CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 25, 2011

1 Year Older & BBQ

Usiaku dah bertambah...alhamdulillah aku masih dpt menikmati kehidupan di samping insan-insan tersayang. birthday wish aku yg pertama aku dapat adalah daripada abg ali...terlebih advance sbb dia wish 2 hari sebelum tarikh sebenar. then tepat 12mn pada 24/7 sahabatku di seremban pun wish aku. ikutkan aku dah lena waktu tu...tgh tgk cite sumpah anjasmoro bley terlena lak hehehe. aku dikejutkan dengan bunyi telefon tanda ada mesej. bukak je tgk dr dia..tros segar semula mata ni.

waktu aku on fb..banyak birthday wish yang aku terima dari sahabat-sahabatku. agak terharu jugak ecewah..tapi x terbalas sbb asyraf dok mengacau je. around 10am darling aku pulak antar msg mengucapkan happy birthday dgn kata2 romantis ahaks! aku diingatkan tentang program bbq di lorong PU kami. dalam tgh hari jugak la baru aku pergi ke surau tu utk tolong apa-apa yang patut. byk mende yg dah dibuat..tunggu nak masak je.

sesambil masak tu sembang-sembang la dgn mafuzah, kak dahlia, ani, kak baini dan isteri izry. kak baini tanya arini ada acara potong2 kek ke? aku kata ada..sbb aku dah niat nak sambut bday anak ani..w/p lewat sebulan. citenye waktu isnin lepas dean ada wat mkn2 doyan kat umah dia. Ain anak ani ni tamo mkn sbb dia kata mak x bg..puas pujuk dia tamo gak..sudahnye aku tanya bday bulan ni kan? dia kata tak..dah lepas..bulan 6 tp mak x buat pun. aku terdiam tp aku faham..sebab ani x buat tu mesti ada kena mengena dgn ketiadaan arwah nizam. pasti terasa. jadi aku kata takpela..nanti waktu kita wat mkn2 kat surau tu..acik beli kek utk ain ye..dia angguk dan nampak gembira..pastu baru la nak mkn doyan.

kak baini tanya aku..sapa lagi yg sambut bday arini? aku saja la ckp..sayaaaa hahahah..then fuzah n dia tanya? ye ke? siyes? aku kata ye la..tp 2 hari..arini dgn esok..dorang mcm terpinga2..aku cite la mcm yg mak aku bitau aku tu..dorang gelak je. then bila tiba masa mkn..darling soh aku amik kek..dah ambil tu aku panggil ain dan ani..aku soh ani pegang tangan ain utk potong kek tu..then out of nowhere..kak baini pun bwk kek sebiji...anak izry pun bwk kek sebiji..aku kata..aik..byknye kek arini. aku biarkan dorang potong kek..aku keluar sambung mkn bbq. tetiba aida panggil aku..soh aku masuk ke dalam surau..ingatkan apa la yg penting sgt..rupanye..jeng jeng jeng..surpriseeeeeeeeeeeeee....sebiji kek tu tertulis 'HAPPY BIRTHDAY MILLY'..berbentuk hati. aku x pk lain..mesti daripada darling aku ni..aku pandang dia...dia senyum2 je. then budak2 dok menjerit soh aku potong kek sambil nyanyikan lagu happy birthday utk aku...hampir nangis..tp x nangis pun..kang spoil mood je kan hahaha. pas potong2 kek aku keluar semula sambung mkn.

majlis bbq tu tergendala sbb tetiba ujan turun..bergegas la kami mengangkat barang2 masuk ke dlm surau. kak baini minta teruskan sbb dia kena antar anak dia balik ke rompin. aku dan isteri izzry tolong kemas apa2 yang patut n tinggalkan dlm surau tu..sbb nanti bila ujan dah berhenti sesapa yg nak sambung membakar boleh la buat demikian. aku kalo ujan ni mudah nak kena chest pain..so lepas ambil bekalan sikit utk diberikan pada mak aku...aku balik ke rumah. sesekali aku tanya ammar..ada org masak2 lagi ke..dia kata ada...ye la maunye tak..daging/ayam/sotong/kentang byk lagi yg x dibakar..tp aku dah surrender..x muat prot dah nak masuk hehe. dada plak sakit so x dpt la nak gi membantu dah. layan la gambar-gambar kat bwh ni ye.





