Happy Anniversary yang.....
only wish je yg dpt diucapkan. takde plan yg dpt dibuat dek kerana bertembung dengan majlis perkahwinan makcik aku. mulanye nak jugak pegi ke kuantan ke segamat ke..dating...tp pkkan byk keje nak buat kat umah makcik tu..aku batalkan..aku ckp kat hubby..pospon je la..next time je kalau nak pegi dating pun.
bg aku...apa2 plan tu bonus je...what's more important...dia ingat tarikh ini dan jadi yg pertama wish pada aku.....
Saturday, May 28, 2011
dah 11 tahun
Posted by manja-art01 at 11:20 PM 0 comments
Friday, May 27, 2011
Berhenti Berharap
Tersudut menunggu mati
Posted by manja-art01 at 11:43 AM 1 comments
Monday, May 16, 2011
Selamat Hari Guru
sempena hari guru yang disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun..aku ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua teman-temanku yang menjadi guru dan cikgu-cikgu aku dari aku tadika..Sek. Keb. Bukit Ridan, Sek. Men. Muadzam Shah dan UiTM Jengka. sesungguhnya jasa kalian sebagai guru tidak dpt dibalas. semoga kalian tabah dalam mendidik anak bangsa untuk menjadi manusia yang berjaya.
ada sesiapa yang pernah tonton cerita Laskar Pelangi? cite ni tahun 2009 x silap aku. waktu memula darling letak kat pc dia ada bitau yg cite ni berbaloi tgk..dpt award la dan x rugi kalau tgk. aku layan lagu je..cite dia x minat lg. sekali mlm tadi tgk..rasa teruja dan bangga pulak. kisah sekumpulan anak miskin yang nak menimba ilmu. cikgu muslimah dan bakri yang sanggup bekerja w/p gaji tertunggak untuk mendidik anak2 ini. kisah cikgu harfan yang gigih mempertahankan sekolah muhammadiyah w/p daif yg amat...sekolah hampir roboh, kerusi meja yang teruk dan atap skolah yang bocor. kisah anak2 miskin yang menggelarkan diri mereka laskar pelangi. x perlu la aku terangkan lebih lanjut. yang pasti..cite ni mmg sesuai ditonton untuk motivasi anak2. sesungguhnya..kemiskinan bukan alasan untuk tidak belajar. mmg patut pun negara kita mewajibkan ibu bapa hantar anak-anak ke skolah. kalau tak hantar...diambil tindakan.
aku mmg salute pada pembuat cerita laskar pelangi ni. tp..kenapa ek..tahun ni aku tgk kat tv kurang betul cite pasal jasa-jaga guru ni. padahal bukan x byk cite2 pasal guru yg ditayangkan sebelum ni...byk nak tayang cite pasal ibu je hehe..yela bulan 5 ni byk betul sambutan dia.. hari ibu, hari guru, hari jururawat..hari wesak lagi haha..apa pun...again..aku nak ucapkan kepada semua guru2 di luar sana...Selamat Hari Guru
Posted by manja-art01 at 11:02 AM 0 comments
Saturday, May 14, 2011
Weekend tanpa darling
as per title kat atas tu...weekend ni aku tinggal dgn the kids je. darling aku kena standby dekat Ibam. ada kursus untuk kerani dan front desk. before pergi darling dah pesan baju2 skolah anak2 dgn kasut skolah dorang aku la yg kena setel minggu ni...aku iyekan aje..ala..small matter..bukan susah pun hehe.
ptg smlm aku balik umah mak aku. ingatkan nak tido PU je tp sbb takde adik2 aku balik aku putuskan utk tido umah mak je. pepagi tadi dlm 6.50am aku balik ke PU. nak basuh baju harian, rendam baju2 skolah then kasut skolah lagi. dengan rumah yg perlu dikemas mmg kena buat la sumernye.
aku bawak balik asyraf je sbb anak2 yang lain tanak ikut. untuk memastikan aku bley wat keje dgn aman..aku on pc dan buka cite kegemaran asyraf untuk dia layan. so dimulakan dgn kemas dpn, sapu then mop..bila dah kering..sapu semula...sambil tu baju then pusing dlm mesin basuh. bila dah siap aku mandikan asyraf then dia layan spiderman 3 lak kat tv sampai tertido. boleh la aku basuh baju skolah lak..jenuh nak menyental baju dgn tudung skolah budak2 ni. dah siap rendam kasut lak..after sejam baru basuh kasut. by that time asyraf dah bgn tido. layan dia main then angkat baju..lipat dan gosok mana yg perlu. eh..aku x lunch ek? mmg x lunch pun hehehe. kat umah aku ni mana masak...masak air je pun. takpe nanti balik umah mak baru mkn.
darling ada telefon tanya keadaan kat sini..alahai rindu kata la rindu. dia kata tempat dia pegi tu boring..tempat tido lelaki mcm dorm..guna tilam nipis je..takde selimut...double standard betul. tempat tido pompuan siap katil double decker lagi. aku gelak je dengar. aku kata tepon mlm nanti la waktu aku balik umah mak coz dia nak sgt ckp dgn anak2 dia tu. tu la aku respek dgn darling aku..walau mana dia pergi..x sah kalau x tepon anak2 dia.
skang dah dekat kul 7pm. nak mandikan asyraf then gerak ke rumah mak. apa la anak2 aku yg lain buat..takde plak dorang tepon. usually kalo aku lmbt dtg ada je mesej or tepon dr dorang. tgk je la kan .... jgn majuk sudah hehehe
Posted by manja-art01 at 6:08 PM 0 comments
Monday, May 9, 2011
Selamat Hari Ibu
Di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari ibu kepada semua sahabatku yang membaca blog ni dan sesapa saja yang bergelar ibu. ni kek yang aku belikan untuk mak aku semalam. oleh sebab kek ni sedap sangat..laku betul kek ni..sampai takleh bwk balik utk hubby.
Posted by manja-art01 at 9:01 AM 0 comments
belated birthday aida dan kak nah
pada 5/5 yang lalu aku sambut belated birthday aida yang ke 10 buat kali kedua. ni seme gegara aku gi kursus pada 18/4 tu. first dah sambut belated dekat KL sekali dgn ady..now utk tunaikan janji aku tempah kek dengan image spongebob..aku sambut bday dia sekali dgn bday kakak aku yg jatuh pada 5/5. beso kan kek tu...2kg tu. oleh sbb kitorang dah muak makan kek coklat... aku pun tempah la kek vanilla..mmg superb la..sedap yg amat kek tu..best part..asyraaf dgn aida berebut muka spongebob..sudahnye aku bg mulut kat asyraaf dan mata kat aida..adil dan saksama.
ptg tu aku goreng bihun je. lgpun x jemput sesapa..cuma family aku dan kakak aku tu je. cukup syarat org kata. sumernye aku buat sendiri sbb tamo nyusahkan org lain. akud ah ckp kat darling bday anak2 kita..biar kita buat sendiri..dont ever susahkan org lain huhuhu.
sampai juga hajatnya
Posted by manja-art01 at 8:46 AM 0 comments
Tuesday, May 3, 2011
Naik LRT dan balik rumah
Hari nak balik ke Muadzam aku bagi surprise pada anak2 aku. aku ckp pada hubby 'i got this crazy idea' dia tanya apa..aku kata 'nak bwk budak2 tu naik LRT..lepaskan hajat..coz dorang mmg dah cite kat cousin dorang yg dorang akan naik LRT tp sbb x dpt naik waktu gi book fair tu..rasa sian lak'...hubby aku senyum je n kata..good idea...nak berenti kat mana? soh tunggu kat mana...aku soh dia tunggu kat hentian Bukit Jalil..dia kata ok.
pas salam2 plok2 siom2 ima..aku pun gerak la ke keta dgn anak2 aku..dorang tatau lagi plan aku dgn hubby. aku tunjuk kat hubby cara nak pergi ke stesen LRT Cahaya tu. bila sampai je hubby tros ckp kat budak2 tu 'ok gi turun' bila ditanya kenapa? nak gi mana?..hubby jwb 'ikut mummy naik lrt' yeaaaaahhhhh suka ke main lg dorang muka berseri2. aku tgk pada route train then beli tiket..ammar dgn asyraf FOC so dpt 3 tiket je la. dorang dah suka siap tanya kul baper train sampai.lama ke tak ke..aku kata tunggu je la..sampai kang naik je. bila train tu dah sampai..excited kemain lg memasing..aku siap pesan pegang tangan satu sama lain..jgn lepas.. sib baik bila masuk train tu ada chinese ni baik ati..dia bg seat kat aku dgn budak2 tu..kalo tak jenuh gak nak berdiri. waktu train bergerak..budak2 tu dah menjerit kegembiraan..aku senyum je n snap gambar dorang...tiap kali train stop asraf x abis2 kata dah sampaiiii hahaha..padahal jauh lagi. sampai kat hentian Chan Sow Lin..aku bwk dorang turun sbb kena tukar train lain yg nak ke Bukit Jalil. train kedua ni lagi kosong..galak la budak2 tu.
bila sampai ke hentian Bukit Jalil aku telefon hubby n tanya dia kat mana..dia kata takes time skit nak sampai..sbb dia sesat hahaha..sudahnye 15 minit aku dgn budak2 tu tunggu dia. as usual kalau balik dr KL mesti singgah kat hentian R&R Seremban..sbb nak beli Dunkin Donuts..then sampai senawang singgah Giant..keje malas punya pasal kan..aku gi sepasang lg kasut skolah utk ain dgn aida coz x sempat basuh kasut skolah dorang ari jumaat hahaha. waktu sampai terachi jalan jam kejap coz ada accident. hubby soh anto sms kat Sinar.FM utk maklumkan pasal eksiden tu..pastu sabar je menunggu sms dibacakan haha..bila Abby bacakan sms aku tu..hubby kuatkan volume wakakaka..sabo je la...kalo x kerana jam tu kitorang leh reach MS kul 4..tp sbb jam..4.21pm baru sampai.
