ni gambar sekitar majlis bday mahalel aritu.
Friday, January 15, 2010
bday mahalel
Posted by manja-art01 at 10:02 AM 2 comments
Thursday, January 14, 2010
senamrobik
semalam pas program SEMS ada senamrobik plak. dah berbulan2 tak buat program ni tup2 nak dibuat balik. aku mula bwk suar track utk ditukar..tp lupa lak bwk kasut sukan..so aku x tukar suar track..just guna suar slack n sandal tumit tinggi aku tuk aerobik..bley gitu? hehehehe. step yg senang aku buat la..bila rasa mcm susah skit (melompat..goyang pinggul..hentak kaki) aku tgk org je la ahaks!
Posted by manja-art01 at 1:02 PM 2 comments
SEMS - Safety Environment Management System
semalam kul 2-4pm ada program SEMS utk sumer staf kat Uniten ni. mula mmg bley dikatakan hampir penuh gak la dewan tu. tp bila dah masuk 1/2 jam..makin kurang lak hehehe. bosan siot pegi..tp sbb attendance kena rekod so pegi je la. sian kat org yg dtg bg ceramah pasal SEMS ni. staf makin kurang sbb x minat nak dgr ahaks!. tgkla muka2 boring kat bwh ni ye
Posted by manja-art01 at 12:54 PM 0 comments
Wednesday, January 13, 2010
makan free
ptg semalam b4 balik darling hubby intercom aku n bitau budak2 kat dept dia nak buat mkn2 sempena b'day one of the staff kat situ. dia kata bwk je la sumer budak2. aku kata ok je la. majlis diadakan kat WAWA INN. tempat ni terkenal dgn makanan siam. bila aku n family sampai je tgk dorang dah ada tunggu around 8.35pm gitu. makanan sumer dah sedia atas meja. biasa la kan bila restoran yg saji makanan siam ni x sah kalau takde tomyam, kailan ikan masin, pappik (ayam goreng kuning), paprik, telur dadar, siakap 3 rasa. untuk air pulak 3 jug air tembikai n 1 jug air epal. punya penuh meja tu. satu meja diletakkan 2 hidangan. sampai x abis mkn hehehe. ada juga kek moist choc yg dibeli di secret recipe..yummyyyyy..sedap yg amat..harganye kalau x silap aku RM60 for 1KG. org yg dirai plak siap bwk gepren sekali. aku ingat jemputan je budak tu..x sangka lak gepren dia rupanye hahaha...apa taknye..budak pompuan tu pernah buat praktikal kat ITMS tu. bila dorang usik2 nanti dpt bonus bley la gi merisik n tunang sekali aku sangkakan gurauan je. budak tu pun malu2 je. waktu balik tu aku tanya darling hubby...dorang tu mmg couple or korang saja ngusik. hubby kata mmg dorang couple..ohoooo..sama comey tu..comey dr segi size yg kecik hahahaha.. memang mkn sampai kenyang. sbb byk lg lebih..aku dgn ila tapau bwk balik. yg lain tamo tapau. b'day boy je bwk balik b'day kek dia hiks!. n yg buat lg terkejut tu..ingatkan ITMS guna duit tabung dorang..tp rupa-rupanye new bos dorang si fazlin tu yg belanja. agaknye baper ratus la yg abis. ye la bayangkan kalau ikan siakap tu pun dah 4 ekor sup campur lagi (ayam+seafood) then tomyam campur lg..each 2 mangkuk besar..n other juadah la..kompom 200++ gak tu. aku usik hubby..aku kata patut korang yg belanja new boss tu..ni terbalik lak..hubby leh kata..aler..gaji dia lg beso dr kitorang hahaha..(betul gak kan hiks!)
waktu tgh mkn tu mak aku telefon tanya aku x gi rumah makteh ani ke sbb dia ada buat tahlil. ya Allah! aku bley terlupa pasal kenduri tu padahal waktu aku lipat baju kat umah mak anak dia sendiri dtg jemput aku sefamily. aku ckp kat mak nanti hubby akan antar dia ke rumah makteh ani coz kitorang pun tgh mkn waktu tu. at least mak gi pun dah cukup la. dah hubby aku stop mkn jap sbb nak antar mak. bebudak ITMS buat rancangan utk ke Tioman or tempat lain utk sambut b'day member yg lain. duit tabung tgh byk la tu kot hehe..tp dorang kata not next month la sbb tgh bz. setelah persetujuan dicapai..dorang kata kalau nak gi tempat jauh mcm tu tunggu semester break la..student takde so keje pun kurang la. awal2 ni bz sgt. aku...ikut je sebab menumpang laki hahahaha.....agaknye The Gang's Club nak ke buat mcm ni hah???
Posted by manja-art01 at 8:32 AM 2 comments
Monday, January 11, 2010
Kursus Pengurusan Jenazah part 2
Second day course start 8.30am. sampai je ke masjid muadzam shah k.wan dah panggil aku kat bwh khemah. borak punya borak..aku kata nak gi tgk kat meja urusetia. kena daftar lagi ke apa. rupanya tgk nama utk kumpulan waktu praktikal nanti. aku diletakkan di kumpulan 3. aku dapati k.wn di kumpulan 2 dan shida di kumpulan 1. dah kitorang diasing2kan plak. bila aku bitau k.wan mcm tu dia dah naik risau. aku patutnye satu kumpulan dengan kak salina n raedah. tp dorang x dtg so aku bg cadangan pada k.wan n shida utk masuk grup aku je. b4 praktikal bermula Abah Rameli revise balik apa yg telah dipelajari semalam. setakat apa perlu dibuat mcm penyediaan bahan tu ingat la..cuma tang nak menggunting mengapan tu x sure leh ingat ke tak..tp sib baik aku photographic memory so bley la ingat n tau apa nak buat hahahaha..pasan x sudah.
bila tiap kumpulan dah dikumpulkan n bahan2 ada..kami mula berbahagi tugas sesama ahli kumpulan sbb kerjasama dlm kumpulan tu penting..markah byk kat situ. aku, k.wan dan shida bertugas utk penyediaan kain kapan n bahan2nya. sorang student dilantik menjadi mock jenazah. lepas dia tukar pakaian kami mula mengukur panjangnye utk memudahkan memotong kain kapan. tujuan tukar pakaian tu sbb ingat jenazah pompuan kena mandi jugak. setelah dibincangkan sesama urusetia..diputuskan jenazah pompuan x perlu mandi..cuma mandi olok2 je. tp perlu dibuat seolah2 jenazah itu dimandikan. kiranya tertib la..ada bacaannya..caranye etc2 la. tu tugas lain..aku dah amik tugas sedia bahan kain kapan.
waktu nak sediakan kain kapan ni la berlaku perselisihan skit. ikut pengajaran ari sabtu tu tak kira jenazah pompuan or lelaki..kena buat jubah yg ada tali utk kemaskan mayat tu. tp sorang makcik dr ibam ni dgn konpidennya kata..x perlu buat tali bagai..cukup la potong kain n buat leher je. w/p aku kata kena potong tp dia kata x perlu..malas nak bertekak la. budak2 yg lain pun bengang waktu tu. sbb pompuan tu tetap dgn keputusan dia..dorang ikut je la memandangkan dia lebih tua. lepas tu mula bentangkan kain 3 lapis. ikutkan jenazah pompuan kena 5 lapis kain kapan 1 baju n 1 tudung. tp sbb x cukup kain..wat 3 lapis je la. aku mula mengajak student2 yg lain utk hancurkan kapur barus dan tabur atas setiap lapis kain kapan. waktu ni makcik tu byk songeh lagi. dia kata x perlu nak tabur tiap lapis..eeee makcik ni mau aku lepuk je..mmg sepatutnye dibuat mcm tu. then tabur air mawar sumer student mintak nak bau air mawar tu hahaha..bila tiba masa nak letak kapas..ada ke patut dia soh letak kertas atas kapas tu. alasan dia takut nanti kapas tu terlekat kat baju mock jenazah kitorang tu. eeee mmg nak kena tul. x pernah dibuat org letak kertas atas kapas tu. eventhough ini mock jenazah tp nama pun praktikal..so kena buat la mcm kita uruskan jenazah yg betul.
