CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 11, 2009

lompat tikam



nah keli ni paras rupa lompat tikam dgn resepi sekali..ko sohla linda buat kalo nak tau rasa dia..if sedap dia pandai buat..if x sedap..lidah ko tu yg problem hahahah

KUEH LOMPAT TIKAM
Bahan Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
3 cawan santan cair
1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
1 s/k air kapur
secubit garam

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang.
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
3. Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
4. Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kueh supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat.


Bahan Lapisan Putih
1.5 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
4 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan bahan kueh ini sekejap diatas api.
3. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
4. Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan
5. Bila dah sejuk potong kueh dan hidangkan dengan air gula merah.

Air Gula Merah
Bahan
1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan [ koyakkan]

Cara
1. Masakkan semua bahan sehingga mendidih.
2. Tapiskan dan hidangkan bersama kueh lompat tikam.

4 comments:

sara said...

ooo wat cam tu ekk..kalau kat kelantan tak de cam bentuk gitu..pulut dia main gumpal2 je....yg putih2 tu pun lembik skit n main campak je jugak...wakakakak

jebat_durhaka said...

tq kay....rajin ko tepek kan gambo kuih tu, aku ingat lg memula dulu kita kat ss penah bebual pasal kuih ni..baru ari ni aku tengok ghuper nya wkakaakakakak

manja-art01 said...

laaa ko baru tau rupa dia arini ke jebat..selama ni ko pernah mkn ke tak kuih ni wakakak..nanti soh la linda watkan..kalo malas beli je kat kedai. nak wat kuih ni kena hati2 n penuh sabar..takut kang terlembik or terkeras..kekadang bley terhangit gak hiks!

manja-art01 said...

kalo wat sendiri ikut suka kita nak potong camne sara..tp kalo jual kat kedai tu dorang letak dlm bekas plastik yg bulat tu..sini ada jual rm1 ada jual rm1.50. kalo malas mmg beli je..kuih wajib tu hahaha. pssst yg lembik tu akak suka esp kalo lebih santan..yummyyy