Posted by manja-art01 at 12:18 PM 0 comments
Zoo dan Makan2 time
Hari kedua di KL..seperti yang dijanjikan aku dan geng2 mummy akan pergi ke zoo. janji pukul 10 pagi..tp Red yg bertolak awal dari Klang..sampai kul 9.15 hehe..effisyen betul..aku dgn ima sampai dlm 9.45 camtu..x lama pastu baru Chah n family sampai. it was fun..w/p memasing malas nak jalan kaki sgt..bila ada yg nak jalan..ada yg kata penat haha..salah sapa la tu ye. kalo kitorang mummy mmg on je if jln kaki..tp the fathers la plak geleng2 paler. sudahnye pas masuk kids world..tgk show ..naik tram yg x sampai 5 minit tu je tgk haiwan2 kat zoo. bykla tempat yg x pegi...tgk gajah dgn zirafah je by foot sbb x jauh dr pintu masuk haha..dlm kul 2 gerak balik ke umah ima..utk sesi makan2.
sorryla korang ye..kuah mee kari aritu terpekat plak..padahal aku dgn ima taruk santan dr 5 biji kelapa tu..kita salahkan tauhu goreng bley tak..sbb serap kuah tu hahaha. thanx to Chah n Hubby yang sponsor ayam KFC utk the kids..mmg the kids je mkn..sampai ke mlm dorang je mkn..we the parents x sentuh pun hehe
Posted by manja-art01 at 11:56 AM 0 comments
Book Fair PWTC
last weekend aku sefamily pegi bercuti ke KL. plan dari awal nak bwk the girls ke Book Fair kat PWTC then plan lain dgn member utk ke zoo next day. rancangan nak bertolak kul 2.30 ari jumaat terlewat sejam lebih gegara anak2 dara aku yg lmbt bersiap...mmg berasap telinga memasing kena bebel dgn aku. patut sampai KL kul 6++ pm..sudahnya dekat kul 9pm baru kitorang sampai. x kisah la tu. port biasa bila gi KL..umah ima la..mana lagi hehe. berkampung la kitorang kat situ 4 hari 3 malam.
hari sabtu aku cadang ke Book Fair dgn ima bwk the girls naik LRT je...budak2 tu pun mmg excited nak naik LRT. tp Ady hantar naik keta...ada muka frust la jugak budak2 tu hehe..that day dpt jumpa Ray..kawan dr singapore yang kali akhir jumpa tahun 2007. nampak kurus tul minah tu dr first time jumpa..apa rahsia agaknye hahaha.
lepas ucap babai kat ray kat the Mall..aku, the girls n ima sefamily pegi ke PWTC. omak aiii punya ramai orang kat situ..almaklumla 2 hari terakhir bookfair. tp kali ni pening sikit la gi sbb ianya diasing2 ikut dewan..pastu kat tingkat 2 ada lagi..aku pegi jenguk tempat karangkraf je..then gi masuk ke dewan tempat jualan Ana Muslim..sbb mmg tu tujuan asal. aku ckp je kat the girls..apa buku ke barang Ana Muslim yg awak nak..ambikkkkk je..nanti mummy bayo..dorang apa lagi..ambik je la haha..kira2..eh byk lg balance..so pegi beli buku2 utk the boys plak...x cukup dgn tu..aku offer budak2 tu beli novel yg dorang nak..as long as bukan novel cinta..too soon for them to read that kind of books. apa lagi..kemain galak dorang memilih. sudahnye abis jugak duit yg diperuntukkan tu..x perlu topap dgn duit lain. kat situ jumpa Nopal dgn anak2 dia..jadi babysitter katanye coz Lyn gi cuti2 mkn angin kat Langkawi.
balik dr book fair around 6++ then singgah situ..singgah sini..sudahnye kul 8pm gak sampai rumah. pas puas rehat..mkn sumer..aku dgn ima berperang kat dapur siapkan bahan2 utk masak mee kari keesokan harinya. dah janji dgn Chah dan Red balik dr Zoo..singgah mkn kat umah Ima...ada makan2 n sambutan belated bday Aida n Ady sekali.
Posted by manja-art01 at 11:22 AM 0 comments