CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 21, 2009

Bengang!!!!!

arini aku mmg bengang yg amats dgn 2 org lecturer ni. dahla mengganggu aku selama 3 minggu pasal ni. pg ni dia wat hal lg. kesnye dia apply utk sambung wat PhD kat NZ tapi selalu x dpt kelulusan oleh JPU sbb x memenuhi kriteria. waktu dorang pergi ke Dubai tu kaco aku lagi mintak aku serahkan surat kat doremon n pastikan doremon sign b4 antar ke HR Bangi. aku tau la keje aku weh..yg ko x abis2 tepon aku tu pehalnye..eeee geram gerammmm.

ari semalam lg best..dr pg sampai lewat petang dok kacau aku tanya pasal status surat ni. naik muak dah aku..doremon pun naik muak sbb x abis2 nak tanya pasal ni. sabo je la. bukannye surat tu nak diperam. b4 aku pegi aerobik aku remind dore pasal surat ni sbb aku dah bosan asyik digasak dgn pompuan 2 org tu. dore pun bengang siap kata soh bitau dorang tunggu je la esok..apa yg x sabo2nye. so pg tadi ..pepagi buta dorang dah nyibuk kat sini tanya status surat tu. aku kata tunggu dulu sbb dore x bg kat aku lagi. bila dore dah bg dia pesan kat aku make sure pompuan2 tu x dpt nota yg dia jot down utk HRM. itu arahan dia. utk opisboy lagi la..dore siap kata..kalo note tu lepas pada pompuan 2 org tu..waktu tu gak opisboy tu akan dipecat. sapa tak takut weh kena pecat.

aku dah siap photocopy..letak dlm envelop n serahkan pada bahagian despatch. bila aku kembali ke tempat duduk aku..pompuan2 ni dah menunggu tanya mana surat dia. dah dia berdiri dpn aku..mana aku nak lari lg..nak tanak bg je la copy surat dia tu. dahtu dia bising lak napa dore x sign surat tu. aku ckp la yg dore mmg x sign surat tu tp ada wat nota utk HRM. dia sibuk nak tau apa isi note tu n mana salinan. aku terpaksa tinggikan sore n bitau atas arahan dekan..note tu cuma utk dibaca oleh HRM sahaja n dah diserahkan pada despatch. dorang tanpa membuang masa tros pegi ke despatch deptt sbb nak baca note tu. aku pun tanpa membuang masa gak tepon bah. despatch n pesan pastikan dorang x dpt note tu or bukak envelop yg dah diseal tu. kata kat dorang kalo dorang nak baca pegi jumpa dekan. apa yg aku tau pastu minah 2 org tu gi ngamuk kat sana sbb permintaan x dilayan. dlm 15 min pastu minah2 tu dtg semula tempat aku dgn surat yg aku copy tu but ada sign dore lak kali ni. dorang mintak cop dore. tu pun stil x puas ati..mintak gak salinan note tu..aku kata aku x buat salinan note tu atas arahan dekan..bengang member hahahaha..padan muka ko.

bila dore masuk opis dia tanya kat aku apa yg jadi. aku cite la dr A-Z..dia pun kata mmg dorang ni degil betul. biar la dorang..nanti tau la nasib memasing. aku pun ckp kat dore..dorang mmg teruk..suka amik tau hal yg x sepatutnye..bab2 confidential sebolehnye nak korek..tp aku dgn PA sorang lg bukan bodoh..nak lepas sebut je nama bos..menggigil la minah2 tu wakakakak. pasni aku rasa mesti dorang aim aku..hahaha who cares..x ke mananye..nak mintak dore sign..jumpa sapa dulu kalo bukan jumpa aku? kan? kan? kan?

