CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 26, 2011

Rumah baruku

Syukur alhamdulillah..rumah baru yang aku dan darling beli dekat desa hijauan, gambang resort city dah siap sepenuhnya. tadi aku pegi uruskan mengambil kunci. oleh sbb darling kerja..aku pegi bwk sumer askar2 aku tu dgn 2 org anak buah aku as peneman. punya la kalut...aku bertolak lebih kurang 9.45pagi sbb nak make sure sampai ke pejabat pemaju sebelum pukul 1. sesudah sampai ke pejabat pemaju dekat indera mahkota..aku diminta untuk pergi ke site office dekat desa hijauan..adess..keluar dari bandar kuantan..dalam 20 minit jugak la nak ke sana. bila aku sampai ke site office..aku diserahkan kunci dan diminta utkmelihat rumah aku tu..apa yang kurang n kerosakan yang ada. wakil pemaju kata..cantik no umah akak ni..apa taknye..lot rumah aku 321...rumah aku plak no 10..di lorong 10 hahah mmg cantik kan??

aku tros bwk askar2 tu g melawat rumah baru..suka kemain lagi mereka..diexplorenye rumah tu masuk tiap bilik, toilet..pastu main keluar masuk rumah. aku cek rumah tu dr segi electric port utk lampu, kipas dan yg sewaktu dgnnya..mana yg takde aku catit dekat kertas yang diberikan. yg kelakar tu..sliding door aku xleh dikunci. aku kembali ke site office bersama komen2 aku. wakil pemaju kata dia pegang 1 set kunci aku dulu utk baikpulih kerosakan kemudian baru dikembalikan..aku kata ok je. lepas selesai urusan rumah..aku bwk budak2 tu mkn sbb memasing dah kebulur hhehehe..overall mkn 7 org cost RM31. bila prot dah kenyang..aku bwk dorang masuk ke bandar kuantan semula..sbb antara tujuan utama aku ke kuantan sbb nak beli buku latihan anak2 aku..x lama lagi dorang nak exam..mengharapkan buku teks n apa yg dipelajari kat skolah je x cukup especially ain yg x hadir ke sekolah hampir 2 minggu tu. byk gak buku latihan yg aku beli..abis la RM149.

hari dah semakin petang..kakak aku pesan belikan ayam bbq kat giant n roti croissant. waktu ke Giant tu omak aiiiii punya la susah nak cari parking..kena queue baru dpt..asyraf siap tido sementara tunggu dpt parking hiks!. bila dah beli apa yg diperlukan..aku tgk jam dah pukul 4 lebih..isy x leh lama ni..aku ajak dorang balik...dalam 5.50pm aku sampai. letih masih terasa ni huhuhu.




Dpn rumah


Ruang tamu


master bedroom


3rd room


3rd room

2nd room..bilik ni besar jugak..tp budak ni soh snap gambo dia lak tu yg nampak tang ni je

Thursday, February 24, 2011

Syukur Alhamdulillah

akhirnya anak-anakku sihat seperti biasa. Ain sudah kembali ke sekolah start hari ni. ari isnin tu dia kena warded sbb doktor nak pantau keadaan dia. ingatkan lama sgt kena warded. beriala darling ambil cuti sbb nak jaga dia kat wad. dia kena masuk drip dlm 2 botol lebih..esoknye darling kata ain dah nampak sihat..dah selera mkn..doktor tgk pun kata..dah boleh keluar..dia bg ain MC sampai semalam. Alhamdulillah..seronok aku dgr berita ni. nak pulak waktu balik ptg tu tgk dia nak mkn je..betul la ckp sahabatku dr. zul..kalau dr mula2 lg masukkan ain kat wad..setel sbb bila masuk drip sihat la budak tu hahaha...doktor kata ain ada masalah gastrik...perut kosong. dahtu camne x kosong kalau makan x leh.minum x leh..asyik nak muntah je..jgnkan nak mkn...bau pun dah boleh buat dia muntah. apa pun..alhamdulillah..dia dah sihat seperti biasa.

