CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 23, 2011

demam lagi dan lagi

asyraaf demam lagi. sejak khamis lepas dia demam. mulanya panasnye tak tinggi sangat. bg makan ubat kurang skit dan boleh la bermain2. ari jumaat pengasuh asyraaf bawa dia balik kg. aku tau pun waktu aku balik ke rumah waktu tgh hari. ingatkan tak lama..tup2 pukul 10.45pm baru balik. aku rasa suhu badan asyraaf..tak panas..aku lega la..esoknya ari sabtu badan dia suam2 dan mula batuk serta selsema..tapi tak teruk lagi..boleh lagi bermain.

hari ahad aku pegi rumah mak aku agak lmbt. kul 3 baru ke sana. asyraaf sudah pegi lebih awal. aku rasa badan dia dah mula panas. main pun dah kurang..melepek je. aku cepat2 bagi dia mkn ubat demam. dia pun nak melekat je dgn aku. mlm tu suhu badan dia makin tinggi. aku hanya mampu jelum kepala dan badan dia dgn harapan suhu badan akan turun. aku ckp kat darling yg aku akan tido di rumah mak je sbb dgn keadaan asyraaf mcm tu..aku lebih suka tido rumah mak je. sepanjang malam tu aku x boleh tinggalkan asyraaf sbb dia pegang aku dgn erat. nak bangun pun dia x bagi. aku rasa kaki dia sejuk je dan dia menggigil..tp kepala dan badan dia panas. merengek dan meracau je. aku panik jugak masa tu..aku cuma doa agar dia x teruk sampai pagi isnin. dia hanya minta air je.

waktu darling dtg pagi isnin aku kata padanya yg kita kena hantar asyraaf ke hospital juga sebab badan dia makin panas dan masih menggigil. darling minta bg masa utk dia ambil surat beranak dan hantar ammar ke sekolah dulu. aku ambil keputusan untuk ambil EL je hari tu. cuti gak aku akhirnya..ingatkan nak pecah rekod x amik cuti sampai akhir bulan 4 huhuhu. aku hantar asyraaf ke hospital dan di sana doktor ambil darah utk diuji. alhamdulillah dia x menangis waktu diambil darah tapi melepek je..sementara nak tunggu keputusan darah dia tido. bila dah dpt keputusan darah doktor kata nak masukkan drip pada asyraaf dan tgk keadaan dr situ. sementara nak tunggu masuk drip tu asyraaf tido lagi dan merengek. bila dah masuk drip..sepanjang masa tu dia tido sampai 3x. mmg x sampai ati tgk dia waktu tu..dlm tido asyik tersentak je. alhamdulillah lepas abis air sebotol tu dia berpeluh dan x panas lagi...tp masih lemah..nak tido je. hp aku plak bley abis bateri keduanya. sudahnya aku kena guna public phone utk minta darling jemput aku.

balik ke rumah aku tros bg dia ubat utk asyraaf..dia tido semula sampai kul 2. mungkin dia rasa bdn dia ringan skit dia tros nak bermain dgn abgnya w/p pada dasarnya dia masih lemah..muka pun pucat lagi. alhamdulillah dia dah ada selera utk mkn. doktor pun pesan bg dia minum byk air. untuk 2 hari aku rasa lega tgk dia x demam..cuma batuk dgn selsema je...mlm tadi batuk dia makin teruk..sampai terkencing terberak bila dia batuk tu..bayangkan la mcm mana keadaan dia. bila batuk dia menangis dan masukkan tangan dlm mulut sbb x tahan perit kerongkong agaknya bila batuk tu. aku pun dah blur...tatau nak buat apa...cuma bg ubat yg doktor berikan dan urut belakang dan dada dia bila dia batuk tu. tiap kali batuk aku akan berikan dia air utk mengurangkan sakit tekak tu.

asyraaf x dpt tido sampai pagi sbb batuk je. bila dia dah x dpt tido..apatah lagi aku. mata pun mcm panda dah rasanya ni. bdn dia mula panas semula. sebelum hantar ke rumah pengasuh aku bagi dia mkn ubat tp minta darling utk jenguk dia tgh hari nanti..kalau asyraaf masih demam bawa balik rumah mak je la..aku sanggup ambil cuti sbb anak aku lebih penting. cepatla sihat asyraaf...mummy x sampai hati tgk awak sakit :( :( :(

0 comments: