CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 28, 2009

Kisah Tikar Getah

first of all aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri pada pembaca blog aku ni. raya tahun ni tak semeriah mana..biasa je..some more kami sekeluarga masih berkabung. cite pasal raya nanti aku letak kat post lain la. ni aku nak cite pasal tikar getah yg aku beli utk rumah mak aku.

pada 17/9/09 yg lalu aku dan suami pegi la merayau every kedai perabot kat muadzam ni nak cari tikar getah untuk menukar tikar getah kat rumah mak aku. dah 4 thn tikar getah kat rumah mak tak bertukar. warna pun dah pudar. first kedai pegi takde corak menarik n harga mahal gilos utk segulung. then pegi ke kedai kedua..wahaaa..dah jumpa satu corak yg menarik minat mata aku. tp malangnye ada 1 gulung je. rumah mak tu kena beli 2 gulung baru cukup. tokey kedai kata dia x pernah amik satu2 corak tu lebih dr 1 gulung. hampa tul rasanye. so aku ckp kat hubby takpe la kita cuba cari kedai lain if ada segulung lagi corak mcm ni bley la tambah. hubby mintak staf kedai tu simpan segulung tu sampai tgh hari esoknye (18/9/09). hubby mencadangkan kitorang pegi ke bandar tun razak utk cari kalau2 ada tikar getah yg sama. aku iyekan aje. almaklumla bos dah start cuti..mak datin lagi la sbb bos tarak..dia pun wat opis tu mcm dia punya hahahaha. cuba cari kat kedai perabot di kaw. industri pun takde...so ke BTR la jwbnye.

sampai je ke BTR...abis sumer kedai perabot aku cari. siap tepon adik aku tanya mana dia beli tikar getah. tup2 jumpa lak dgn laki dia wakakakka. so laki dia bwk la pegi ke setiap kedai yg jual tikar getah. malang lagi sbb hampir smer kedai kata dah takde corak yg cantik..org dah rembat. yg ada sumer corak tah apa2. adik ipar leh cadangkan..pegi je la ke segamat wakakakka. sedap je mulut mencadang. laki aku OT weh mlm tu..mana bley pegi. so balik opis dlm 3.30 pm hahahah. jaat tul aku..yg bestnye..mak datin tu kul 4.pm baru sampai opis..alasan dia 'saya kemas rumah mili...sbb esok dah nak balik kg kan hahahaha..

esoknye aku tekad..tiap kedai perabot nak masuk..nak cari gak corak yg aku suka tu. first thing first..cari baju raya anak2 n borong kuih raya dulu. sampai segamat ujan lebat yg amat. tp biasala pompuan..kalo takde tsunami ke ribut topan..redah gak ujan tu..semangat soping punya pasal hehehe. pas abis membeli aku n hubby mula pegi kedai perabot yg kitorang beli tilam tu tp dorang x jual tikar getah. bila tanya kat mana jual ada la dia bitau few kedai tp nak mencari x reti hehe. hubby kata..gamble je la..kalo x jumpa kita gi cari ke buluh kasap. then otw tu jumpa satu lg kedai perabot kecik..but tokey kata tak jual tikar getah gak. hampa lagi.

waktu lalu dpn rejinah aku ckp kat hubby..jom la try tanya kat sini sbb dorang jual karpet n tikar buluh tu..mana tau ada jual tikar getah tu ke. mula hubby tamo gi sbb katanye jauh nak parking nanti berat nak bwk tikar getah tu. aku kata cuba je tgk..kalo ada nanti pepandai la nak bwk camne. so hubby ikut je la. sampai je kat rejinah aku tgk ada lebihan tikar getah yg dipotong. aku ckp kat hubby 'ayg rasa ada la bang..see ni ada lebih tikar getah'. so aku jln straight ke dlm kedai tu gi ke belakang sekali..tgk ada byk tikar getah. mata aku melilau tgk n wallaaaaaaaa...akhirnya!!!!! jumpa gak tikar getah yg aku idam2kan. siap ada 2 gulung lagi tu. aku punya excited..aku menjerit..ALHAMDULILLAH!!!!..abgggg..i found itttt..haaa amik ko..sumer pengunjung rejinah tu pandang aku wahahahahahhaha. hubby senyum je..dia kata.. satu je kan..aku kata tak la..ni ada dua..dia pun excited sama. tros tanya minah tu baper rega segulung. pas minah tu bitau kitorang kata nak beli 2 gulung..dia turunkan rega lagi n ckp gi bayo dulu nanti bwk keta ke depan kedai ni..pekerja lelaki leh tolong angkat masuk keta.

aku mmg suka sesangat sbb berjaya gak hajat aku nak beli tikar getah utk rmh mak aku. oleh kerana masa pun dah lewat hubby pecut kereta selaju mungkin. ngam2 je sampai rumah org berbuka hehehe. mlm tu bila bwk turun tikar getah dr keta adik badik aku sumer puji kata lawo corak dia..waaaaa kembang idung aku weh hahahahaha. mak aku memula kata x minat dgn corak dia sbb katanye tu corak org muda..tp bila dah siap pasang kat rumah tu n org2 yg tgk pun puji..baru dia kata..ye la bila dah pasang lawo plak tikar getah ni hahahaha..suka aku weh tgk mak aku mcm tu. sbb mmg sebolehnye aku nak tgk dia gembira di hari raya ini..w/p dlm hatinye..Allah je yg tau.....