CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 25, 2012

Ain part 1





anak no 2 aku ni asyik kurang sihat je lately. jadi untuk menyedapkan hati dan rasa ingin tau sakit dia apa aku dan hubby bawak ain ke pakar pediatrik di Kuantan Medical Center (KMC). Memang pada mulanya nak bwk dia pegi ke KSH je tapi sebab ada cite yang kurang enak didengari lately tentang servis di KSH tu..aku batalkan niat. aku ckp kat hubby..takpela kita kuarkan duit kat hospital bukan panel..asalkan hati kita puas ati dgn servis doktor tu.


so pada hari sabtu yang lalu..21 Januari 2012..aku pun bawa ain ke KMC. awal pagi lagi bertolak sebab operasi mereka half day je. setibanya aku di sana aku tros daftarkan ain dan diminta untuk pergi berjumpa dengan pakar pediatrik..Dr. Yeoh. aku menerangkan pada doktor simptom2 sakit yang ain alami. daripada sakit tulang kaki ..sakit kepala..sakit perut. Dr Yeoh tanya b4 this x pernah buat apa2 test ke. aku dgn hubby apa lagi..ckp je la..pegi spital gomen tapi dorang x pernah pun nak buat test2 tu sumer. kalau boleh aku nak pihak KMC buat pemeriksaan menyeluruh. Dr. Yeoh pun sarankan utk buat blood test, Xray both legs, cek mata. lepas siap buat tu seme pegi makan dulu..1.5jam kemudian baru jumpa dia semula.


aku pun buat la seperti yang diminta. memang superb la layanan doktor dan pekerja2 di sana. maybe sebab dia tau people pay for their service. lepas cek mata ain buat xray kaki..then ambil darah..lepas tu kami g mkn di restoran berdekatan..lepak kat megamall..aku bwk ain beli buku2 cerita dekat popular bookstore. lepas 1.5 hour kami kembali ke KMC. Dr. Yeoh menyatakan sumer test untuk ain NORMAL..aku ulangi NORMAL..tiada apa2 masalah pun..adoyaiiiii..aku dgn hubby kata..bihtu dia sakit apa kalau semua normal??? Dr. Yeoh kata..kita tgk dulu perkembangan dia..kalau lepas ni dia sakit lagi..no choice kena buat MRI la..tp dia ckp awal2 kos utk MRI mencecah RM1k++++. ain plak bila doktor kata sumer normal dia bley menjerit yayyyyy..sabo je la aku..sebelum keluar dari bilik Dr. Yeoh dia kata akan berikan ubat tahan sakit untuk ain dan pesan lagi..jika ain tetap mengadu sakit kepala..datang kembali n buat MRI tu...dlm hati aku..hmmmm kena la korek tabung sana sini utk bayo kos MRI tu..kos lain lagi.


jumlah kos yang dikeluarkan untuk hari tu...RM240 lebih kurang. sib baik aku mmg siapkan lebih sbb tak pernah bwk pegi spital pakar swasta. apa pun masih berpuas hati dgn layanan yang diberi. waktu perjalanan balik tu..hubby minta aku telefon ustaz salehuddin yang mengamalkan perubatan islam darussyifa'. tp sayangnye waktu aku telefon beliau menyatakan waktu rawatan untuk siang dah abis..1/2 day juga..kalau nak..dtg malam la..dari pukul 8.30 pm..hubby kata next time je la pegi..sbb kalau pegi jugak waktu tu..kul baper nak balik MS. aku dan hubby x henti2 berpesan pada ain..apa yg tak boleh dimakan dan hanya mampu berdoa..semoga dia akan lebih sihat lepas ni.


setibanya aku di rumah mak..aku citekan segalanya pada mak siap tunjukkan xray kaki ain dan laporan perubatan ain. mak kata..kita tgk je la..kalau masih sama..cuba cara tradisional/islam. malam tu ain ikut tido di PU...esoknya Ahad..dia masih tido di sana dgn hubby..aku tido kat umah mak.


hari isnin...pagi dia dtg ke rumah mak menangis..bila aku tanya hubby kata dia mengadu sakit kepala dan demam.....


bersambung di part 2.......

Friday, January 20, 2012

toing toing toing



Kerenah asyraaf ni saban hari buat kami makin geram n suka....ntah aku pun tatau nak rasa apa haha.


kisahnye 2 hari yang lalu waktu aku, hubby n the kids tgh solat maghrib berjemaah, asyraaf ni dok lalu lalang depan aku. aku x kisah la sbb biasala budak kan..as long as dia x tarik telekung aku or kakak2 dia.


pas abis solat waktu nak doa tu..tetiba hubby aku gelak..aku tanya la apsal..dia kata dia dgr waktu asyraaf lalu lalang dpn aku tu dia dok sebut toing toing toing..apa lagi satu rumah la ketawa hahaha..asyraaf lak tau org ckp pasal dia tros terkam daddy dia n jerit 'daddy niiiiiiii' sambil tumbuk2 manja. aku ckp kat hubby haaaa nampak sgt abg x kusyuk solat..sampai leh dengar apa yg asyraaf ckp tu' dah gelak balik. si asyraaf ni plak..kalo org soh solat alasan dia..'ayap xyah solat sbb ayap kecik lagi' pandaiiiiiii je jawab..tp kalo kita x suruh..dia wat sendiri siap pesan jgn ganggu dia hahaha.


hai asyraaf..sib baik la ko takde adik...kalo ada adik...mau diajak berjemaah toing toing toing jugak tu hehehehehe