seminggu aku tak sentuh blog ni. pada sabtu 22/5 yg lalu aku diserang sakit mata. mulanya kena sebelah kanan je..merah menyala. aku letak madu je as traditional remedy tp tak kurang. aku cuma mampu harap pagi esoknya mata ni pulih. adesss hampa betul harapan aku bila bgn tido pagi ahad tu..mata sebelah kiri pulak berjangkit. abis merah dua2. aku x leh nak bukak mata..pedih yg amat. jadi la buta sekejap. letak madu byk kali tp tetap x baik. aku berkurung je dlm bilik sbb tanak hubby dan anak2 aku berjangkit. bila nak susukan baby pun aku cuma hulur tangan je sambil pejam mata.
baby aku pulak x baper sihat sbb dia sentiasa demam di malam hari. ahad malam tu ntah tak semena2 dia menjerit. puas kupujuk dan dibacakan ayat2 suci dia masih x berhenti menangis malahan makin kuat sambil memandang ke atas. aku dah pk lain mcm. aku ckp kat hubby that's it..jom pegi rumah mak. dlm kul 1am tu aku angkut sumer anak2 aku pegi ke rumah mak. sampai rumah mak je tros dia senyap. aku cite kat mak apa yg berlaku. mak kata maybe dia kena ganggu la tu. aku x larat sbb mata masih sakit. aku tido je n biar anak aku main sendirian. next daynya aku pegi ke spital utk dptkan ubat dan mc. adoyaiii punya la lembab spital MS ni. sakit jiwa aku. tunggu nak jumpa doktor dah dekat sejam. bila masuk jumpa doktor dia soh gi emergency lak utk cuci mata. aku tunggu 20 minit kat emergency tu tp takde org attend lagi aku tros ajak hubby bla gi klinik panel. x sampai 15 dah siap.
aku mc sampai hari rabu. hari khamis tu aku amik cuti sbb anak aku demam n jumaat tu aku amik cuti ganti hari wesak..anak demam tu alasan je..sbb actually aku nak pegi dating dgn hubby sempena anniversary ke 9 kami hehehe. tu yg jumaat pun cuti sama.
11 Trik Slot Higgs Domino Paling Sip
2 years ago
3 comments:
ain..kalu dh sedar ade gangguan , jgn dibiarkn, kena lakukan sesuatu, carilah org yg pandai utk memulihkn kdaan, ok!
tula poklah wei. agaknye ilmu aku dgn jiman x power lg kot. kitorang solat ke baca yassin ke..mende tu dok gak situ. dah ckp kat pakcik aku. dia kata nanti dia dtg tolong bersihkan rumah tu. skang ni aku berkampung kat rumah mak aku. selagi rumah tu x dibersihkan mmg aku x balik la. balik pun amik baju je hahaha
molek tu..duk dulu kt rmh mak hang sementara nk pulihkn balik rmh n kwsn sekitar..
ni bkn masalah bc yasin ke kursi ke..bende2 camni mmg kena melalui org yg pakar tentang jin, ada cara trtentu untuk memindah, menghindarkn dr bende tu..kena btoi rundingan nye..
jgn dia demand suh ganti banglo udah ler..hehe (aku gurau2 jer)
ko usaha la yer,,insyaAllah keluarga ko selamat..amin
Post a Comment