CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 17, 2010

dugaan bagiku

semalam around 10 pagi aku mendapat panggilan telefon daripada adik iparku. sebak je dengar suara dia. bila ditanya kenapa..dia kata..suaminya kemalangan dan kini dah berada di rumah. berderau darah aku dengar. risau toksah ckp la. aku memang fobia kalau dgr adik badik aku eksiden ni sbb aku tanak peristiwa tahun lalu berulang. zura mengatakan bahawa adik aku cedera seluruh badan, bibir di sebelah kirinya terpaksa di jahit atas dan bawah..luar dan dalam. aku tanya dah bitau mak ke? dia kata dia cuma tingat kat aku je n minta aku beritau mak. apa lagi aku tros telefon mak dan inform pasal kejadian ni. setelah berbincang aku dan mak ambil keputusan untuk pergi ke rumah adik aku selepas zohor. aku isi borang cuti dan ambil half day. sib baik dore paham bila aku bitau tujuan aku nak half day. dia kata eksiden ni jgn bwk main. baik gi tgk sebelum menyesal huhuhu.

tgh hari tu aku ambil anak2 balik skolah dan selepas zohor terus bertolak ke rumah adik aku. hujan yang amat lebat sepanjang perjalanan membuatkan aku pun berhati-hati membawa kereta. kalau tak kerana hujan mau aku pecut je sbb x sabar nak tgk adik aku tu. setiba je aku ke rumah adik aku..dia sedang tido..memang sayu betul tgk keadaan dia waktu tu. luka-luka di seluruh badannya jelas kelihatan. bila tgk kesan jahitan dekat bibir dia yg membengkak tu lagi buat aku sedih dan menitiskan air mata. mak aku mengejut adikku perlahan-lahan. bila adik aku jaga..dia menceritakan apa yang berlaku dengan sedaya upaya..dalam kepayahan nak berckp tu. mak aku kata mende dah nak jadi...redha je la. adik aku kata..waktu dia tgh bwk motor tu..tiba-tiba je mata dia gelap dan tercampak dari motor. sedar-sedar je dia dah berada di atas tanah dengan kecederaan di sana sini dan motor dia rosak teruk merempuh pokok kelapa sawit. alhamdulillah..ada jirannya yang lalu di kawasan itu dan dia la yang menghantar adik aku ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan. bila ditanya badan ada patah2 ke..dia kata takde tapi bahu dia sakit sangat. muka pun dah bengkak. mak kata..awal ni mmg x rasa apa-apa lagi. tgk malam kang..biasanye malam nanti baru rasa sakit.

mak aku mengambil madu dan kapur lalu disapukan pada luka-luka adik aku tu utk mencairkan darah beku. adik aku hanya menjerit Allahuakbar saja tiap kali mak aku sapu madu dan kapur tu. pedihnya seketika saja..nanti lega la..mak aku nak sedapkan hati adik aku. dalam kesakitan tu adik aku cuma pk boleh tak solat kalau mcm ni??? mak aku kata selagi larat..solat aje la. dalam kepayahan dia cuba solat..adusssss....aku plak rasa malu. org yg dah eksiden mcm tu bley solat lg..ni kan plak aku yg kadang sakit paler skit je..dah ngelat solat...mmg insaf la tgk.

mak aku ambil keputusan untuk tinggal di situ bagi merawat adik aku. aku dengar mcm tu tros ambil keputusan untuk balik 5.30pm. ye la mana la aku berani nak drive sesorang pas berbuka. kalau ada teman tu lain la. some more jalan licin..kang x pasal kalo apa2 jadi kat aku plak tak ke naya. mak dan adik iparku melepaskan aku pergi..tp mak berkali-kali pesan bawak keta elok2.. jalan licin ni..sampai nanti telefon mak.. aku iyekan aje. alhamdulillah..sepanjang perjalanan pulang tu hari dah x ujan dan aku selamat tiba ke rumah around 6.15pm. aku singgah TM beli sayur dan ikan utk dimasak...for berbuka kakak aku dah siapkan juadah..thanx kak nah.

malam tu aku antar kak nah dan juma ke hospital sebab juma muntah2 dan sakit perut di bahagian pusat. sudah beberapa hari mcm tu. tp pegi sia-sia je..kami sampai ke hospital around 8.40pm..tp tunggu until 10.40 masih belum dipanggil..aku ckp balik je la..pegi esok je lg senang. juma pun dah lena sbb lama sgt menunggu. org-org lain yg lama tunggu pun x larat..mmg balik tanpa jumpa doktor pun...typical govt hospital