Tuesday, May 19, 2009

award dari sara



syarat nak terima syarat ni:
1.pastikan jantina anda perempuan
2.copy award n paste kat blog anda
3.nyatakan 7 sebab kenapa anda bangga jadi perempuan
4.pass award ni kat girlfriend anda

7 sebab kenapa saya bangga menjadi perempuan/wanita

- sbb byk barangan utk org pompuan..senang nak cari
- sbb pompuan ada cuti yg dikhaskan oleh Allah taala tiap bulan
- sbb pompuan bley melahirkan anak..leh cuti lagi yg diberi 2 bulan (cuti je aku ingat)
- sbb pompuan pelengkap hidup lelaki
- sbb pompuan suka berbelanja duit sendiri n duit laki hehehe
- sbb pompuan je yg pegang title mak, nenek, kakak
- sbb pompuan mempunyai sifat yg berlawanan dgn lelaki (+ve or -ve)

aku pass award ni kat kwn-kwn aku
* kak eja
* sha
* bm
* red
* r-nyz
* afsal
* sara (pulang balik hehehe)

Monday, May 18, 2009

Panik

dalam 2.45pm tadi aku dpt panggilan telefon dr mak aku. ingatkan apa. dia bitau anak sulungku aida x balik skolah lagi. sepupu dia kata x jumpa aida. aku dah panik aku tros tepon hubby tanya dia x jemput ke balik skolah..dia kata yg dia terlupa..dah gado skit. aku kata gi cari kat skolah agama..in case dia ada kat situ sbb aku call kakak aku dia bitau yg aida x pergi ke tempat kerjanya.

aku dah tatau nak pk apa..aku ikut hubby pegi cari aida. dlm hati Allah je la yg tau betapa risaunya aku. mcm2 dah aku pk..namun aku beristighfar n berdoa semoga takde apa2 yg berlaku pada aida..semoga dia selamat n ada kat skolah agama dia. tiba je kat dpn skolah dia..aku pandang ke skolah dia n hubby pandang ke skolah menengah opposite skolah aida. alhamdulillah..sib baik ada aida kat tempat menunggu bas skolah menengah tu. sian tul tgk dia penat..maunye tak..hampir 2 jam dia kat situ. untuk menebus kesalahan aku bwk aida mkn dekat CRK -eating spot popular kat MS ni. pastu sembang2 dgn dia. aku pesan kat dia..next time kalo daddy lupa lg nak amik tros gi kat skolah menengah cari makngah atau duduk kat booth security sampai daddy tiba. dia angguk2 je. Ya allah! aku mmg betul2 risau n takut kalau jadi apa2 tadi. Alhamdullilah takde apa2 yg berlaku. Allah mmg nak menguji aku sbb nak tgk apa reaksi agaknye. Waktu camni la aku ingat balik..betapa kurangnye masa aku dgn aida. betapa berharganya seorang anak bg keluarga. Maafkan mummy sayang..mummy janji takkan biarkan apa2 jadi kat Aida.

Thursday, May 14, 2009

hari ini

keje x byk sgt sbb dore nak pegi ke putrajaya pas lunch. datin pun ada keje sendiri. pagi tadi ada jamuan perpisahan sorang member opis..ustaz norizan. dia ni ada skendel kat opis n saja dipindahkan dia ke kampus putrajaya untuk mengelak skendel lg teruk. mmg hot gakla skendel dia tu. Aku as PA of coz tau sbb surat layang yg mencitekan pasal skendel ni aku yg baca dulu huhu..okla enuff of that. mula aku malas nak gi jamuan tu sbb tak dpt emel w/p dah bayar. dore pun sama. bila dia tanya aku kul baper jamuan aku ckpla tatau sbb aku x dpt emel. dia pun terkejut sbb x dpt emel. aku saja berseloroh n ajak dia komplen hehehe. dia plak wat2 majuk bila datin ajak gi jamuan tu. dgn nada mengusik 'u pegi je la sbb nama u ada..nama i takde' hahahaha. x lama pastu dia turun gak. kenyang tul mkn nasi lemak+ayam tandoori tu. rugi je kuih yg aku beli. takpela bley mkn waktu minum ptg dgn hubby.