ain sayang..mummy akan tunaikan janji mummy waktu ain x sihat tu... tungguuuuuuu

Wednesday, February 16, 2011

pas sorang...sorang kena

buntu..blur...tatau nak wat apa..tu yg aku rasa skang ni. apa taknye anak aku sorang demi sorang sakit prot..mula asyraaf yg kena drpd hari selasa last week..sampai hari ni belum pulih sepenuhnya..dia tetap minta urutkan perut dan sapu minyak..pas bg mkn ubat dia cuma lega bila muntah je..then there's ain yg kena lepas dia. yg ni x abis2 dengan muntah. mkn muntah.. minum muntah..x mkn or minum apa2 pun muntah. aku takut sakit siyes je so smlm aku soh darling bwk ain ke hospital. doktor masukkan air dan cek darah. doktor x dpt bg jawapan pasti ttg sakit ain..yg pasti dia kata bukan appendix. lama jugak dia kat hospital tu..drpd pukul 6.30 sampai 10 malam. darling telefon n tanya..nak tahan ain kat wad ke tidak..doktor bg pilihan. katanya kalau masuk wad dorang boleh monitor ain..tp memikirkan kat umah tu adik badik dia yg lain pun sakit..so takde org nak jaga dia kat spital..aku ckp kat darling bwk je la dia balik. if masih takde perubahan baru kita masukkan dia kat wad.

aida pulak demam n sakit kepala kat umah tu..adess..mcm bertimpa2 plak. darling sempat berseloroh 'ammar..awak je yg kebal ye..x sakit lg' aku ckp la tadi ammar dah ngadu yg dia pun sakit prot tp aku cepat2 bg dia mkn ubat supaya x melarat. mak aku kata sakit ni mcm serang satu rumah..sebelum ni dah baper rumah org yg dia pegi ngadu sakit prot jugak..abis satu rumah kena..kali ni umah kita pulak yg kena..sabar je la n tawakal..terus usaha berubat.

sesungguhnya aku x tenang dtg keje ni..memikirkan budak2 tu kat rumah. tp mak kata mak akan jaga dorang..kalau ada apa2 nanti mak akan bitau. Ya Allah....sembuhkanlah sakit anak-anakku ini..aku x sampai hati tgk mereka tanggung sakit tu..biarla aku je yg tanggung sakit mereka....AMEEENNNN

Monday, February 14, 2011

sian dia



dah hampir seminggu asyraaf sakit perut. aku pun tatau apa punca n apa yg perlu dibuat utk ubati dia. cara tradisional dah try..ubat doktor pun dah try..mmg dah buntu paler aku ni. nak kata dia cirit birit takde pulak..cuma dia kata sakit perut je n selalu soh aku urut2 prot dan belakang dia..dah puas bg minum air kelapa..letak madu+kapur kat prot..tp dia lega kejap je..bila kesan dah ilang..sakit semula..merengek2 la dia. pakcik dia tolong ubatkan pun stil takde kesan..mak aku letak sirih+daun jambu batu utk dibuat barut pun kesan x lama. dia tetap mengadu sakit prot. waktu aku bg dia minum air kelapa..hirupan pertama je dah buat dia muntah then dia tamo minum dah..aku pujuk2 jugak..aku kata nak sihat kena minum..dlm tanak tu dia minum skit2..tp dia kata 'tanak..nanti muntah'


waktu aku g kuantan pun dia x seceria or seriuh mana..nampak sgt dia x sihat..tp cuba gagahkan diri jugak utk ikut kami ke kuantan..balik je dr kuantan dia ckp lg yg dia sakit prot. aku cuba pulak bg ubat berangin yg khusus utk sakit prot..tu mmg ubat utk dia la..dgn harapan dia akan sembuh. dia mkn...tp kurangnye sikit je..dia tetap juga merengek2 minta urut2kan prot dia..mmg x lena aku tido sbb risaukan dia...mlm tadi..ain pun ngadu sakit perut jugak. yg ni lagi la teruknye..muntah memanjang..pas bg mkn ubat..sapu madu dgn kapur tu..dia muntah x abis2..dekat 5 kali ulang alik ke toilet sbb muntah.


sampai pg tadi ain masih muntah2..asyraf cuma muntah 2x sejak dia sakit prot rabu yang lalu. berak kuranggggg sgt...mak aku kata musim org sakit prot lak skang ni sbb mak pun sakit prot jugak. Alhamdulillah aku dgn darling x kena..kalo sumer tumbang..sapa nak jaga sapa nanti kan? huhuhu...kakak aku nasihatkan agar aku baca fatihah..selawat..doa tiap kali buat susu or nak bg air pada anak2 aku sbb katanye..doa ibu tu mustajab..kita tawakal je la..so itu je la yg aku buat..kalau boleh aku nak dorang sihat semula..x sampai ati tgk dorang tanggung sakit. ain tu muka dah pucat lesi..asyraf lak mata kuyu je dan asyik pegang perut memanjang. Ya Allah Ya Tuhanku..sembuhkan la sakit anak2ku ini..biarla aku yg tanggung sakit mereka......