bila proses mandi olok2 utk mock jenazah tu selesai..tiba masa utk dikapankan. waktu ni pemeriksa tanya apa perlu buat dulu. so kami yg tau ni ckp la apa yg perlu di buat..letak kapas kat 7 anggota sujud. budak2 yg tatau tu tgk je apa yg dilakukan tp tetap membantu bila perlu. ni yg best..waktu nak pakaikan baju kat jenazah tu..pemeriksa tanya..mana tali utk baju ni? kami mula pandang sesama sendiri. pemeriksa kata patut baju utk jenazah kena ada tali bukan mcm ni je. makcik byk songeh tu muncul n ckp la begini ustazah..kat ibam biasanye utk jenazah kita buat baju mcm ni je then potong kain lain utk buat kain kat bwh tu. then ustazah tu ckp skang ni kita belajar buat baju yg ada tali kan so kenapa awak x buat tali. aku yg bengang pun sound la kat kaki jenazah tu..'tula aku dah ckp kena buat tali tp tak buat jugak..kan dah kena' budak2 sebelah aku dok sengih je n ckp mmg makcik tu saja je kan kak. pemeriksa siap kata ni kena potong markah ni. ada student yg mmg dah bengang tros kata 'takpela ustazah nak potong pun potong la..kita buat praktikal ni atas dasar nak belajar n praktik apa yg dipelajari smlm bukan nak menang pun. terkedu ustazah tu hehehe.
aku duduk di hujung kaki mock jenazah so aku la yg pastikan kain kapan yg dipakaikan kemas dan tidak kendur. aku siap ckp pada budak2 tu make sure taburkan serbuk cendana, kapur barus n air mawar tu. makcik byk songeh tu x ckp apa dah sbb tau dia byk salah hehehe. bila buat mcm tu pemeriksa tu senyum sbb tau mmg tu prosedur utk mengapankan mayat. cuma waktu tabur air mawar tu student takut2 nak tabur so pemeriksa tu amikkan n dia ajar camne nak tabur hiks!. bila dah siap kapan tiba masa utk mengikat..memula ikat kat pinggang dulu then dada, lutut, kaki dan seterusnya kepala. wkatu tu aku dah gabra n masih bengang dgn makcik tu sampai terlupa apa nak buat dgn ujung kain di atas kepala n kaki. bila di tanya nak buat apa..aku mula nak angkat ke atas hahaha..lupa daaa..patut buat mcm bunga mawar..kita bukak setiap helai. ada sorang student tu kata dia pernah buat so dia pun buatkan la..kat kepala pun buat mende yg sama.
bila jenazah siap dikapankan..sumer berebut2 nak amik gambar dgn mock jenazah haha..sian jenazah tu..penat berposing. dah la kena kapan mcm tu..hehehe. sampai masa nak solat jenazah student men tolak sesama sendiri sbb tamo jadi imam. aku ckp la sbb k.wan paling tua so biar dia la jadi imam. makcik byk songeh tu dah ilang tah ke mana hahaha. k.wan takut memula nak jd imam. then pemeriksa soh student je sbb dorang muda n patut belajar mende ni tp budak tu pun takut. so end up k.wan jugak la yg jadi imam. yg lawaknye k.wn bley plak tanya pemeriksa tu 4 rakaat kan..rakaat pertama baca fatihah, kedua selawat pada nabi muhammad, ketiga baca doa utk jenazah, keempat bagi salam..senagn je pemeriksa ckp..ntah..saya tatau hahahaha. sudahnye aku ckp kat k.wan..buat je la k.wan..jgn tanya hehe..so kitorang wat la mock solat jenazah tu sampai abis. bila dah abis pemeriksa pun tanya..solat jenazah takde rukuk ke. dgn konpidennye ramai2 jwb..takde ustazah..dia pun senyum sambil catitkan markah. bila dah abis ustazah kata bley la bukak kain kapan tu. tp kengkawan jenazah tu saja nak dengki dorang kata nak amik gambar lg dgn jenazah tu hahaha..sian tul budak tu. sabo je jadi mangsa dera kengkawan sendiri hehe.
setelah berenti rehat utk mkn..aku, k.wan n shida berbincang sesama sendiri. bengang dgn makcik dr ibam tu. kita belajar lain..dia nak tunjuk ajar lain lak. dah camne tu..kan ke wat org konpius je. then sesi penutup dilakukan oleh enc. anuar..staf uniten gak. pemenang praktikal diumumkan. hadiah utk grup kami..aku bertiga soh student tu bg sesama sendiri je. pas dpt sijil kami solat zohor berjemaah...lunch then balik....gi umah ana fatty lak.
aku memang bangga n puas ati dpt mengikuti kursus pengurusan jenazah ni. rasa berbaloi yg amat sangat. mmg x sia2 korbankan waktu utk tgk full house kat tv hehehe. pas ni..bley la praktikkan apa yg dipelajari bila ada kematian :-)
Posted by manja-art01 at 2:52 PM 0 comments
Kursus Pengurusan Jenazah part 1
pada 9-10/1/2010 yang lalu aku berpeluang menghadiri kursus pengurusan jenazah anjuran PPIM Uniten, PAID Muadzam Shah dan JAIP. dah lama kursus ni x diadakan kat sini. paling last tahun 2003. waktu tu aku sarat mengandungkan ain so x dpt nak join. kesempatan yg ada ni aku gunakan sebaiknye. ye la menuntut ilmu tu kan fardu kifayah. memang dari awal lagi aku rasa excited nak hadiri kursus ni. apa taknye..aku nak tau lebih lanjut mengenai pengurusan jenazah daripada awal hingga la jenazah di talkinkan. sementelah aku ada la pengalaman skit memandikan jenazah, menyediakan kelengkapan utk jenazah dan mengapankan jenazah. sedikit sebanyak ada la basic tu.
penceramah2 pula memang hebat terdiri drpd imam besar masjid muadzam shah, Abah Rameli yg dah 15 tahun menguruskan jenazah dan Ustaz Daud...cikgu aku waktu skolah rendah dulu ehehe. segala input diberikan agar peserta faham lebih mendalam. kursus dimulakan dgn adab melawat org sakit dan perkara2 yang perlu dilakukan pada jenazah oleh imam besar masjid muadzam shah. diikuti pula ceramah berkenaan penyakit HIV/Aids oleh pegawai kesihatan hospital rompin. dia menceritakan pengalamannya berdepan dengan pesakit HIV/Aids ini..dr hidup hingga meninggal. penamat ceramahnya ditayangkan video pesakit HIV yg telah meninggal dunia dan disempurnakan jenazahnya drpd mandi hingga disolatkan di hospital muadzam shah...tu pun berlaku tahun 2004. rata-rata peserta menyebut 'sian dia..eee napa susah camtu nak mandikan dia ye...eee napa badan dia penuh tompok2 mcm tu ye.. dan mcm2 lagi yg keluar dr mulut peserta. yg buat dorang rasa bangga tu bila yg menguruskan jenazah pesakit HIV tu adalah MPP Uniten diketuai oleh Abah Rameli.
bila habis je tayangan video tu..1/2 hour tea break diikuti dengan ceramah oleh Abah Rameli. dia menerangkan panjang lebar tentang pengurusan jenazah. memang byk betul yg aku tatau selama ni dan dia perjelaskan. tentu kita pernah dgr org kata menangis bila mencium jenazah haram kan bila gugurnya air mata pada jenazah itu? aku pun selalu berpegang pada kata2 tu. hinggala diterangkan oleh Abah Rameli..air mata itu bukan najis. tak salah/haram menangis bila mencium jenazah itu..yg haram adalah meraung meratapi jenazah tu. juga selama ni aku tatau yg suami atau isteri boleh mandikan jenazah pasangannya. syaratnya cuma x boleh bergaul dgn bukan mahram itu saja. waktu tu mula terdetik..andainye mati menjemput aku...aku nak darling aku yg mandikan aku....rasa x melampau kan permintaan aku ni??? tp nak ke darling mandikan aku ni? hmmmmm
dlm kursus tu juga ditunjukkan cara memotong kain kapan, cara buat baju dan telekung utk jenazah perempuan..bahan2 yang digunakan untuk mengapankan mayat, cara mandi dan solatkan jenazah. aku pernah tolong mak aku menyediakan kelengkapan utk mengapankan mayat tu..cuma x pernah buat sendiri. so bila diajar tu aku pahat dlm paler ni utk menyenangkan aku nanti hehehe. hari sabtu tu kami solat zohor dan asar berjemaah..nikmatnye dpt solat berjemaah ramai2 ni. tenang je rasa hati. pukul 5pm ustaz daud take over menerangkan tentang solat jenazah. mmg senang je solat ni..yela no rukuk or sujud n duduk antara 2 sujud. just takbir 4x n ikut tertibnye. hari pertama kursus berakhir jam 6.10pm. untuk 2nd day course kami diberitau akan ada praktikal pengurusan jenazah so diminta bersiap bwk baju spare in case kena jadi model jenazah. k.wan dgn shida awal2 soh aku jadi model sbb katanye aku kecik senang nak angkat2 hahaha..sabo je la dorang ni.
Posted by manja-art01 at 8:19 AM 0 comments
Thursday, January 7, 2010
final design for calendar
ni la final design utk calendar aku tu..setelah diedit mengikut kemahuan aku. lg 2 minggu bley dpt hehe..amacam..lawo tak??
Posted by manja-art01 at 3:06 PM 0 comments
Tuesday, January 5, 2010
kalendar meja
pg tadi aku dpt emel drpd org yg aku order table calendar ni. dia anto draft calendar. ada lg yg x siap. sib baik aku order..sbb thn ni uniten x bg table calendar..dia bg kalendar taruk kat dinding tu je..beso tuh..x sabo rasanye nak dpt table calendar ni..org-org tersayang aku sumer ada. tarikh2 yang penting diboldkan. cuma notes je x buat lagi. neway..ni cuma draft..bley soh dia wat itu ini selagi x siap hehehe
Posted by manja-art01 at 11:18 AM 0 comments
Monday, January 4, 2010
Back to School
fuhhh..arini dah bermula sesi persekolah utk tahun 2010. aku dah wat agreement dgn aida utk first week of school ni dia kena tido kat PU sbb aku nak antar dia gi skolah. lgpun 2 thn dia pegi skolah drpd umah atok dia..pe salahnye thn ni dr rumah aku plak. lgpun x lama..seminggu je aku mintak. mlm smlm dia pesan utk kejutkan dia kul 6 am. aku bgn around 6.05 sbb nak siapkan sarapan dorang. aku dah pesan..make sure b4 pegi skolah mkn sarapan dulu sebab sarapan penting. daddynye leh usik plak 'who wants to cook? u? what r u planning to cook' nak je aku jotos2 dia hahaha. aku kalo budak2 tu ada kat umah..especially time skolah mcm ni..mmg aku sanggup bgn awal pagi utk siapkan sarapan utk dorang sbb satu kepuasan bila tgk dorang mkn juadah hasil tangan aku yg x seberapa ni ecewahhh..
aku bgn tros masak air, rendam mee, potong bawang/lada n sawi. kemudian aku gi bukak tv n bukak lampu utk soh dorang bangun. dah dikejut memasing wat x dgr je...bila bising mcm tu baru la memasing nak bgn hehe..sementara aku sibuk memasak..anak2 aku sumer mandi n memakai baju sekolah memasing. asyraf terkebil2 je tgk abg dgn kakak dia memakai baju skolah. sib baik sumernye dah siap digosok mlm tadi oleh my darling hubby ahaks! lencana n nametage pun dah dijahit pada tudung skolah the girls. mulanye aku ingat aku nak jahit..tp 3x try asyik senget je..give-up aku. last sekali hubby yg jahitkan..elok je tak senget hahahaha. nampak sgt bini x reti menjahit hiks! takat jahit yg koyak tu bley la..tp nak jahit nametag n lencana tu..mmg aku surrender le. skolah skang ni pun pesal la dok asing2 nametag dgn lencana tu. zaman aku dulu nametag tu disekalikan dgn lencana. pakai pin je kat tudung/baju. mmg nyusahkan org btol hehehe.
waktu aku hidangkan sarapan utk dorang..hubby kata 'i feel so old bila tgk budak2 ni siap nak gi skolah' aku ckp la.. ni baru primary..blom secondary lagi ahaks! mmg nampak budak2 ni dah besar...cepatnye masa berlalu...aida dah darjah 3, ain darjah 1..n ammar lak dah masuk taski. aku antar dorang ke skolah..siap masuk ke kelas memasing n letakkan mereka di tempat duduk. agaknye camne la ain kat skolah tu. tgk la..kalau takde aral kang..aku kuar la kejap utk tgk keadaan dia.
Posted by manja-art01 at 8:37 AM 0 comments