restoran jejantas. kat situ la kaki aku terpelecot skit. Raya ketiga ingatkan nak ke muar tapi kensel lagi sebab abg sulung suamiku buat open house dan dah berjanji kesemua adik beradiknye utk bertolak ke kampung saudaranya. punya la ramai orang kat situ..buat koleksi duit raya lagi anak-anak aku wakakaka..
Pada raya keempat barula aku dan family dapat pergi ke muar. tapi yang tak tahan tu sebelum aku keluar dari rumah 5x keluar masuk toilet sbb sakit prot hahahaha. sepanjang perjalanan ke muar tu pun mula2 berhenti dekat shell sagil..kemudian berhenti dekat shell tangkak..baru 3 min masuk kereta berhenti dekat tandas awam tangkak pulak hahahaha. sbb kesian dgn aku suamiku membeli susu untukku minum..barula ok skit. gara-gara sakit prot ni aku terpaksa membatalkan niatku utk singgah ke rumah adik waktu nak balik ke rumah mak. sampai rumah pun dah tengah malam camne nak singgah. di sini aku sertakan gambar sekitar raya hari tu.