bara yang menyala (nyanyi lagu awie)


demo cara makan sosej


ain dan keknya


Me!


nyum nyum


nyum nyum lagi


antara juadah


ayap pulak!


ujan lebat kat luar

Monday, July 18, 2011

cukur jambul, khatan, birthday

Pada hari semalam 17 Julai, 2011 bertempat di rumah mak aku, diadakan majlis cukur jambul untuk baby adam dan fatma azzahra. di kesempatan itu juga diadakan majlis khatan untuk fatma dan sambutan bday untuk asyraaf, juma n eja..sbb bday dorang dekat2 so buat sekali je la. layan gambar je la ye.



zura posing dengan sambal tempe yang siap di masak


bacaan yassin dan marhaban

mula mencukur jambul adam


fatma pula


makteh ani sedang menggunting jambul fatma


bacaan doa sebelum dikhatankan


gambo censored skit hahaha



lepas khatan...jap je nangis


as usual..kek yang jadi rebutan


masa memotong kek


Thursday, July 14, 2011

futsal kembali

hari isnin yang lalu adib inform aku yg pihak Uitm Jengka berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan dgn staf uniten. aku kata la yg reen selaku kapten pasukan kami x inform apa pun. dia lupa agaknye. 10 minit lepas tu baru la reen ping aku kat OC inform pasal mende ni. aku soh dia antar emel pada ahli pasukan kami yang lain. alhamdulillah respon dari ahli yang lain positif. rata-rata berminat untuk bermain semula. wahaaaa dah lama woooo x turun training. camne la nak lawan. aku rasa dlm 5 bulan gak x training ni.

ptg smlm waktu aku dgn darling tgh menjamu selera roti jala dan karipap free...reen telefon mengatakan yang mlm nanti akan ada game dgn student. saja je nak tgk skil. masih ok or dah berkarat. ye la training dah lama xde kan. aku kata la..esok nak training mlm ni ko dah ajak main. dia gelak je. aku kata nanti aku confirm semula whether bley turun ke tak. iye la kena la mintak restu from my darling dulu. kalo dia x bg restu xkan aku nak g jugak..tul tak? dlm keta waktu borak2 dgn darling..dia kata takpe...pegi je la main tu..dia izinkan. dlm hati..yeahoooooo.

malam lepas bg susu kat asyraf dan abiskan tgk cite princess prosecutor aku pun pegi la ke court futsal kat PPA. ikutkan takut nak drive ikut jln gelap tu haha..tp tawakal je la. sampai je ke sana tgk reen dgn amni dah sampai..tgh main sepak2 bola dgn student. farah tiba lebih kurang masa dgn aku..x lama pastu yan pun sampai. x tunggu lama tros main la. pergh! mmg debor gak ni nak main sbb dah lama sgt tak turun. tp belasah je la. as usual kedudukan aku jadi goalkeeper so jaga gawang gol je la. gol pertama diperolehi oleh student sbb waktu tu aku berangan jap hahahaha. sempat lg tu. then baru la jaga semula agar tak dibolosi lagi. takes time jugak utk kami mengejar mata sbb goalkeeper student tu bley tahan terer. sampai terduduk terbaring dia tangkap bola dr masuk gawang gol dia. nak plak padang futsal tu dah dibuat baru...mmg sedapppppppp sgt nak baring2..x perlu risau kecederaan kalau jatuh heheheh.

