as of today, alhamdulillah asyraaf ada menunjukkan kemajuan. biji2 di kepalanya nampaknya makin surut. dah takde biji yg baru tumbuh nampaknya. batuk dia pun dah tak seteruk sebelum ni. dia dah mula aktif bermain. senyuman yang dirindui jelas terbayang di wajah comelnya. mungkin kerana dia belum pulih sepenuhnya..dia masih belum mahu bermain dgn orang lain. nak berkepit dgn aku ataupun daddynya sahaja.
yg seronoknya semalam di kala aku dan suami menonton tv, dia kelihatan bermain sendirian. dipanggil-panggil dia cuma memandang saja tapi tanak dtg ke arah kami. suamiku meminta aku memeluk dan menciumnya sbb dia tau tu je taktik utk asyraaf dtg ke arah kami. aku pun peluk dan ciumla suamiku sambil kami berdua2 berkata 'sayang mummy..sayang daddy' bila asyraaf dgr je begitu..dgn pantas dia merangkak ke arah kami hahaha. bila dah sampai je dia tolak aku dan tampar2 muka daddynya..jeles la tu konon hahahaha. mmg indah betul saat itu. cuma kami bertiga saja di rumah sebab anak-anak aku yg lain mengikut emak dan adikku ke pesta pantai di rompin. malamnye baru mereka balik.
mungkin sbb rasa bdn pun ringan n batuk pun kurang..dia puas bermain smlm sampai tido pun agak lewat. pukul 9 baru dia tido. kalau tidak seawal 7pm dia dah pengsan hehe. alhamdulillah...bahagia rasa bila tgk dia semakin sihat..tp selagi dia x sihat sepenuhnye..selagi tu la kita berkampung di rumah atok ye sayang hehehehe
11 Trik Slot Higgs Domino Paling Sip
2 years ago
1 comments:
Alhamdulillah...
Post a Comment