CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, June 2, 2009

demam, batuk, selsema, ruam di kepala


masuk hari ini dah 2 minggu asyraaf demam+batuk+selsema dan ruam di kepalanya makin bertambah. waktu siang dia nampak mcm aktif sebab badan dan kepalanya panas lebih teruk pada waktu malam. namun yg paling menyedihkan aku bila mendengar dia batuk. kesian betul bunyinya. suara manjanye pun dah ilang..makin husky jadinya. lebih memburukkan keadaan bila biji2 di atas kepalanya makin bertambah hari ke hari. dah macam2 yang aku lakukan. daripada letak daun duri 7 bilah yg ditumbuk hingga masuk hutan cari daun ribu2 dan diblend bersama beras utk dijadikan bedak..namun begitu biji2 itu tiada tanda2 untuk kurang.

aku dah bawa dia ke klinik dan memberitau doktor bahawa anak saudara pengasuh yang menjaga asyraaf juga dah berjangkit. doktor cuma memberi antibiotik untuk dimkn dan ubat sapu. katanya tgk dalam seminggu. adusss la hai kena tunggu seminggu pulak. nampak gayanye kalau by saturday ni x baik jugak bijik2 kat kepala asyraaf tu..aku terpaksa membatalkan niat utk balik jementah dan balik ke kampungku menghadiri majlis perkahwinan. bukan apa..takut nanti berjangkit pulak kat orang lain. memang misteri betul. nak kata chicken pox..tak mungkin sbb dia cuma tumbuh di kepala sahaja. kesian melihat asyraaf yg hanya menangis je menahan sakit. mesti biji2 tu berdenyut2. nampak mcm dah ada nanah je. ditambah pulak dgn batuk yg tak baik2 tu. dia menangis seolah merayu kesakitan waktu batuk. kadang sampai muntah kahak. siannye anak mummy!!!!.

malam tadi barula dia lena tido bila aku basahkan towel dan lilit di lehernya. kalau tidak boleh dikatakan setiap 15 min dia akan terjaga batuk dan menangis..puas dipujuk tp tak berenti..bila dah penat baru berhenti. sabar ye sayang..mummy akan pastikan yg asyraaf akan sihat seperti selalu. mummy akan buat apa saja utk asyraaf asalkan dpt lihat asyraaf ketawa kembali huhuhu.

6 comments:

abgBro said...

aku sgt brsimpati dgn ujian yg menimpa ko sekeluarga n baby asraf, aku hanya mampu mngungkapkn kata2 semangat dan doa utk keselamatan dn kesejahteraan hangpa...

dh cuba madu lebah+air suam utk batuk asraf tu?

jebat_durhaka said...

cian nya asraf....harap harap agar asraf cepat sembuh ye

manja-art01 said...

poklah - aku dah bg madu lebah dgn air suam kat asyraaf utk batuk tu. tp dia muntahkan kembali dgn kahak2. x sanggup aku tgk dia menahan sakit lepas muntah kahak tu

manja-art01 said...

keli - thanx ye. aku pun harap dia sihat dgn cpt.

Bukan Bidadari said...

hhuhuhuhuhuhhuhu..... pergi sepital x bole ek? huhuhuhuhu... meen kalau x sihat mcm tu aku yg gelabah giler...cam hari tu...sampai kene xray meen tu...sebabnyer batuk yg kritikal.... bile dah tahu result... alhamdulillah... tenang skit jiwa... hahahaha

nota kaki : antibiotik tu makan sampai abis... huhuhuhu..aku dah tanya dokter... khabar angin yg menyatakan antibiotik tak elok... adalah TIDAK BENAR....

manja-art01 said...

aku pun gelabah yg amat red. pegi spital? adesss aku x tahan menunggu lama. spital sini lembabnye lebih teruk drpd siput. antibiotik yg doktor bg mmg dia pesan abiskan dlm masa seminggu. aku bg smlm pun dia sembur2 je tp aku tetap soh dia telan. alhamdulillah ubat tu membantu la dia tido lena.