waktu dpt gol pertama reen menjerit kemain lagi. dr situ lagi semangat la nak main..sampai kami dpt gol yg ke 3..stop dulu dlm 5 minit. bila disambung permainan masa dah menghampiri jam 10. reen kata last goal. dpt gol ke empat dia kata nak last goal lagi. aku ckp la 'ko ni dr tadi kata last goal..kita ni dah 4-1 bila lg nak stop' dia gelak je hahaha...akhirnya lepas dpt mata ke 5 baru la permainan ditamatkan. ok la tu..dlm berkarat dpt gak 5 gol.

arini training semula. aku dah sakit tangan ni sbb jenuh menangkis serangan smlm. nak lari pun tatau la larat ke tidak. lately sakit belakang aku ni lmbt pulak nak pulih. nak wat aktiviti senaman lain pun payah. hopefully takde apa2 la..bley la aku turun bermain menentang pasukan Uitm Jengka 29/7 ni....Insya Allah.

Saturday, July 9, 2011

Tahajjud Cinta


semalam seperti biasa aku pergi ke rumah mak aku. tgk kakak aku yg dlm pantang tu demam pulak. sian dia..ada laki dah tau bini demam wat tatau je. anak2 dia yg beso2 plak kena arah dulu baru nak picit2 mak dia..kalau tak tau gaduh je sesama sendiri. aku faham keadaan orang yg demam dlm pantang ni..tensen woooo..nak layan baby lagi..pastu dgn kerenah anak2 yg lain lagi. mmg x larat sgt aku tgk dia. aku bukak peti sejuk n nampak ikan jaket..aku masak je la utk dia..buat ikan bakar, sawi masak air n buat air asam. apa2 aku soh kakak aku mkn dulu..jgn bg perut kosong. dlm hati aku mmg nyumpah laki dia..x jenguk pun bini yg x sihat tu. anak dia bitau ayah dorang ada kat umah tido...hampeh punya laki. ok enuff with kutuk2.

dalam pukul 8pm waktu aku tgh syok melayan cite oh! my lady kat animax ada org datang jemput mak aku utk pergi mengurut. mak aku minta aku temankan kakak aku sementara. abis je cite tu aku tukar ke tv3 sbb kul 9pm ada cite baru kat slot zehra>>>>>tahajjud cinta. baca sinopsis dia mcm best je so teruja la nak tgk. waktu tgk tu waaaa not bad...for a first episod. cite ni ada 13 episod. nampak gayanya every friday nite mmg aku melekat kat dpn tv layan cite ni je la (bulan pose camne? x tarawih ke?) di bawah ni aku sertakan sedikit sinopsis cite ni..pada sesapa yg x tgk lg la:

'Tahajjud Cinta' mengisahkan tentang pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri (Tan Sri Jins Samsuddin & Azizah Mahzan) yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi. Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama.

Perjalanan hidup mereka mula dihujani dengan pelbagai dugaan dan tekanan hebat setelah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di Malaysia. Sekembali di Malaysia, ibu bapa Citra sangat terkejut dengan perubahan dan kelulusan yang diperolehinya. Begitu kecewa dengan tindakan Citra, ibu bapanya tidak merestui Citra yang berazam untuk meneruskan impiannya sebagai seorang peguam Syariah.

Namun, segalanya berubah apabila kakaknya, Emelda (Tiz Zakiah) terseksa akibat keganasan yang dilakukan oleh suaminya (Heryanto). Melihat kesungguhan Citra membela Emelda daripada penindasan suaminya, ibu bapa Citra akhirnya merestui perjuangannya.

Berlainan pula dengan nasib Seri, di mana dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai peguam Syariah. Di atas permintaan bapanya (Ahmad Tarmimi), Seri dipaksa bernikah dengan Ustaz Shauki (Eman Manan) yang selama ini telah membiayai pengajiannya Seri di luar negara. Malangnya, Seri menjadi mangsa deraan Ustaz Shauki yang sudah mempunyai 3 orang isteri (Eirma Fatima, Melissa Saila & Dira Abu Zahar). Seri juga terpaksa melupakan cintanya terhadap Solohudin (Remy Ishak), anak kepada Ustaz Shauki.

Situasi ini juga menghiris perasaan ketiga-tiga isteri Ustaz Shauki yang juga sangat cemburu terhadap Seri. Walaupun terseksa, demi keluarga Seri tetap tabah dan redha meneruskan hidup, jauh dari cita-citanya yang ingin berjaya sebagai seorang peguam Syariah. Akan tetapi, situasi bakal berubah apabila munculnya Armani (Neelofa).

aku copy sinopsis ni kat satu blog. cuma ada yg aku kompius skit la dgn sinopsis ni. dlm ni dia kata nanti seri kawen dgn ustaz shauki tu. tp setau aku..yg aku tgk cite smlm ustaz tu dah ada isteri 4 org..ada ke yg kena cerai nanti utk membolehkan ustaz tu kawen dgn seri ni? only time will tell..kena tunggu je la kan episod seterusnya. aku agak mesti si fazura dgn fauziah ghous tu amik masa yg agak lama utk belajar bahasa arab...sbb tgk dorang ckp mlm tadi pun mcm susah je heheeh..neway good effort w/p lmbt...anything utk berlakon kan. tahniah eirma (tambah huruf i plak ek) atas penghasilan cerita ini.

Wednesday, July 6, 2011

ponteng dengan darling

kalau korang baca tajuk kat atas tu mesti bengkek je kan hehehe..actually aku mmg dah apply cuti dari awal tp saja je guna word ponteng tu. x kisah la sapa yg baca blog ni..sbb yg baca pun org-org yg aku invite je...yg x dpt invitation tu..paham2 sendiri la ya..anda mmg x dialu2kan kat sini.

aku ambil cuti tu sbb bday darling 6/7. ingatkan nak ambil hari rabu tp my BFF pun dah apply cuti awal2 untuk bwk babynya ke kuantan wat regular checkup so aku awalkan sehari. sib baik takde keje yg urgent sgt so bley la memonteng dgn aman. utk bday darling yg disambut advance sehari (ye ke sambut..then how come no cake?') takpe..cake tu belakang kira.

kesempatan memonteng smlm aku dgn darling pegi melawat rumah kami dekat desa hijauan gambang resort city tu. tp aku tgk nama taman tu dah tukar..bukan desa hijauan dah..tp taman gambang damai. aku siap ckp kat darling beli mangga dgn rantai sekali..utk rantai pintu pagar. sampai je kat umah tu..aku dgn darling terkejut! sbb tgk pintu rumah terbuka..pastu tingkat dapur dgn tingkap bilik belakang pun terbuka...bila aku masuk rumah tu..aku tgk pintu dapur dgn pintu pagar belakang pun terbuka...ni yg buat aku murka ni...darling pun nak marah gak. pastu try kunci sliding door tu..masalah masih sama...walaupun dikunci masih boleh ditolak padahal mende ni pernah diberitau pada pemaju. waktu tu jugak aku ajak darling pegi ke pejabat pemaju utk wat komplen. org kat opis tu tepon sorang staf dia n org tu dtg tgk keadaan pintu rumah tu. pas cek punya cek...dia kata takde cara lain..terpaksa pecahkan dinding tu untuk betulkan kedudukan sliding door tu. aku ckp kat darling takpe..biar je la dia buat..yg penting pasni takde masalah dah..lgpun bukan kena bayo hahaha. aku gi tgk rumah sekitar situ yg belum didiami org..aku ambik flyer utk pasang gril kat umah. darling kata nanti ptg la tepon utk tanya harga etc3x.

lepas setel bab rumah..aku dgn darling terus ke kuantan..ke mana lagi kalau bukan ke ECM. tujuannya????????? nak tgk transfmormers 3 la hahaha. waktu sampai tu aku tgk dah ramai org beratur utk beli tiket. aku ni jenis special case. dah tau mende mcm tu aku tempah online. cuma perlu pegi ke kaunter e-payment/reservation je. waktu tu aku sorang je beratur kat situ. org2 lain cuak je tgk. minah kat kaunter tu tanya aku 'ye kak..ada apa' aku kata la nak ambil tiket. bila dia tanya dah wat reservation ke? aku berikan no reservation aku dan dia terus printkan tiket. sekali lagi aku tgk org2 lain yg beratur kat deret tu cuak je hahahaha.. aku sengih je gi kat darling cite kat dia..then aku ckp 'nasib la kan..sapa soh x reserve online' wakakakaka. darling kata dah lapar..kita brunch je la..n dia kata..nak mkn pizzahut la..coz dah berzaman x mkn kat situ. aku pun ngikut je la. sampai situ tros order apa yg nak. 2 chicken spaghetti bolognese, 2 mushroom soup, 1 garlic bread, 2 ice lemon tea, 1 regular size cheezy larva supreme chicken pizza...total???? RM60.30 muahahaha. darling kata takpe la...sesekali..then aku kata sbb ni advance bday dia..aku setuju utk bayo separuh...50-50 la hehehe. bila prot dah kenyang..tros ke GSC. aku kata mmg prot kenyang tp sambil tgk wayang mesti nak ngunyah gak so aku beli la popcorn (wahaaa manyak mkn...bila nak slim ni). tempat yg aku pilih mmg cun..ye la beli online kan..so bley pilih seat..aku ambil B07 dan B08. sangat2 puas ati (tp tiap kali aku tgk wayang mmg ambil seat tu pun hehehe)

layan cite tu mmg the very the puas atinye. di campur pulak dgn sub yg agak kelakar. ye la..sampai word 'poyo' dgn 'apa jadah' pun ada gak hahaha..sapa la yg buat sub tu. setau aku 3D movie takde sub..tu yg terkejut smlm ada sub lak. but bagus la..mmg wat org gelak bila baca sub tu. yg x bestnye ada la sorang hamba Allah ni bwk anak dia..aku agak umur asyraf kot..meraung 3-4x sepanjang cite tu..eeeee spoil the mood betul la. ada part kelakar...sakit ati..n sedih..hampir gak la nak menitiskan air mata bila tgk bumblebee hampir dibunuh tp x jadi nak kuar sbb dia selamat hahaha (bley gitu). overall aku bg cite tu 9.9*/10. mmg puas ati la..berbaloi abiskan duit utk beli tiket n memonteng tu hehehe. darling lak kata..cite tu mcm ada x logik..pastu dia huraikan la apa yg x logik tu..aku kata..maybe michael bay saja wat camtu..nak kumpul modal utk wat sambungan transformers 4 lak hehehe.

otw balik aku beli barang yang mak pesan. then pas 'berdating' darling tepon org yg pasang gril melalui flyer yg aku ambil tu. sorang tu kedai jauh sgt..dah nak masuk bandar kuantan..so kiv. sorang lagi mmg dekat area gambang n dia bitau darling contoh rumah yg dia pasang gril kat area umah aku tu. aku dgn darling pun kembali la ke sana utk tgk contoh tu. pas puas bincang darling kata ok..nanti bila nak pasang dia tepon semula..org tu bg best price..utk 1 rumah RM1.4k. ok la tu kan. yg penting sumer bergril. takdela aku risau nak pasang kipas dgn lampu dah pasni. waktu nak balik ke MS tu..aku benti beli durian..sbb nak wat pulut serawa..mak aku nak antar laksa kat balai desa..bley la aku tumpang sekaki..tp aku dah ckp kat darling..bwk balik durian tu kat PU dulu..kalo tinggal umah mak kompom abis kena ratah...tp...mlm tu aku plak yg x tahan godaan..aku soh gak darling bukak sebijik..abis la kitorang berdua ratah hahaha. another 3..bley la guna utk wat pulut serawa tu.




tujuan utama ponteng



regular size cheezy larva supreme chicken pizza

darling rasmikan spaghetti bolognese


aku punya



ice lemon tea utk basah tekak