after lunch dore minta aku cek emel dia around 4pm. datin lak ada tetamu n dgn mesranye dia mintak aku buatkan teh hahahaha. takpela buat je la w/p takde dlm JD aku. aku balik agak awal arini sbb aida kurang sihat..sakit prot dah 3 hari. x skolah dia arini. mak aku pun demam..aduss la hai...bertimpa2 lak org sakit. aida lak mlm ni liat tul nak mkn ubat sampai aku n hubby hampir ilang sabar tadi. dipujuk pun x jln..dipaksa pun x jln. aku picit idung dia bukak mulut then dia luihkan semula. asyraaf lak pakat sengih panjang tgk gelagat kakak dia tu hahahaha sabo je la. oleh kerana tamo marah lagi..aku tros ajak hubby balik. nak mandi pun x selesa sbb asyraf tu mana bley x nampak aku dpn mata. melalak je dia..dah mandi lebih kurang..susukan dia n tros tidokan dia. hubby lak tidokan anak aku lg 2 org.

Wednesday, May 13, 2009

lagi2 tag

Nama-nama timangan anda :

Family panggil : family, frens, co-workers panggil milly..hubby panggil ayang hehe
Member sejak sekolah panggil : Milly
Husband panggil : ayang le
Nick alam maya : byk..aidakelly, ain, kay
Nama komersial : paling byk guna ain
Nama tipu-tipu : ain gak
Anda seorang yang :

peramah n suka berkawan kot

Insan Teristimewa ?? Describekan Die Terlalu Istimewa Dimata Anda:

my family of coz

Lagu kesukaan anda :-
semua bole.. ikut mood semasa

Makanan kesukaan anda :-
apa yg halal n bley diterima dek tekak ni ha

Warna kesukaan anda :-
HIJAU

Tiga benda yang mesti ada dalam beg anda :-
HP, , dompet, compact powder hehehe

Kali terakhir masa anda menangis dan kenapa :-
petang tadi....bos meeting..bley la buang masa hehe

Tag 6 rakan anda :
aku tag sumer kat list ni la..senang ahaks!

tag lagi

1.what is your mobile phone brand?
NOKIA dgn SE sbb aku ni tamak

2. When did you buy it?
both tepon darling hubby yg belikan hiks!

3. What color your mobile phone is?
Hitam dgn biru muda

4. How many messages are in your inbox?
dlm 300 lebih kot..pas aku delete..kalo tak kang kena bebel dgn hubby hehe

5. Who gave you SMS recently ?
Qis mama mia...mmg kekasih gelapku ni x sah kalo x bermeset dgn aku satu hari

6. What picture became your wallpaper?
gambo aku dgn hubby dearie

7. Please stated :
Missed called : my dear abg kat rompin
Received called : my darling hubby
Dialled Numbers : my sis

8. Why you like your mobile phone?
dah beli..nak tanak suka je la

9. How long did you use your mobile phone?
nokia dah 3 thn lebih..SE baru baper bulan hehehe

10. SMS ( Tagged ) People :
sumer yg baca ni kalo rajin jwb la tag ni ye

Tag

kali ni nak bayo utang2 tag



arahan tag ni:

1. Anda perlu printscreen wallpaper di desktop anda yg sedang anda gunakan sekarang. Jangan tukar tau.
DONE


2.Bgtau kenapa anda suka wallpaper ini.
sebab ni gambo aku satu family


3. Sila tag 10 org kawan .... nak tag tuan rumah blog ni
alahai aku x ramai member kat blog ni la. list blogger skit je. aku letak mana yg ada je la
Ejazara
Era
Paklah
BM
Sararisa
r_nyz
zana
jebatderhaka

Rotan Anak Depan Ibu Bapa

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - "Bawa ibu bapa pelajar untuk saksikan sendiri hukuman rotan ke atas anak mereka supaya tidak timbul salah faham dan rasa tidak puas hati.''

Demikian cadangan Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan sambil menjelaskan, tindakan tersebut dapat memberi keinsafan kepada ibu bapa untuk menangani masalah disiplin anak-anak.

Ketika dihubungi semalam beliau yakin kehadiran ibu bapa amat penting kerana mereka akan melihat sendiri bagaimana hukuman rotan dijalankan dan dapat mengetahui masalah disiplin membabitkan anak mereka.

Mohamad Ali mengulas cadangan Kesatuan Guru Sarawak (STU) yang mahu satu kajian semula berhubung hukuman rotan di sekolah dijalankan termasuk memperkenalkan hukuman rotan untuk pelajar perempuan.

Katanya, hukuman rotan perlu dijalankan secara adil dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan serta turut membabitkan pelajar-pelajar perempuan sama ada di sekolah rendah atau menengah.

**pada pendapat aku mmg elok kalau cikgu ni rotan anak dpn parents dorang so that parents dorang tau napa anak tu dirotan. bukan dgr cite yg ditambah perisa je oleh anak tu if dirotan tanpa pengetahun dorang. kalo dah jadi gitu mau mlm tu or esoknye parents akan dtg menyerang cikgu, skolah, n seterusnye ke peringkat menteri. x pasal men3 pun bertekak pasal topik ni hehehehe**

Monday, May 11, 2009

Busy day

Hari ni both doremon dgn datin masuk opis. bila dua2 dah ada memang bertimbun la keje aku. tp dlm busy mcm mana pun masa utk tenet masih ada hiks! bukan busy yg x leh nak rehat langsung. cuma kena make sure doremon sign all the docs n letters yg aku bg pada dia n update calendar dia supaya dia x lupa appointment dia. yg best arini datin x kaco aku pun. agaknye dia segan dgn doremon tu hehehe. sian lak tgk dore. dia tu ada ghout. jln tadi pun terhencot2..ngadu la konon 'saya sakit2 pun dtg opis' heheeh. aku ckp napa x mc. dia leh kata..kalo saya mc camne dgn keje kat sini hehehe..ingat gak dia dgn opis ni..sakit x sakit dtg gak keje. datin lak byk wat keje sendiri arini. sib baik la..

Sunday, May 10, 2009

Sekuntum mawar untuk mummy

Sempena hari ibu ini..aida memberikan sekuntum bunga mawar untuk aku. rasa terharu sgt2 sbb tak sangka..dia pun leh ingat hari ibu ni. mummy sayang aida..w/p bunga plastik mummy tetap hargai sbb bunga plastik kekal bila2 hehehe

Saturday, May 9, 2009

Selamat hari Ibu

Setiap tahun masyarakat dunia akan menyambut sambutan hari ibu setiap minggu kedua bulan May. Pada tahun ini Hari Ibu jatuh pada 10 Mei 2009. Di kesempatan ini aku mengucapkan selamat menyambut hari ibu kepada semua ibu2 yang aku kenali. member yg aku kenali red, afsal, qis, kak eja, acik, pu3, sara, zana, mamarian, bm, hani, lynn, jue dan yang bakal jadi ibu..sha n ima. tahun ni aku sediakan hadiah yg x seberapa ni utk mak. thn lps bwk dia gi soping dgn belanja mkn je. memandangkan thn ni dpt voucher free aritu..aku tebus utk mak tersayang hiks!.




Pernah aku ditegur
Katanya untuk kebaikan
Pernah aku dimarah
Katanya membaiki kelemahan
Pernah aku diminta membantu
Katanya supaya aku pandai

Ibu…..
Pernah aku merajuk
Katanya aku manja
Pernah aku melawan
Katanya aku degil
Pernah aku menangis
Katanya aku lemah

Ibu…..
Setiap kali aku tersilap
Dia hukum aku dengan nasihat
Setiap kali aku kecewa
Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat
Setiap kali aku dalam kesakitan
Dia ubati dengan penawar dan semangat

Dan

Bila aku mencapai kejayaan
Dia kata bersyukurlah pada Tuhan

Ibu……

Dia senyum bila aku senyum
Dia ketawa bila aku ketawa

Namun…..

Tidak pernah aku lihat air mata dukamu
Mengalir di pipimu
Begitu kuatnya dirimu….

Ibu….

Aku sayang padamu…..

Tuhanku….

Aku bermohon padaMu
Sejahterakanlah dia
Selamanya…..

aksi asyraaf

tgk pangai asyraaf ni. mlm tadi waktu aku sibuk jaga kakak dia yg demam dia wat aksi sendiri. org soh tido tanak. konon nak main laptop daddy dia. bila aku tutup laptop tu letak keyboard dgn mouse bwh meja dia x puas ati..senyap2 dia pegi ke meja tu panjat sendiri. sedar2 dia menangis je mintak tolong. aku pusing je tgk dia dah kat atas meja hahahaha. aku tak tak tolong tapi aku pegi rakam aksi dulu. tula..org kata jgn panjat nak panjat gak. kan dah x reti nak turun hehehe.


Friday, May 8, 2009

Family day di Melaka part 2






Selepas rehat kami meneruskan perjalanan ke bandar hilir. Nak melawat A famosa, maritime museum, shopping di dataran pahlawan dan menaiki menara taming sari. sampai je kat dpn menara taming sari tu hubby pegila kat adik nak amik kupon letak keta. baru nak letak kupon tgk dah dpt saman hahaha..hampeh tul MBM ni. baru tinggal baper minit utk gi amik kupon dia dah x nyempat..nak saman je. aku dgn hubby pegi kat booth berdekatan n ckp kat org yg bertugas. dia kata kalo nak bayar rm5 kena pegi ke opis MBM nun opposite melaka mall sana. erks!! jauh tu. then dia kata..takpela nanti just pos money order RM15 je. laki aku dah cuak dah waktu tu sbb mmg tak tinggal 5 min pun keta tu..tup2 kena saman.

pas setel kes tu kitorang pegi ke A famosa..amik gambar posing2 n adik badik aku mula la beli barang yg anak2 masing2 mintak..aku pun x kurangnye..biasala dah ada anak..bila ada mende yg dorang suka kompom la mintak kita belikan. then mula berpecah. ada yg naik ke atas bukit tu..church apa tah nama dia..aku pun lupa hiks! hualahai rasa mcm dah tua sgt..naik bukit yg x baper tinggi tu pun dah mengah..siap dok kata..airrrr..aiiirrrr..hahahaha..dah sampai atas bukit tu lepak dlm 15 menikmati pemandangan dan angin yg bertiup dgn sedapnye hiks! waktu turun tu tgk ramai dah takde..so aku ckp la kat mak, kakak dan adik aku..jom masuk ke dataran pahlawan..nanti mesti rambang mata nak beli itu ini hehe..dorang pun ikut je la aku ke sana. aku beli baju utk tiap anak2 aku n aku laki bini..yela dah sampai kan apa salahnye beli hiks!

pas abis soping ala kadar kat situ..kami bergerak ke musium maritime...ye ke ni nama dia..ala yg kapal tu la. aku mmg dah lama tingin nak amik gambo kat situ. sayangnye muzium tu dah tutup..dah lebih kul 5 waktu kitorang sampai. tak kisah la..dpt amik gambar pun cukup. then ada sorang uncle bwk beca ni pelawa anak2 aku amik gambar atas beca dia..aku pun bg la..then dia minta izin nak bwk dorang pusing kat situ 10 minit. mak aku risau dia soh aku naik sama..aku pun naik la..pakcik tu drpd nak pusing kat situ je..dia bawak sampai ke dataran pahlawan. pastu mulut riuh bercite itu ini hehehe..okla dia charge rm10 utk 20 minit ride. lgpun berat tu..aku dgn 3 anak aku hehehe..patutnye trishaw tu utk 2 dewasa 1 budak ahaks!.

anak2 aku suka naik beca tu. then aku pegi ke craft center opposite muzium kapal tu. niat dihati nak beli teropong kecil je utk ammar..then nampak plak tudung saji rotan dgn beg rotan yg aku idamkan selama ni..apa lagi..melayang lg duit aku hahahaha. belasah la..then aku ckp cukup la..tamo kuar duit dah..dah banyak abis arini hehe. pas abis soping kat situ..memasing meneruskan perjalanan utk balik. stop kat Shell depan skit drpd JJ n mandi kat situ. around 8pm baru bertolak utk balik. time ni best. bley plak salah ambil jalan..sampai sesat 3x hahahaha..sib baik akhirnye jumpa gak jln yg betul. kalo tak mau mlm tu kitorang pusing2 melaka je hehehe. sampai rumah aku rasa dlm kul 10pm kot..aku pun x sure sbb aku tros masuk bilik tido..sakit paler n ngantuk yg amat. anak2 aku pun sumer tido pas sampai rumah.

Family day di Melaka part 1






semalam cuti hari hol kat seluruh negeri pahang. aku dgn adik badik aku dah buat plan dr thn lepas yg cuti kali ni kami sekeluarga akan bercuti di Melaka. mula cadang nak tido kat sana..tp terpaksa dibatalkan sbb abg aku x dpt cuti hari jumaat. patutnye bertolak dr rumah mak 6.15 am..tp biasala..meleweh je dgn budak2..last2..7 lebih baru bertolak hehehe. aku bangun awal wooo..dlm 4am dah bangun sbb nak siapkan sandwich. tp tgh aku syok buat sandwich asyraaf lak bgn tido. dah tergendala keje aku. stop la kejap nak layan dia. memandangkan tgk jam pun dah kul 5.30 n anak2 aku yg lain x bgn tido aku terpaksa ganggu hubby utk tgkkan asyraf. aku kejutkan 2 anak yg lain n aku tunaikan solat dulu. oleh kerana asyraaf tamo dok dgn daddy dia..pas aku abis solat aku amik dia semula n darling aku la yg abiskan buat sandwich tu.

kami sampai ke melaka dalam pukul 10.30 mcm tu. first venue ke zoo melaka. oleh sbb sumer dah kelaparan, b4 masuk dlm zoo..kitorang buat zoo sendiri kat tempat parking tu hahahaha..sumer mengenyangkan prot dulu. insiden lucu bila anak ke 3 abg aku yg montel tu memanjat bukit..yo yo ooo je panjat bukit..pastu x reti turun dia menjerit mintak tolong hahahahah..kitorang apa lagi pakat gelak reramai n sumer pakat ambil gambar dia waktu dia kat bukit tak reti nak turun tu. ayah dia pun gelak dgn soh anak dia posing dulu sbb memasing berebut nak ambil gambar n rakam aksi dia hahahaha. bila sumer dah kenyang..dah kemas barang2..apa lagi..masuk zoo la. tgk aksi burung2 dan org utan sangat mencuti hati. anak abg aku si tembam tu jadi volunteer utk bermain dgn burung kakak tua. dia pusing2 mangkuk yg diisi bola n terbalikkan utk burung kakak tua teka bola kat mangkuk mana. yg best tu dia dok pusing mangkuk x reti nak berhenti hehehehe..pengacara situ pun naik penat dah kot nunggu tp dia sengih je hehee..bila kitorang jerit kata sudahla tu..stop..baru dia stop. biasala burung kat situ mesti dah lama dilatih kan so senang je nak teka bola tu ada kat mangkuk mana. 2nd act plak one of adik kembar aku volunteer. dia berlumba kupas kelapa dgn sorang org utan yg diberi nama Tini. pengacara siap usik..awak bley guna tangan, kaki n gigi. oleh sbb tgk si Tini tu kupas kelapa guna gigi..adik aku pun tiru wakakakakka..bantai kena gelak dek penonton2 yg lain je. pemenangnye?? sapa lagi..Tini the orang utan la.

abis je act kat situ..kitorang berjalan di sekitar zoo tu sementara tunggu kul 12 utk tgk act gajah plak. waktu ni la yg berpecahnye adik kembar aku bwk asyraaf dgn few anak buah gi jln tah mana2 kat sekitar zoo tu..manakala aku, adik pompuan aku 3 org dgn hubby n anak2 lain pegi tgk act gajah. sronok gak tgk gajah punya act. end of the act pengacara kata gajah ada hadiah utk penonton..hadiahnye? apa lg yg gajah suka buat??? sembur air la hahaahha..sib baik aku dok kat baris belakang so selamat dr kena sembur. abg dgn adik aku tak selamat hehehehe. pas abis act gajah aku nak la amik gambar dgn gajah tu..tp takut2 le..belalai dia tu rasa gerutu je hehehe. aku kata dah x larat nak jln..jom la naik tren kat zoo tu.so sementara tunggu tren tiba aku lepak2 borak2. bila trem sampai je..penuh dgn anak beranak kitorang je hehehe. mak, the twins n adik ipar aku x naik sbb penuh sgt..dpt la tgk binatang2 tu dr atas tren..yg best x penat nak jln..yg x best..leh ambil gambar dr atas tren je hiks!

pas abis tawaf dgn tren..rehat jap n beli cenderahati kat zoo tu. punyala sonok kitorang soping..kalo aku x ingatkan dorang yg tempat lain lg byk souvenir mau dorang nak borong kat situ je hahahaha. kuar dr zoo..lunch time..rehat til 2.45pm camtu. mkn kena gilir2 sbb bb kecik..sapa nak jaga ahaks! sini gambar sekitar zoo tu. nanti upload gambar lain kat part 2

Tuesday, May 5, 2009

Interview

Arini ada intebiu untuk jawatan pensyarah kat Uniten. Dalam 40 candidate yg dihantar surat..cuma 30 orang je yang hadir. Aku agak sibuk menguruskan apa yg perlu. Dalam ramai2 candidate tu..ada sorang candidate yg aku panggil..si kerek heheeh. apa taknye waktu aku call utk tanya sama ada dia masih berminat utk mengajar di Uniten dia kata x minat sebab MS ni jauh...ingatkan dekat putrajaya. tp tak lama lepas tu dia call aku semula n kata minat plak nak gi intebiu tu. yg paling sakit jiwa tu selang 2-3 hari mesti dia call tanya itu ini..pasal gaji la..pasal jawatan yg akan ditawarkan la..then pasal tarikh intebiu seme dia tanya. aku ckp la tugas aku tepon je. bab tarikh, gaji n jawatan apa yg ditawarkan cuma . pihak HR di bangi je yang tau.

dia x puas ati lagi..stil ganggu aku few days later. siap mintak no tepon org HR nak tanya bila nak antar surat kat dia. aku naik bosan sampai bila nampak no dia je aku x angkat. last sekali aku ngadu kat doremon heheheh. dore kata..si kerek mcm tu baik x yah amik la..tp sbb kita dah call takpela bg je la dia dtg intebiu. semalam dia call lagi dia kata surat dia x dpt tp dia dah call HR n dibitau pasal intebiu arini. aku kata dtg je la. dia tepon berkali2 ckp keta rosak la..leh dtg ptg je la..adess rasa nak hantuk2 je paler dia kat dinding. pagi ni dia kacau aku lagi. ada je yg x puas ati..aku geram..aku bg wrong direction sampai dia sesat ke jabor hahahahaha. tp x baik la kan dengki org lama2..aku call dia semula n bitau direction sbnr. dia kata dia dah tanya org kat stesen minyak pasal opis aku..dlm hati aku gelak je hahaha.

aku cite kat doremon..si kerek tu on the way pas sesat kat jabor..doremon apa lagi dia gi bitau member intebiu yg lain n dorang pakat gelak wakakaka..bila si kerek tu dah sampai dia leh mengada lagi. dah la sampai lambat..dlm kul 1 dia sampai then puan rose kata intebiu kul 2 coz skang waktu rehat..dgn mengada n bongkaknye dia leh kata 'x leh intebiu skang ke' aku tgk muka puan rose cuak je..then dia bg alasan nak tanya panel yg lain. sib baik dorang x bg muka kat kerek tu. dorang kata waktu rehat so sambung kul 2. padan muka ko kerek wakakakak.

waktu dia intebiu tu nampak sgt la muka bongkak n kerek dia tu. aku doa dlm hati jgn la ko dpt keje kat sini..tp aku sure mmg dorang tamo amik pun si kerek ni. sbb kalo dorang nak amik mesti dorang anto surat panggil intebiu kat dia..tp x anto pun. tp si kerek ni x puas ati..dia gi tanya org HR hahaha..desperate sgt la kot. Thank god la intebiu abis dgn jayanye. dunno la dlm 30 org tu baper org je yg berjaya sbb rasanye nak pakai dlm 15 org. tak kisahla..bg aku..ko kerek dgn aku..aku akan jd lg kerek kat korang hahahha.

kursus di JW Marriot

pada 28-29/4 yg lalu aku berkursus di JW Marriot KL bersama 2 org lagi PA kat uniten ni. yg jadi penghantarnye x lain x bukan darling hubby ahaks!. kursus ni sempena bulan setiausaha. It was fun la..on first day tu tiap secretary dpt coklat ferrero roche sekotak dgn bunga rose sekuntum. untuk lunch pulak setiap orang diberikan voucher dan boleh pilih any restoran yg ada dlm starhill kat ground floor. starhill tu kan sebelah jw marriot..tgk kedai branded item berlambak dlm starhill tu..just lalu dpn pintu je la..x masuk kang mau kursus ke mana..duit melayang hahaha. punya la best kursus 1st day tu sampai tak notice masa berlalu. balik je dr kursus tu lepak kat bilik jap sambil tukar baju. around 6.30 mcm tu aku dan 2 kwnku keluar tawaf BB plaza n Sg Wang..tiap floor, tiap corner kitorang merayap..sampai nak tercabut kaki ni heheheh. aku cari telefon utk adik aku..at the same time beli blouse n pants sbb next daynye kami diperlukan memakai seluar coz ada light yoga. bosan tul..napa x bitau awal2..dah melayang duit aku beli.

pas dpt apa yg nak dibeli..kaki pun dah x larat nak menapak lg aku tepon darling hubby utk mkn. x larat nak gi jauh..tapau kfc je kat seberang BB plaza tu then mkn kat bilik. yg bestnye waktu nak balik hotel aku gi la kat gerai yg jual tudung. tokey dia ntah pak arab ke bangla ke..tp mcm pak arab. ada ke patut tudung batu yg sesimple-simplenye dia leh taruk rm25. aku apa lagi sound la dia..aku ckp kat ms leh dpt rm10 je. nak nipu x reti..pas aku bertekak dia tunjuk tudung lain kata ni pink. aku kata ko ni color blind ke apa..ni cream bukan pink..bengang je mamat tu hahaha. then aku bla..bila aku lalu lg kat situ dia pujuk kata nak jual tudung tu rm5..x hingin la aku. aku tros bla ke darling n balik bilik.

next day course agak boring sbb penceramah pompuan..no fun la..sleepy ada la. agaknye dia pun notice kitorang mcm boring so dia buat some games..men lukis2 ikut imaginasi..then sapa yg kalah dlm game kena jadi pereka tari..lagu lak apa lg..lagu industan yg org suka sgt tu..so bergelek la kitorang reramai dlm bilik tu hehehe. penghujung course tu tiap org dpt mystery gift yg dijanjikan. ada company pilih voucher percutian 2D1N kat Awana Kijal. Mcm Uniten plak pilih voucher RM500 bonia. apa lagi aku dgn kwn aku abis course tros menapak ke Pavilion cari outlet bonia hahaha. dpt la beli apa yg aku nak beli selama ni. tp aku beli utk org lain yg special dlm hidup aku..bukan utk diri aku sendiri. pepaham la barang bonia mahal yg amats 2 item yg aku beli tu pun kena tambah RM48 heheh. takpela at least aku dah puas hajat aku selama ni lepas gak coz mmg aku ckp dlm hati kalo dpt voucher tu aku akan tebus utk org lain..sometimes make other people happy much better than make ourselves happy kan? pas soping..gi jumpa hubby kat imbi plaza n shoot ke Muadzam. sampai dah 11.45pm. borak2..lyn bb..then tros tido. esok cuti takpe tido lmbt ahaks!