CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 14, 2011

futsal kembali

hari isnin yang lalu adib inform aku yg pihak Uitm Jengka berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan dgn staf uniten. aku kata la yg reen selaku kapten pasukan kami x inform apa pun. dia lupa agaknye. 10 minit lepas tu baru la reen ping aku kat OC inform pasal mende ni. aku soh dia antar emel pada ahli pasukan kami yang lain. alhamdulillah respon dari ahli yang lain positif. rata-rata berminat untuk bermain semula. wahaaaa dah lama woooo x turun training. camne la nak lawan. aku rasa dlm 5 bulan gak x training ni.

ptg smlm waktu aku dgn darling tgh menjamu selera roti jala dan karipap free...reen telefon mengatakan yang mlm nanti akan ada game dgn student. saja je nak tgk skil. masih ok or dah berkarat. ye la training dah lama xde kan. aku kata la..esok nak training mlm ni ko dah ajak main. dia gelak je. aku kata nanti aku confirm semula whether bley turun ke tak. iye la kena la mintak restu from my darling dulu. kalo dia x bg restu xkan aku nak g jugak..tul tak? dlm keta waktu borak2 dgn darling..dia kata takpe...pegi je la main tu..dia izinkan. dlm hati..yeahoooooo.

malam lepas bg susu kat asyraf dan abiskan tgk cite princess prosecutor aku pun pegi la ke court futsal kat PPA. ikutkan takut nak drive ikut jln gelap tu haha..tp tawakal je la. sampai je ke sana tgk reen dgn amni dah sampai..tgh main sepak2 bola dgn student. farah tiba lebih kurang masa dgn aku..x lama pastu yan pun sampai. x tunggu lama tros main la. pergh! mmg debor gak ni nak main sbb dah lama sgt tak turun. tp belasah je la. as usual kedudukan aku jadi goalkeeper so jaga gawang gol je la. gol pertama diperolehi oleh student sbb waktu tu aku berangan jap hahahaha. sempat lg tu. then baru la jaga semula agar tak dibolosi lagi. takes time jugak utk kami mengejar mata sbb goalkeeper student tu bley tahan terer. sampai terduduk terbaring dia tangkap bola dr masuk gawang gol dia. nak plak padang futsal tu dah dibuat baru...mmg sedapppppppp sgt nak baring2..x perlu risau kecederaan kalau jatuh heheheh.

waktu dpt gol pertama reen menjerit kemain lagi. dr situ lagi semangat la nak main..sampai kami dpt gol yg ke 3..stop dulu dlm 5 minit. bila disambung permainan masa dah menghampiri jam 10. reen kata last goal. dpt gol ke empat dia kata nak last goal lagi. aku ckp la 'ko ni dr tadi kata last goal..kita ni dah 4-1 bila lg nak stop' dia gelak je hahaha...akhirnya lepas dpt mata ke 5 baru la permainan ditamatkan. ok la tu..dlm berkarat dpt gak 5 gol.

arini training semula. aku dah sakit tangan ni sbb jenuh menangkis serangan smlm. nak lari pun tatau la larat ke tidak. lately sakit belakang aku ni lmbt pulak nak pulih. nak wat aktiviti senaman lain pun payah. hopefully takde apa2 la..bley la aku turun bermain menentang pasukan Uitm Jengka 29/7 ni....Insya Allah.

0 comments: