CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 8, 2009

Family day di Melaka part 1






semalam cuti hari hol kat seluruh negeri pahang. aku dgn adik badik aku dah buat plan dr thn lepas yg cuti kali ni kami sekeluarga akan bercuti di Melaka. mula cadang nak tido kat sana..tp terpaksa dibatalkan sbb abg aku x dpt cuti hari jumaat. patutnye bertolak dr rumah mak 6.15 am..tp biasala..meleweh je dgn budak2..last2..7 lebih baru bertolak hehehe. aku bangun awal wooo..dlm 4am dah bangun sbb nak siapkan sandwich. tp tgh aku syok buat sandwich asyraaf lak bgn tido. dah tergendala keje aku. stop la kejap nak layan dia. memandangkan tgk jam pun dah kul 5.30 n anak2 aku yg lain x bgn tido aku terpaksa ganggu hubby utk tgkkan asyraf. aku kejutkan 2 anak yg lain n aku tunaikan solat dulu. oleh kerana asyraaf tamo dok dgn daddy dia..pas aku abis solat aku amik dia semula n darling aku la yg abiskan buat sandwich tu.

kami sampai ke melaka dalam pukul 10.30 mcm tu. first venue ke zoo melaka. oleh sbb sumer dah kelaparan, b4 masuk dlm zoo..kitorang buat zoo sendiri kat tempat parking tu hahahaha..sumer mengenyangkan prot dulu. insiden lucu bila anak ke 3 abg aku yg montel tu memanjat bukit..yo yo ooo je panjat bukit..pastu x reti turun dia menjerit mintak tolong hahahahah..kitorang apa lagi pakat gelak reramai n sumer pakat ambil gambar dia waktu dia kat bukit tak reti nak turun tu. ayah dia pun gelak dgn soh anak dia posing dulu sbb memasing berebut nak ambil gambar n rakam aksi dia hahahaha. bila sumer dah kenyang..dah kemas barang2..apa lagi..masuk zoo la. tgk aksi burung2 dan org utan sangat mencuti hati. anak abg aku si tembam tu jadi volunteer utk bermain dgn burung kakak tua. dia pusing2 mangkuk yg diisi bola n terbalikkan utk burung kakak tua teka bola kat mangkuk mana. yg best tu dia dok pusing mangkuk x reti nak berhenti hehehehe..pengacara situ pun naik penat dah kot nunggu tp dia sengih je hehee..bila kitorang jerit kata sudahla tu..stop..baru dia stop. biasala burung kat situ mesti dah lama dilatih kan so senang je nak teka bola tu ada kat mangkuk mana. 2nd act plak one of adik kembar aku volunteer. dia berlumba kupas kelapa dgn sorang org utan yg diberi nama Tini. pengacara siap usik..awak bley guna tangan, kaki n gigi. oleh sbb tgk si Tini tu kupas kelapa guna gigi..adik aku pun tiru wakakakakka..bantai kena gelak dek penonton2 yg lain je. pemenangnye?? sapa lagi..Tini the orang utan la.

abis je act kat situ..kitorang berjalan di sekitar zoo tu sementara tunggu kul 12 utk tgk act gajah plak. waktu ni la yg berpecahnye adik kembar aku bwk asyraaf dgn few anak buah gi jln tah mana2 kat sekitar zoo tu..manakala aku, adik pompuan aku 3 org dgn hubby n anak2 lain pegi tgk act gajah. sronok gak tgk gajah punya act. end of the act pengacara kata gajah ada hadiah utk penonton..hadiahnye? apa lg yg gajah suka buat??? sembur air la hahaahha..sib baik aku dok kat baris belakang so selamat dr kena sembur. abg dgn adik aku tak selamat hehehehe. pas abis act gajah aku nak la amik gambar dgn gajah tu..tp takut2 le..belalai dia tu rasa gerutu je hehehe. aku kata dah x larat nak jln..jom la naik tren kat zoo tu.so sementara tunggu tren tiba aku lepak2 borak2. bila trem sampai je..penuh dgn anak beranak kitorang je hehehe. mak, the twins n adik ipar aku x naik sbb penuh sgt..dpt la tgk binatang2 tu dr atas tren..yg best x penat nak jln..yg x best..leh ambil gambar dr atas tren je hiks!

pas abis tawaf dgn tren..rehat jap n beli cenderahati kat zoo tu. punyala sonok kitorang soping..kalo aku x ingatkan dorang yg tempat lain lg byk souvenir mau dorang nak borong kat situ je hahahaha. kuar dr zoo..lunch time..rehat til 2.45pm camtu. mkn kena gilir2 sbb bb kecik..sapa nak jaga ahaks! sini gambar sekitar zoo tu. nanti upload gambar lain kat part 2

0 comments: